SHANGHAI, 20 Disember 2017 /PRNewswire/ -- ThinkForce, sebuah syarikat baharu yang beribu pejabat di Shanghai, mengkhusus dalam cip semikonduktor Kepintaran Buatan (AI), mengumumkan pembiayaan Siri A sebanyak RMB 450 juta. YITU Tech, Yunfeng Fund, Sequoia Capital dan Hillhouse Capital mengambil bahagian dalam pengumpulan dana ini.
Cip-cip AI semakin menjadi segmen tumpuan penting dalam industri dan telah menarik perhatian pemodal teroka dari seluruh dunia. Pelaburan strategik YITU Tech dalam ThinkForce memperlihatkan komitmen YITU dalam membangunkan ekosistem AI.
ThinkForce dikendalikan oleh pasukan teknikal yang mantap demi memastikan kejayaan penyepaduan teknologi dan pengindustrian
Sebagai salah sebuah syarikat baharu yang terkemuka dalam penyelidikan & pembangunan (R&D) serta pembuatan Cip AI, ThinkForce mempunyai bakat-bakat bertaraf dunia dengan pengalaman selama bertahun-tahun, bukan sahaja dalam bidang pengurusan, tetapi juga dalam keupayaan pembangunan teknikal dan produk. Bahkan, ahli-ahli utama pasukan ini bertanggungjawab secara langsung terhadap beberapa pelancaran cip set semikonduktor paling berjaya yang boleh didapati dalam produk-produk seperti IBM PowerPC, Sony PS3, Microsoft XBOX dan 56G Serdes yang paling pantas di dunia, dsb. membawa kepada jualan sebanyak berbilion-bilion USD. Menerusi rekod prestasi terbukti, ThinkForce berupaya memimpin laluan pembangunan dan kemajuan Cip-cip AI.
ThinkForce merancang untuk melancarkan cip AInya berdasarkan teknologi proses semikonduktor yang utama dalam industri, seni bina "ManyCore". Dibangunkan secara dalaman oleh ThinkForce, ia membantu melengkapkan dan mengoptimumkan penjadualan virtualisasi awan AI semasa pelaksanaan peringkat cip. Tambahan pula, apabila digabungkan dengan perisian tegar yang dibangunkan sendiri dan perisian TFDL SDK, "ManyCore" boleh mempercepatkan pengiraan untuk pelbagai model rangkaian neural. Pada masa kini, tahap kecekapan pemecut ThinkForce adalah antara 90% dan 95%. Apabila dibandingkan dengan kad pengkomputeran terkenal Nvidia, kecekapannya adalah lebih lima kali ganda dari segi penggunaan kuasa dan penjimatan kos. Menerusi pengalaman yang luas dalam pembangunan silikon, ThinkForce juga berupaya mengurangkan risiko ralat pengeluaran sambil mengoptimumkan prestasi cip dan juga penggunaan kuasa.
Selain itu, ThinkForce kini bekerjasama dengan para pemimpin industri termasuk IBM dan Cadence.
Era AI ialah era "algoritma Pintar dalam cip"
Biarpun pembangunan cip-cip AI masih di peringkat awal, tahap kerumitan dan momentum dalam inovasi teknologi akan terus mencipta kejayaan cemerlang secara berterusan.
"Era AI ialah algoritma Pintar dalam era cip," kata Zhang Zhenning, naib presiden pemasaran ThinkForce. Cip AI terdiri daripada seni bina pengiraan model algoritma AI dan reka bentuk untuk menjadualkan pengiraan. Sebagai syarikat terkemuka yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengkomputeran awan, YITU Tech pastinya akan membantu Thinkforce mengukuhkan daya saing industrinya melalui perkongsian strategik.
Memandangkan pelaburan modal terhadap AI semakin meningkat, YITU Tech turut bergiat aktif dari segi pelaburan dan aktiviti. Baru-baru ini, YITU Tech terlibat dalam satu pelaburan bersama dengan IDG Capital dalam AccutarBio, sebuah syarikat farmaseutikal antarabangsa. Ini merupakan salah satu pelaburan terbesar dalam bidang farmaseutikal AI di China setakat ini.
"Kolaborasi kami dengan ThinkForce ialah bukti kukuh minat dan semangat semula jadi kami terhadap teknologi canggih dan penyelidikan saintifik dalam sektor AI. Kami percaya pasukan berbakat Thinkforce dan pengalaman dan reputasi selama bertahun-tahun dalam bidang ini akan mewujudkan kesan berganda dan meningkatkan kecekapan semasa penerokaan bersama kami dalam teknologi AI. Kami berhadapan dengan persaingan global dalam usaha pembuatan cip AI, dan kami memerlukan rancangan yang strategik di dalam negeri di China untuk kekal mengikuti perkembangan. Kami percaya ThinkForce akan menyumbang kepada pertumbuhan dan kemakmuran seluruh inisiatif strategi AI China," kata Jiao Hui Ru, pengarah strategi YITU Tech.
Latar Belakang ThinkForce
Shanghai ThinkForce Electronic Technology Co. Ltd ditubuhkan oleh pakar-pakar daripada bidang reka bentuk silikon, algoritma perisian dan pembangunan sistem pada tahun 2017. Kami berhasrat untuk menyediakan semikonduktor pintar bertaraf dunia berserta algoritma AI terkemuka dan seni silikon yang paling canggih, yang mana kami membangunkan platform perkakas AI dan turut menawarkan penyelesaian industri pasang siap. Melalui jalinan kerjasama dengan para pemimpin industri vertikal, kami akan bersama-sama membangunkan ekosistem dan masa depan AI. Menerusi sokongan rakan niaga kami dan pemodal teroka terkemuka, kami akan menawarkan kuasa pengiraan yang paling pintar dengan hala tuju produk kami.
Latar Belakang YITU Technology
YITU Technology (YITU) ialah perintis bagi penyelidikan dan inovasi kepintaran buatan (AI) bersifat amali yang menyediakan penyelesaian perniagaan berasaskan AI canggih untuk mewujudkan dunia yang lebih selamat, lebih baik dan lebih makmur. YITU mempunyai pasukan R&D bertaraf dunia yang memacu pembangunan perindustrian demi mencari penyelesaian komprehensif dalam bidang-bidang penglihatan mesin, pemahaman pertuturan dan juga bahasa.