omniture

Sanya Jangka Cipta Rekod Baharu menerusi 18 juta Pelancong pada 2017

Sanya Tourism Development Commission
2017-12-20 04:05 539

- Projek-projek Bandar Lonjak 70 Peratus bagi Pelancong Asing menjelang akhir 2017

SANYA, China, 20 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Sanya, destinasi terkemuka China bagi pelancongan pulau, menerima sejumlah 620,000 pelancong asing setakat akhir November 2017, memperlihatkan pertumbuhan sebanyak 70 peratus berbanding tahun sebelumnya. Bandar tropika di bahagian paling selatan China itu dijangka menerima lebih 18 juta pelancong menjelang akhir tahun ini, mencipta rekod baharu bagi industri pelancongan di sana.

Latar langit Sanya yang mempersonakan dengan seni bina moden serta pemandangan tropika.
Latar langit Sanya yang mempersonakan dengan seni bina moden serta pemandangan tropika.

Selain peningkatan bilangan pelancong, jumlah penerbangan antarabangsa ke Sanya meningkat sebanyak 64 peratus berbanding tahun sebelumnya, manakala pendapatan tukaran asing daripada segmen pelancongan meningkat sebanyak 131.09 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Menurut En. Fan Mu, Pengarah Suruhanjaya Pembangunan Pelancongan Sanya, pertumbuhan pelancong tercapai daripada pelaburan terhadap infrastruktur rantau tersebut dan dasar visa yang dimudahkan. "Dunia kini meneroka Sanya," kata Fan Wu. "Dengan akses mudah kepada lanskap tropikanya yang indah, hidangan tempatan dan antarabangsa yang luar biasa dan kekayaan warisan budaya, Sanya ialah syurga-yang-menantikan semua pelancong. Menerusi dasar terbuka baharu pihak kerajaan, lebih ramai pelancong antarabangsa boleh mengunjungi Sanya dan meneroka keajaiban pulau tropika kami."

Dasar alu-aluan China bagi Hainan bermakna para pelancong dari 26 negara boleh mendapatkan visa selama 15-hari ketika tiba di Sanya, dengan kumpulan-kumpulan dari beberapa negara berpeluang untuk tinggal lebih lama manakala warga bagi sebilangan negara lain berpeluang mengunjungi pulau tersebut selama 15 hari tanpa memerlukan sebarang visa:

Visa 15-hari ketika tiba

Jepun, Singapura, Malaysia, Thailand, Korea Selatan,
Filipina, Indonesia, Jerman, Austria, Itali, Rusia,
Switzerland, Sweden, Sepanyol, Belanda, Amerika Syarikat,
Kanada, Australia, New Zealand, United Kingdom, Perancis, Finland,
Denmark, Norway, Ukraine, Kazakhstan

Visa 21-hari untuk kumpulan

Rusia, Korea Selatan, Jerman

Tiada visa diperlukan untuk 15 hari

Singapura, Jepun, Brunei, Mongolia

Melanjutkan visa pelancong di Sanya untuk 30 hari tambahan boleh dilakukan dengan membuat permohonan di Jabatan Visa Biro Keselamatan Awam di Fenghuang Road.

Latar Belakang Sanya

Satu-satunya bandar tropika menghadap pantai di China, Sanya menampilkan pantai sepanjang 258 kilometer serta mempunyai 19 teluk dan pantai. Destinasi percutian pulau yang berkembang pesat dan terkenal dengan kekayaan khazanah semula jadi serta budaya ini ialah destinasi utama bagi berjuta-juta pelancong, khususnya pada musim sejuk di Hemisfera Utara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://en.sanyatour.com

Foto  - https://photos.prnasia.com/prnh/20171219/2016397-1

Source: Sanya Tourism Development Commission
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Leisure/Travel/Hotels Travel