omniture

Infinitus Sertai Forum Sidang Kemuncak Peluang Industri Kesihatan yang Diadakan di Hong Kong

Menyumbang kepada "China Sihat" dengan Falsafah "Rawatan Pencegahan"
Infinitus (China) Company Ltd.
2017-12-20 12:48 812

HONG KONG, 20 Disember 2017 /PRNewswire/ -- "Tumpuan terhadap kemajuan perubatan kini beralih daripada rawatan penyakit menggunakan teknologi tinggi kepada pencegahan penyakit berdasarkan pengekalan dan peningkatan kesihatan. Peralihan ini menonjolkan konsep 'rawatan pencegahan' dalam Perubatan Cina Tradisional," jelas En. Huang Jianlong, Naib Presiden Kanan Infinitus (China) Company Ltd., semasa ceramah beliau dalam Forum Sidang Kemuncak mengenai Peluang Industri Kesihatan di bawah Strategi China Sihat dan Inisiatif Satu Jalur, Satu Jalan (OBOR) yang diadakan di Hong Kong pada 18 Disember.

En. Huang Jianlong berkongsi Penyelesaian Infinitus Solution dalam forum
En. Huang Jianlong berkongsi Penyelesaian Infinitus Solution dalam forum

Turut dianjurkan bersama-sama Persatuan Penjagaan Kesihatan China dan Zijing Magazine, forum tersebut turut menyambut ulang tahun ke-20 penyerahan Hong Kong, sambil memanfaatkan sepenuhnya lokasi geopolitik ideal Hong Kong bagi memperkenalkan konsep strategik "China Sihat" kepada dunia. Bagi menyokong OBOR, forum tersebut juga bertujuan untuk menggalakkan kerjasama industri kesihatan dan perbincangan antara Tanah Besar Cina dengan Hong Kong, Macau, Taiwan, serta negara-negara Asia Tenggara yang lain. Wakil-wakil daripada kerajaan Hong Kong, Persatuan Penjagaan Kesihatan China dan tokoh-tokoh industri yang tersohor turut terlibat dalam forum ini.

Infinitus Mengambil Bahagian dalam Forum Sidang Kemuncak Industri Kesihatan yang Diadakan di Hong Kong
Infinitus Mengambil Bahagian dalam Forum Sidang Kemuncak Industri Kesihatan yang Diadakan di Hong Kong

"Industri perkhidmatan kesihatan China kini menyumbang kira-kira sebanyak 5% daripada KDNK, manakala industri di AS menyumbang sebanyak 17.6% daripada KDNK pada tahun 2009," kata En. Huang Jianlong. Dari segi pembangunan pasaran TCM antarabangsa, beliau menyatakan, "Nilai pasaran TCM global tahun bernilai kira-kira 80 bilion USD, yang mana China hanya mempunyai 10% bahagian pasaran, manakala Jepun dan Korea menyumbang sebanyak lebih 70%."

Bagi bertindak balas terhadap pembangunan lemah industri penjagaan kesihatan China dan untuk mendepani pasaran TCM yang kian berkembang di seluruh dunia, En. Huang Jianlong mencadangkan "Penyelesaian Infinitus", yang melibatkan bahan-bahan mentah asli dan juga teknologi inovatif.

Infinitus turut mempromosikan "Model Pengurusan Penanaman Ubat-ubatan Herba Cina Infinitus" bagi menyeragamkan pemilihan tapak, penanaman, penggunaan baja, penggunaan racun perosak, penuaian dan pemprosesan semua aspek di peringkat akar umbi. Kaedah ini bukan sekadar menjamin kualiti produk-produk herba China, tetapi turut memberi faedah ekonomi dan ekologi.

Sementara itu, Infinitus melabur sebanyak lebih 100 juta RMB dalam penyelidikan dan pembangunan produk serta teknologi setiap tahun bagi memenuhi permintaan orang awam yang semakin meningkat terhadap produk-produk penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi. Ia turut menjalin hubungan penyelidikan dengan universiti-universiti antarabangsa yang terkenal, termasuk Cambridge, Stanford, Akademi Sains Perancis dan Hong Kong University of Science and Technology. Setakat ini, Infinitus memohon lebih 700 paten di China dan luar negara serta mempunyai teknologi proprietari bagi polisakarida herba Cina dan schizandrin B. Produk-produk penjagaan kesihatan herbanya telah diterima baik dan dipercayai oleh pihak pengguna.

Bagi mengiktiraf sumbangan kesihatan yang cemerlang di Tanah Besar Cina dan Hong Kong, Infinitus dipilih sebagai "Perusahaan China Sihat yang Berjaya" dan "Jenama Promosi untuk China Sihat & Satu Jalur Satu Jalan" dalam forum berkenaan.

Selama 25 tahun sejak ditubuhkan, Infinitus telah menggalakkan globalisasi dan pemodenan TCM. Infinitus turut mengambil bahagian dalam Persidangan Antarabangsa bagi Pemodenan Perubatan Cina & Produk Kesihatan (ICMCM) tahunan sejak tahun 2009 bagi memupuk budaya regimen yang sihat dan konsep rawatan pencegahan melalui platform antarabangsa. Pada tahun 2010, Infinitus mula menganjurkan acara "Hari Berjalan" tahunan dengan tujuan untuk membantu orang awam mengurus kesihatan mereka dan menggalakkan tabiat Berjalan Setiap Hari sejauh 10,000 Langkah. Setakat ini, 950,000 penduduk telah mengambil bahagian dalam acara tersebut, dengan berjalan sejauh lebih 5,280,000km.

"China berdepan dengan penduduk yang semakin meningkat usia dengan pesat dan kekurangan sumber penjagaan kesihatan," kata En. Huang Jianlong. "Sebagai anggota dalam industri kesihatan, Infinitus seharusnya meningkatkan pengeluaran dan perkhidmatan produk kesihatan herba Cina dan memenuhi keperluan sosial dari segi rawatan pencegahan. Sementara itu, menurut dasar-dasar baharu ini bagi TCM yang diumumkan oleh kerajaan Cina, kita seharusnya menjelajah ke luar negara dan mengukuhkan kerjasama kita dengan negara-negara asing sepanjang inisiatif Satu Jalur Satu Jalan agar lebih ramai orang akan mendapat faedah daripada produk kesihatan herba Cina yang berkualiti tinggi."

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171218/2017449-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171218/2017449-1-b

Source: Infinitus (China) Company Ltd.
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Corporate Social Responsibility Trade show news