omniture

Program Perantis XCMG Pupuk Pemimpin Masa Depan Dalam Industri Jentera Pembinaan

XCMG
2017-12-20 12:49 744

XUZHOU, China, 20 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Musim ketiga Program Perantis XCMG ("Program") yang terkenal mengalu-alukan lima perantis antarabangsa untuk mengambil bahagian dalam projek "One Week CEO" ("Satu Minggu Ketua Pegawai Eksekutif")  yang membolehkan mereka mengalami XCMG dari perspektif seorang Ketua Pegawai Eksekutif di ibu pejabat XCMG, Xuzhou, China.

Lima perantis, berasal dari A.S., Poland, Rusia, Malaysia dan Algeria, dipilih daripada lebih 20,000 pemohon dari 58 negara dan wilayah, satu peningkatan ketara berbanding dua musim pertama.

"Program selama seminggu ini membolehkan para perantis mengalami pelbagai tawaran dan amalan XCMG, bermula daripada pemasaran produk mewah kami yang dikeluarkan secara pintar untuk pelanggan antarabangsa kepada pengurusan program R&D global bertaraf dunia, kesemuanya daripada perspektif ahli perniagaan," ujar Liu Jiansen, Penolong Presiden XCMG dan Pengurus Besar XCMG Import & Export Co. Ltd. "Kami percaya lima 'Ketua Pegawai Eksekutif masa depan' ini memperoleh banyak pengetahuan dan inspirasi selepas mengalami sendiri pengeluaran produk mewah, teknologi inovatif dan semangat keusahawanan XCMG "

Dengan penekanan khas terhadap pembangunan kepimpinan dan profesional, Program ini menyediakan peluang kepada perantis untuk memperoleh pemahaman tentang operasi harian di XCMG. Mereka mengambil bahagian dalam rundingan pemasaran antarabangsa yang disimulasikan menerusi tema Inisiatif "Jalur dan Jalan", selain bertukar-tukar idea tentang topik-topik termasuk penyepaduan penyelidikan dan pembangunan (R&D) global serta transformasi pengeluaran pintar (IM) bersama Wang Min, Pengerusi dan Presiden XCMG, berserta lapan Ketua Pegawai Eksekutif daripada XCMG dan syarikat-syarikat subsidiari XCMG.

Para perantis turut mengunjungi bangunan kilang tergabung yang terbesar di dunia dalam industri jentera pembinaan dan makmal getaran serta hingar terbesar di Asia. Mereka juga berpeluang mengendalikan peralatan pembinaan, termasuk pemuat muatan terbesar China, LW1200K dan mempelajari cara untuk mengendalikan pencetak 3D di pusat R&D.

Dilancarkan pada Januari 2016, Program ini diwujudkan bagi menawarkan peluang kepada para perantis global untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang XCMG, teknologi inovatifnya serta pengaruh global, di samping menggalakkan pertukaran antarabangsa dan juga mempromosikan budaya Cina dalam industri jentera pembinaan.

Latar Belakang XCMG

XCMG ialah sebuah syarikat pembuatan jentera berat multinasional dengan sejarah selama 74 tahun. Syarikat kini berada di kedudukan kelapan dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat ini juga mengeksport ke lebih 177 negara dan rantau di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.xcmg.com, atau halaman XCMG melalui Facebook, Twitter, YouTube, LinkedIn dan Instagram.

Source: XCMG
Related Links:
Keywords: Auto Banking/Financial Service Machinery Oil/Energy Transportation Workforce Management/Human Resources