DETROIT, 25 Disember 2017 /PRNewswire/ -- GAC Motor, pembuat kereta yang pesat berkembang di China, akan kembali ke Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara 2018 (NAIAS) untuk kali keempat dengan semua barisan dan kenderaan baharu yang inovatif. Majlis pelancaran telah ditetapkan pada 1.35 tengah hari pada 15 Januari 2018 di Dewan B di Pusat Cobo di Detroit.
GAC Motor akan memperkenalkan model MPV mewah kemegahannya yang mewakili peringkat tertinggi keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bebas, sedan istimewa baharu, dan kereta konsep elektrik yang menyasarkan generasi muda dalam pasaran A.S.
"Kami bertuah dapat mempersembahkan model baharu kami kepada pelanggan A.S. sekali lagi di pameran perdagangan terbesar yang mengumpulkan pengeluar automotif terbaik dunia," kata Yu Jun, Presiden GAC Motor.
"A.S. mempunyai salah satu industri auto termaju di dunia; penggunanya telah mencapai kesepakatan sosial terhadap sifat-sifat penting kereta. Memasuki pasaran A.S. merupakan langkah penting bagi GAC Motor untuk membawakan kenderaan premium kepada pengguna global yang disesuaikan mengikut keperluan mereka."
GAC Motor telah menjual lebih daripada 460,000 kenderaan dari Januari hingga November 2017, 38.9 peratus peningkatan berbanding tahun sebelumnya, dan pada masa yang sama menubuhkan jaringan jualan dan perkhidmatan di 14 negara yang disokong oleh pembekal terkemuka global, meliputi Timur Tengah, Asia Tenggara, Eropah Timur, Afrika dan Amerika Utara.
"Dengan menekankan penyelidikan bebas dan berinovasi, mematuhi piawaian tertinggi antarabangsa dalam kualiti produk dan menubuhkan sistem pembuatan kereta bertaraf dunia, kami berhasrat untuk menjadi jenama bertaraf dunia yang dibangunkan pada keupayaan pengeluaran, R&D dan pemasaran yang sangat maju," kata Yu.
Latar Belakang GAC Motor
Ditubuhkan dalam tahun 2008, Guangzhou Automobile Group Motor CO., LTD (GAC Motor) ialah sebuah subsidiari GAC Group, yang membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti premium, mencapai 96 peratus kadar pertumbuhan berbanding tahun sebelumya pada tahun 2016, kadar yang tertinggi dalam kalangan semua jenama Cina bagi tempoh yang sama. GAC Motor kini berada pada kedudukan teratas dalam kalangan semua jenama Cina selama lima tahun berturut-turut dalam Initial QualitySM (IQS) China 2017 J.D. Power Asia Pasifik. Syarikat merancang untuk membentuk kapasiti pengeluaran sebanyak 500,000 kereta pada tahun 2017 dan 1,000,000 kenderaan menjelang tahun 2020.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati:
Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor
Twitter: https://www.twitter.com/gac_motor
Perhubungan Media:
Sukie Wong
+86-186-8058-2829
GACMotor@126.com
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171222/2021310-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171222/2021310-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171222/2021310-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171222/2021310-1-d