omniture

Kejayaan Pertama Implantasi Klinikal Injap Pulmonari Transkateter Injap-VenusP Berjaya Disempurnakan di Brazil

Venus Medtech (Hangzhou) Inc.
2017-12-26 06:54 950

SAO PAULO, 26 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Pada 19 Disember 2017, waktu tempatan, 4 implantasi klinikal injap pulmonari transkateter Injap-VenusP telah berjaya disempurnakan di Brazil oleh Profesor Carlos Pedra dari Institut Teknologi Kardiovaskular Pazzanese di Sao Paulo, Brazil.

Kejayaan Pertama Implantasi Klinikal Injap Pulmonari Transkateter Injap-VenusP di Brazil
Kejayaan Pertama Implantasi Klinikal Injap Pulmonari Transkateter Injap-VenusP di Brazil

Selepas Chile dan Argentina, Brazil menjadi negara Amerika Latin ketiga menggunakan injap Venus Medtech (Hangzhou) Inc. Ia juga menandakan aplikasi pertama injap jantung buatan China dalam sejarah Brazil.

Hari ini, bagi setiap 10,000 bayi yang baharu lahir ke dunia, 16 bayi baharu lahir memerlukan pembedahan kerana kecacatan jantung sejak dalam kandungan. Pembedahan seperti ini boleh menyebabkan regurgitasi pulmonari yang besar. Pada masa kini produk injap intervensi pulmonari di pasaran global hanya boleh merawat pesakit dengan struktur anatomi khusus dan yang ringan penyakitnya. Hasilnya, ramai pesakit dengan struktur anatomi yang kompleks dan kegagalan fungsi kanan jantung sangat memerlukan produk injap pulmonari intervensi yang boleh merawat kelainan struktur anatomi dan boleh dikendali dengan mudah, selamat dan stabil.

Venus Medtech (Hangzhou) Inc. telah membangun dan menghasilkan injap pulmonari transkateter Injap-VenusP, injap pulmonari intervensi boleh kembang sendiri yang pertama di dunia. Dengan reka cipta berbentuk dua trompet yang unik dan teknologi pembedahan laser untuk tiub sokongan injap, Injap-VenusP memiliki kuasa sokongan jejarian kuat, tambatan stabil, dan pelepasan mudah. Tiada pergerakan atau perubahan tempat akan berlaku semasa proses pelepasan. Ia boleh memenuhi keperluan arteri pulmonari dengan struktur anatomi berlainan dan merupakan satu-satunya injap pulmonari intervensi di dunia yang boleh merawat pesakit dengan saluran keluar ventrikular kanan yang bersaiz besar.

Selepas kejayaan pertama implantasi manusia oleh ahli akademik Ge Junbo di Hospital Zhongshan, Shanghai pada 25 Mei 2013 Injap VenusP telah memasuki lebih 20 negara di Asia, Eropah dan Amerika. Pada masa kini, percubaan klinikal Pentadbiran Dadah dan Makanan China (CFDA) telah disempurnakan; proses percubaan klinikal CE Eropah telah melebihi separuh tempoh ditetapkan; komunikasi dengan Pentadbiran Dadah dan Makanan Amerika Syarikat (FDA) juga telah selesai, dengan permulaan percubaan klinikal sebelum pelancaran di Amerika Syarikat. Diharapkan Injap-VenusP, dengan keputusan klinikal yang lebih baik, boleh diluluskan seawal mungkin untuk menyediakan rawatan optimum kepada lebih ramai pesakit.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171222/2021378-1

Source: Venus Medtech (Hangzhou) Inc.
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment