DUBAI, UAE, 27 Disember 2017 /PRNewswire/ --
Silva International Investments mengumumkan hari ini yang pihaknya telah mengambil alih kepentingan dalam Globe Soccer, syarikat yang menganjur dan memiliki hak ke atas Anugerah Globe Soccer tahunan di Dubai.
Sejak Anugerah ini dimulakan pada 2010, acara ini telah menjadi salah satu Anugerah yang paling dinanti dan menjadi rebutan sepanjang tahun bola sepak. Hadirin dan penerima anugerah yang biasa hadir termasuk Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, Jose Maurinho, Jorge Mendes dan Gianni Infantino. Bekerjasama dengan Majlis Sukan Dubai, Globe Soccer juga menjadi tuan rumah bagi persidangan yang mengalu-alukan tetamu menghadiri panel diskusi bersama-sama pakar-pakar terkemuka industri.
Bekerjasama rapat dengan Majlis Sukan Dubai, Tommaso Bendoni dari Bendoni Consulting akan terus mengetuai penganjuran Anugerah ini dan kekal sebagai pemegang saham minoriti. Calon-calon penerima anugerah akan terus dipilih oleh juri Globe Soccer, yang melibatkan para jurulatih bola sepak antarabangsa, pengarah dan pegawai kanan perlawanan. Sebagai maklum balas kepada pengumuman, Tommaso Bendoni berkata:
"Semasa hari pertama prosiding di Persidangan Sukan Antarabangsa Dubai ke-12 yang diadakan pada hari ini, para perwakilan akan berbincang dan berdebat mengenai topik-topik utama yang memberi kesan kepada masa hadapan bola sepak,di peringkat serantau dan global. Javier Tebas Medrano, Presiden La Liga, Eric Wynalda, dan Marco Brunelli akan membincangkan Amalan Terbaik dalam Liga Bola Sepak Profesional, sementara dalam sesi kedua Diego Pablo Simeone - Jurulatih Atletico Madrid, akan turut serta bersama-sama Hector Cuper dan Fabio Capelli untuk membincangkan Pelaburan dalam Sektor Belia. Hari pertama akan diakhiri dengan Ferran Soriano - Ketua Pegawai Eksekutif Manchester City, Vadim Vasilyev dan Umberto Gandini membincangkan Kesan Ekonomi Bola Sepak.
Dua Anugerah Globe Soccer Dubai juga akan disampaikan pada hari ini lebih awal mendahului upacara malam esok. Ferran Soriano akan diberi penghormatan untuk menerima Anugerah Perniagaan Sukan untuk mengiktiraf pencapaiannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Manchester City FC dan City Football Group, sementara Diego Pablo Simeone akan menerima Anugerah Khas Ketua Jurulatih, sebagai pengiktirafan hasil yang menakjubkan membimbing Atletico Madrid memenangi La Liga dan sampai ke peringkat akhir Liga Juara sebanyak dua kali.
Silva International Investments ialah sebuah syarikat pelaburan global yang berpangkalan di London. Ia memiliki pelaburan dalam pelbagai jenis syarikat merentasi media, sukan, fesyen, teknologi dan hartanah. Ia diasaskan pada tahun 2015 oleh usahawan Riccardo Silva dan portfolionya termasuk saham dalam pengedar media sukan MP& Silva, Miami FC, Mast Capital, MP Management, Muzik dan SportBusiness Group.
Sumber: LaPresse