omniture

weTouch: Solekan buatkan wanita lebih menarik? 85% lelaki Malaysia pilih penampilan wajah semula jadi

weTouch
2017-12-27 17:43 575

KUALA LUMPUR, Malaysia, 27 Disember 2017 /PRNewswire/ -- "Bersendiri, bersendiri, bersendiri selama-lamanya…'', ini pastinya apa yang dirasai oleh kebanyakan individu bujang di Malaysia pada hari Krismas kali ini. Semasa perayaan ini, semua pasangan sibuk dengan janji temu yang romantis, bertukar-tukar hadiah, manakala individu bujang di Malaysia tercari-cari pasangan mereka bagi sambutan hari Krismas bersama-sama.

Aplikasi sosial yang terkenal weTouch menjalankan kaji selidik dalam aplikasi di bandar-bandar utama Malaysia, dengan bertanyakan pengguna lelaki pandangan mereka mengenai solekan wanita. Kajian mendapati 85% pengguna lelaki weTouch lebih gemarkan wanita dengan penampilan wajah semula jadi, manakala hanya 10% lelaki Malaysia gemarkan solekan tebal. 5% selebihnya berkata ia bergantung pada keadaan.

Melihatkan bagaimana lelaki memilih wanita ketika meleret pelbagai profil aplikasi weTouch, data menunjukkan bahawa wanita yang mengenakan solekan nipis atau tanpa sebarang solekan menerima 80% lebih banyak pilihan suka berbanding wanita yang mengenakan solekan tebal. Sebaliknya, 70% pengguna wanita gemar mengenakan solekan nipis hingga sederhana. Ini menunjukkan bahawa mengenakan solekan membantu wanita menerima pilihan suka, dengan syarat ia dilakukan dengan cara yang betul, memandangkan 85% lelaki Malaysia mengamalkan sikap "sedikit lebih baik".

Apabila melibatkan jenis produk kosmetik yang menjadi pilihan berbanding yang lain, 68% pengguna wanita percaya gincu berwarna merah terang menjadikan mereka tampak lebih menarik dan bergaya, namun apa yang mengejutkan, gincu berwarna merah terang tidak disukai oleh lelaki Malaysia kecuali mereka menghadiri majlis khas. Jika tidak, wanita tersebut dilihat seperti "terlalu beriya-iya".

Selain itu, 82% pengguna wanita mengenakan produk solekan mata, seperti celak, pembayang mata dan maskara, 70% dalam kalangan mereka gemarkan pembayang mata neutral. Seramai 75% lelaki menyukai wanita yang mengenakan solekan mata yang ringkas. Ia juga ditunjukkan melalui data weTouch bahawa wanita yang mengenakan pembayang mata berwarna semula jadi dan celak yang nipis dalam gambar profil mereka menerima 70% lebih banyak mesej pertama berbanding mereka dengan mata 'smokey'.

Gaya rambut ialah salah satu bahagian paling penting pada penampilan seseorang wanita. 70% lelaki Malaysia gemarkan wanita berambut panjang berbanding wanita berambut pendek, dan 60% pengguna weTouch melaporkan mereka menyukai wanita dengan warna rambut semula jadi berbanding rambut yang diwarnai. Ia menekankan bahawa lelaki Malaysia lebih memilih kecantikan semula jadi, memandangkan wanita berambut semula jadi dan mengenakan solekan nipis kelihatan lebih ramah, mudah bergaul dan mudah didekati.

Source: weTouch
Keywords: Mobile Entertainment Social Media Telecommunications Survey, Polls & Research Women-related news