omniture

Hotel Tai O Heritage Raih Pengiktirafan Global Peroleh Tiga Gelaran sempena World Luxury Hotel Awards 2017

Tai O Heritage Hotel
2017-12-30 03:33 1155

HONG KONG, 30 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Hotel Tai O Heritage Hotel baru-baru ini mendapat tiga gelaran sempena World Luxury Hotel Awards 2017, termasuk Pemenang Negara bagi Hotel Bersejarah Mewah, Pemenang Negara bagi Hotel Warisan Mewah dan Pemenang Serantau untuk Asia Timur bagi Penginapan Budaya Mewah. Paling utama, Hotel Tai O Heritage merupakan satu-satunya hotel yang berada di Hong Kong yang dipilih sebagai Pemenang Serantau untuk Asia Timur bagi Penginapan Budaya Mewah. Anugerah-anugerah yang berprestij ini disampaikan di Kulm Hotel St. Moritz, Switzerland pada 2 Disember 2017.

 

 

Tai O Heritage Hotel recently garnered three titles at the 2017 World Luxury Hotel Awards
Tai O Heritage Hotel recently garnered three titles at the 2017 World Luxury Hotel Awards

Diwujudkan pada tahun 2006, World Luxury Hotel Awards ialah organisasi global yang diiktiraf, bermatlamat untuk memberi pengiktirafan kepada hotel-hotel mewah atas kemudahan bertaraf dunia mereka dan perkhidmatan cemerlang yang disediakan untuk para tetamu, selain memudahkan usaha penambahbaikan perkhidmatan mereka secara berterusan. Lebih 300,000 tetamu antarabangsa, pengembara dan wakil industri mengundi saban tahun untuk memilih pemenang-pemenang bagi 50 kategori anugerah.

Sea Tiger room, the former Sub-divisional Inspector (SDI) Office
Sea Tiger room, the former Sub-divisional Inspector (SDI) Office

Hotel Tai O Heritage dikendalikan sebagai sebuah perusahaan sosial bukan untung oleh Yayasan Pemuliharaan Warisan Hong Kong. Pengarah Daryl Ng Win Kong berkata, "Kami berbesar hati dan berasa teruja dapat menerima anugerah-anugerah antarabangsa ini dan kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak berkepentingan, termasuk penduduk kampung nelayan Tai O, Kerajaan Hong Kong dan para pelanggan kami atas sokongan mereka sepanjang lima tahun lalu, kesemuanya yang telah menyaksikan pencapaian kami. Anugerah-anugerah ini mengiktiraf dan menggalakkan komitmen berterusan kami terhadap pemuliharaan bangunan bersejarah dan juga promosi pelancongan yang mampan di Hong Kong."

Tai O Lookout, the glass-roofed restaurant
Tai O Lookout, the glass-roofed restaurant

Sejak dibuka pada tahun 2012, Hotel Tai O Heritage menerima lebih satu juta pengunjung dan tetamu. Dengan memulihara struktur yang menempatkan Balai Polis Old Tai O dan terlibat dalam lebih 100 acara kemasyarakatan, hotel tersebut bukan sahaja berusaha mengekalkan lanskap unik dan mata pencarian perkampungan nelayan, tetapi turut bekerjasama dengan masyarakat setempat untuk mengubah Tai O menjadi salah satu destinasi pelancongan paling popular di Hong Kong. Hotel ini turut mencipta peluang pekerjaan kepada penduduk Tai O dan Lantau, selain menyediakan pelbagai program penglibatan komuniti yang dipilih susun, pengalaman penginapan dan juga lawatan ekopelancongan berpandu.

Heritage Interpretation Centre
Heritage Interpretation Centre

Hotel ini memenangi Anugerah Merit dalam Anugerah Warisan Budaya Asia-Pasifik 2013 UNESCO dan mendapat empat gelaran, antaranya, Hotel Kecil Terbaik Hong Kong 2017/18, Hotel Warisan Klasik Terbaik Hong Kong 2017/18, Hotel Lima Bintang Antarabangsa 2017/18 dan Hotel Kecil Terbaik Asia Pasifik 2017/18, sempena The International Hotel Awards™ awal tahun ini.

New Glamping Experience Package will be launched in January 2018
New Glamping Experience Package will be launched in January 2018

Latar Belakang Hotel Tai O Heritage Hong Kong ( www.taioheritagehotel.com )

Hotel Tai O Heritage, terletak di Jalan Shek Tsai Po, Tai O dan dikelilingi tumbuhan hijau yang subur, diubah suai daripada Balai Polis Old Tai O yang berusia 115 tahun, dibina pada tahun 1902 dan disenaraikan sebagai bangunan bersejarah Gred II oleh Lembaga Penasihat Barang Purba. Hotel ini berada di bawah Kumpulan I bagi Bangunan Bersejarah Dipulih Semula Biro Pembangunan Kerajaan SAR Hong Kong melalui Skim Perkongsian dan kini menjadi mercu tanda budaya dan sejarah di perkampungan nelayan Tai O, Pulau Lantau. Dibuka pada tahun 2012, dan beroperasi sebagai perusahaan sosial bukan untung, Hotel Tai O Heritage menyediakan lawatan berpandu percuma setiap hari untuk orang awam dan pertubuhan kebajikan dengan matlamat untuk meningkatkan kesedaran tentang pemuliharaan bangunan-bangunan bersejarah. Kini, ia menyediakan sembilan buah bilik yang dihias anggun, Pusat Tafsiran Warisan dan restoran pandangan terbuka berbumbung kaca Tai O Lookout. Hotel Tai O Heritage menerima lebih satu juta pengunjung dan tetamu sejak mula dibuka lima tahun lalu.    

Latar Belakang Hong Kong Heritage Conservation Foundation Limited ( www.hkheritage.org )

Hong Kong Heritage Conservation Foundation Limited (HCF) ialah sebuah pertubuhan bukan untung yang ditubuhkan oleh Keluarga Ng Teng Fong pada bulan Mac 2008. Ia mengiktiraf dan menonjolkan kepentingan warisan projek-projek bersejarah di Hong Kong dan juga Singapura. HCF berpegang kepada kepercayaan bahawa pemuliharaan warisan budaya membantu masyarakat membina semangat jati diri dan mengukuhkan hubungan dalam masyarakat. Objektif-objektif utama HCF adalah untuk memulihkan semula dan memulihara bangunan-bangunan bersejarah, dan mempromosikan penghargaan serta kepentingan warisan budaya kepada masyarakat. Pengarah-pengarah HCF merupakan penyokong-penyokong yang bersemangat terhadap inisiatif komuniti dan mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam projek-projek pemulihan bangunan-bangunan bersejarah. Mereka bergiat aktif dalam banyak projek warisan, termasuk Tai O Heritage Hotel, The Fullerton Hotel Singapore, The Fullerton Waterboat House, Clifford Pier dan Far East Square.

Hotel Tai O Heritage

Alamat: Jalan Shek Tsai Po, Tai O, Pulau Lantau, Hong Kong 

Tel: +852-2985-8383

Faks: +852-2985-8881

E-mel: info@taioheritagehotel.com 

Laman Sesawang: www.taioheritagehotel.com 

Facebook: taioheritagehotel

Pertanyaan Media:

Alice Au                 

Tel: +852-2738-2210 / +852-9553-7910    

Emel: aliceau@hkheritage.org

Jasmine Yeung       

Tel: +852-2293-0208 / +852-6531-9181    

Emel: jasmineyeung@hkheritage.org

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171228/2011978-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171228/2011978-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171228/2011978-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171228/2011978-1-d
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171228/2011978-1-e
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20171228/2011978-1LOGO
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20171228/2011978-1-LOGO

Source: Tai O Heritage Hotel
Keywords: Leisure/Travel/Hotels Travel Awards Conservation/Recycling Not for profit