omniture

Blokbuster Pertama GAC Motor MPV GM8 Mula Dijual

Pembuat Auto China Paling Pesat Berkembang Selesai Masuki Pasaran Mewah
GAC Motor
2018-01-02 23:14 586

GUANGZHOU, China, 2 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Pembuat auto China yang paling pesat berkembang, GAC Motor, secara rasminya melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah pertamanya, GM8, ke dalam pasaran menerusi satu acara pelancaran produk yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Mangrove Tree di Sanya. Pelancaran ini ialah satu pencapaian penting untuk GAC Motor, oleh kerana ia menjadi pembuat auto Cina pertama yang menguasai pasaran sedan, SUV dan MPV sederhana hingga mewah.

GAC Motor officially released GM8 MPV to cover the mid-to high-end sedan, SUV and MPV markets
GAC Motor officially released GM8 MPV to cover the mid-to high-end sedan, SUV and MPV markets

Model MPV berskala luas yang pertama daripada syarikat, GM8 dibangunkan melalui platform Kelas-C GAC Motor, yang menggabungkan teknologi paling canggih di dunia. GM8 berukuran 5m lebar dan mempunyai jarak roda berukuran 3 meter panjang demi memastikan ruang dalam yang luas. Kehebatan MPV baharu ini turut diperlihatkan melalui reka bentuk luaran yang mengagumkan, reka bentuk kabin yang mewah, teknologi pintar dan ciri-ciri keselamatan yang cemerlang. MPV dengan tujuh tempat duduk ini direka agar dapat memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada pengguna Cina demi pengalaman pemanduan yang lebih baik. Pengguna sasarannya terdiri daripada golongan elit atasan yang menginginkan kualiti dan keselamatan untuk keluarga mereka.

GAC Motor's first high-end multi-purpose GM8 MPV
GAC Motor's first high-end multi-purpose GM8 MPV

"Permintaan semakin meningkat dalam pasaran auto Cina bgai MPV yang luas dan praktikal yang dapat memenuhi keperluan perniagaan dan juga keluarga," kata Yu Jun, Presiden GAC Motor. "Dengan GM8 baharu kami, GAC Motor bukan sahaja akan memenuhi, malah akan menakrif semula piawaian pasaran MPV Cina mewah."

Yu Jun, President of GAC Motor
Yu Jun, President of GAC Motor

Berpegang pada falsafah jenama GAC Motor iaitu "inovasi, kualiti dan keseronokan" dan menerima teknologi canggih, MPV GM8 melengkapi barisan kenderaan mewah Kelas-C yang turut melibatkan sedan GA8 dan SUV GS8. Kualiti model-model syarikat diperakui oleh pasaran tatkala GAC Motor dipilih sebagai penyedia kereta perkhidmatan rasmi dan menyerahkan sejumlah 380 buah kereta termasuk sedan GA8, SUV GS8 dan MPV GM8 untuk Forum Fortune Global 2017. Tatkala kehebatan mereka telahpun diperlihatkan menerusi kedudukan mereka sebagai peneraju pasaran, syarikat telah mencatat satu lagi tahun dengan jumlah jualan yang memecah rekod bagi tahun 2017. Syarikat mencapai peningkatan 38.9% berbanding tahun sebelumnya dari Januari hingga November pada tahun 2017 dan telahpun mencapai sasaran jumlah jualan tahunan sebanyak 500,000 buah kenderaan bagi tahun tersebut.

Dengan menetapkan matlamat untuk mencapai 1 juta jumlah jualan menjelang tahun 2020, GAC Motor menyusun strategi pembangunan yang mampan untuk menghasilkan kenderaan berkualiti dengan reka bentuk, prestasi dan keandalan premium buat pelanggan global. Ia akan terus meluaskan jaringan R&D global bagi membangunkan lebih banyak kenderaan dengan teknologi terkini dan mobiliti mampan yang canggih. Syarikat akan terus memperkenalkan empat model baharu ke dalam pasaran pada tahun 2018, menawarkan pelanggan dengan pilihan yang lebih luas berserta pengalaman pemanduan premium. Ia akan melancarkan satu lagi MPV berharga sederhana hingga mewah menjelang akhir tahun 2018, yang akan lebih menumpu pada kegunaan keluarga.

"Matlamat strategik syarikat adalah untuk mencipta jenama bertaraf dunia yang cemerlang dalam bidang penyelidikan, pengeluaran dan jualan," ujar Yu Jun. "Pada masa depan, GAC Motor akan terus menawarkan pengalaman automotif dengan daya tenaga dan kreativiti yang dipertingkat untuk pelanggan global kami."

GAC Motor dijangka kembali ke Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) pada tahun 2018 dengan seluruh barisan kenderaan dan kereta konsep elektrik sepenuhnya atas jemputan Rod Alberts, pengarah eksekutif Persatuan Pengedar Auto Detroit (DADA) dan Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS). Ia turut merancang untuk menembusi pasaran Amerika Utara selewat-lewatnya pada tahun 2019.

Latar Belakang GAC Motor

Ditubuhkan pada tahun 2008, Guangzhou Automobile Group Motor CO., LTD (GAC Motor) ialah subsidiari GAC Group, yang membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori auto berkualiti premium. Syarikat mencapai peningkatan 38.9% berbanding tahun sebelumnya dari Januari hingga November pada tahun 2017. GAC Motor kini berada pada kedudukan teratas dalam kalangan semua jenama Cina selama lima tahun berturut-turut dalam Initial Quality StudySM (IQS) China 2017 J.D. Power Asia Pasifik. Syarikat memperoleh jumlah pengeluaran dan jualan sebanyak 500,000 buah kenderaan pada tahun 2017 dan menyasarkan untuk mencapai 1,000,000 buah kenderaan menjelang tahun 2020.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor 
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor
Twitter: https://www.twitter.com/gac_motor

Perhubungan Media:

Sukie Wong
+86-186-8058-2829
GACMotor@126.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180102/2023598-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180102/2023598-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180102/2023598-1-c

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Machinery Transportation New products/services