omniture

Forest City Country Garden beri bantuan kewangan kepada kanak-kanak sekolah Malaysia yang serba kekurangan

Country Garden Forest City
2018-01-04 12:36 919

Usaha amal sokong inisiatif Satu Jalur, Satu Jalan China

JOHOR BAHRU, Malaysia, 4 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Amelia, seorang murid perempuan yang tinggal di pinggir bandar Johor Bahru, Malaysia akan merasai perbezaan apabila beliau memulakan penggal persekolahan baharu. Dilahirkan dalam sebuah keluarga yang serba kekurangan, Amelia yang memahami keadaan diri ini tidak akan meminta ibu bapanya membelikan alat tulis baharu kepadanya pada awal penggal persekolahan baharu. Namun begitu, murid berusia 8 tahun itu dengan bangganya akan menjadi pemilik beg sekolah baharu tatkala beliau tiba ke sekolah bagi menghadiri kelas pertama pada penggal kali ini. Pemaju hartanah Cina Country Garden mengadakan kempen "Kembali ke Sekolah" di tapak projek Forest City. Seramai lima puluh sukarelawan membawa 90 kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun ke kedai-kedai berdekatan bagi membolehkan setiap kanak-kanak memilih alat tulis baharu. Setiap kanak-kanak diberikan bekalan sekolah yang diperlukan yang bernilai kira-kira 500 yuan (kira-kira $US 75) termasuk beg sekolah, alat tulis, pakaian seragam sekolah, kasut dan juga stoking.

Murid-murid Malaysia, diiringi oleh sukarelawan dari Forest City, memilih dan membeli alat tulis
Murid-murid Malaysia, diiringi oleh sukarelawan dari Forest City, memilih dan membeli alat tulis

Seorang murid lelaki berusia 10 tahun, yang menyatakan beliau bercita-cita untuk menjadi seorang polis apabila dewasa kelak, berkata: "Biasanya bapa saya memilih alat tulis yang murah untuk saya memandangkan kami tidak mempunyai wang yang cukup. Tetapi tahun ini, saya dapat memilih alat tulis kegemaran saya buat pertama kalinya. Saya berterima kasih kepada Country Garden dan kempen ini amat bermakna buat kami."

Pengarah komunikasi korporat Country Garden Pacificview Aeron Munajat, berkata syarikat berharap keluarga-keluarga yang serba kekurangan yang tinggal di sekitar Forest City boleh mendapat manfaat daripada pembangunan ekonomi yang akan dirangsang oleh projek di kawasan dan kempen berkenaan turut menggalakkan kakitangan Cina untuk berkomunikasi dengan para penduduk setempat, meningkatkan pemahaman mereka tentang budaya tempatan dan seterusnya menyesuaikan diri mereka dalam masyarakat setempat.

Forest City, yang telah menjalankan program kebajikan sejak proses pembinaan projek bermula, menyumbang sebanyak lebih 3.2 juta yuan (kira-kira US$480,000) untuk membiayai pembinaan lima buah sekolah rendah tempatan dan menyediakan bekalan yang diperlukan selain latihan kepada murid-murid sejak tahun 2015. Paling utama, beberapa orang guru direkrut oleh Forest City tahun ini bagi mengajar Bahasa Cina di sekolah-sekolah ini selama tiga bulan tanpa sebarang perbelanjaan oleh pihak sekolah, bagi membantu murid-murid di sekolah berkenaan menyemai pemahaman tentang budaya Cina yang akan memberi kelebihan daya saing pada kemudian hari. Usaha amal ini diterima baik oleh penduduk tempatan di Johor Bahru.

Selain itu, Forest City turut menyediakan bantuan kewangan kepada mahasiswa-mahasiswa yang kurang bernasib baik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi membantu mereka menamatkan pengajian mereka. Pemaju hartanah ini turut bergiat aktif dalam pembangunan masyarakat sekitar, termasuk membina jalanraya, melindungi ekosistem marin, menyediakan latihan kemahiran kepada penduduk kampung, meluangkan masa semasa Perayaan Musim Bunga tahunan dengan anak-anak yatim dan warga emas serta menyampaikan ucapan selamat kepada anggota-anggota masyarakat yang beragama Islam semasa perayaan utama  umat Islam.

"Kunci kepada hubungan yang baik antara negeri bergantung pada pertalian antara penduduk mereka dan hal ini sebahagian besarnya berpunca daripada sifat saling memahami, yang merupakan asas sosial inisiatif Satu Jalur, Satu Jalan China. Menerusi peningkatan bilangan syarikat Cina yang berkembang ke dalam pasaran-pasaran antarabangsa, budaya tradisional Cina yang sentiasa membawa konsep kebajikan dan kedermawanan semakin menjadi sebahagian daripada negara-negara yang disasarkan oleh inisiatif berkenaan," kata Profesor Hal Ehwal Luar Negara China University Gao Shangtao. "Kami berbesar hati dapat melihat Country Garden Holdings, pemaju hartanah Cina yang terkemuka dan salah satu daripada 500 syarikat terbaik dunia semakin mendapat tempat dalam kalangan penduduk Malaysia sebaik sahaja syarikat melancarkan banyak acara faedah awam di samping melibatkan 200 syarikat Cina dalam projek kerjasama antarabangsa Forest City di Malaysia. Usaha amal yang diperbaharui oleh syarikat memberi kepentingan luar biasa buat inisiatif Satu Jalur, Satu Jalan negara berkenaan oleh kerana ia telah memupuk perasaan saling memahami antara penduduk Cina dan Malaysia selain membantu mewujudkan imej negara yang lebih baik buat China."

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180102/2023600-1

Source: Country Garden Forest City
Keywords: Banking/Financial Service Real Estate Children-related news Corporate Social Responsibility Not for profit