omniture

Hisense Bawakan yang Luar Biasa di CES 2018

Hisense
2018-01-10 08:39 548

LAS VEGAS, 10 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Hisense, peneraju teknologi bertaraf global, hari ini mengumumkan visi jenama global bagi tahun 2018 dalam Pameran Elektronik Pengguna di Las Vegas, Nevada. Tahun ini, Hisense akan meneruskan usaha peluasannya dengan membawakan pengalaman luar biasa untuk seluruh rangkaian produk perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna miliknya yang luas, dan dengan itu terus membangunkan antara muka pengguna yang intuitif dan menjalin perkongsian jenama utama menjelang FIFA World Cup™ 2018.

Hisense U7 ULED TV, the World Cup Special Edition TV, and Hisense U9 ULED TV, the World Cup Limited Edition TV have been launched at the press conference.
Hisense U7 ULED TV, the World Cup Special Edition TV, and Hisense U9 ULED TV, the World Cup Limited Edition TV have been launched at the press conference.

Hisense melakar salah satu tahun yang paling berjaya dalam sejarah syarikat, ditonjolkan melalui pengembangan produk yang luas, inovasi yang utama dalam industri khususnya bagi TV Laser. Hisense melancarkan TV Laser Pintar Ultra HD 4K Hisense 100" di AS. Sejak CES 2014, Hisense terus memperkenalkan model-model TV Laser baharu: bermula dengan kelas 1080p 100" kepada kelas 4K 100" class; daripada dwiwarna 100" kepada 4K 88" bersaiz lebih kecil serta 80" 4K, dan banyak lagi yang bakal menyusul. Kepantasan dalam memperkenalkan produk-produk baharu ini memperlihatkan kuasa dan status Hisense dalam industri ini. "Kami percaya dalam tempoh tiga tahun akan datang, TV Laser akan menjadi kategori yang paling pesat berkembang dalam segmen industri TV berskrin besar, dan Hisense akan meraih kedudukan yang amat mantap," kata En. Liu Hongxin, Presiden Hisense Group.

Pada tahun 2018, Hisense akan meraikan FIFA World Cup™ 2018 sebagai penaja TV rasmi bagi salah satu acara sukan terbesar di dunia. Ditonton penuh setia oleh para peminat yang bersemangat di seluruh dunia, World Cup menarik berbilion-bilion penonton pada setiap empat tahun. Dengan itu, TV ULED U7 Hisense, TV Edisi Khas World Cup dan TV ULED U9 Hisense, TV Edisi Terhad World Cup telahpun dilancarkan dalam satu sidang akhbar. Hisense akan menggabungkan teknologi paparan dan produk secara aktif berdasarkan keperluan langsung perlawanan dengan matlamat untuk memberi akses pengalaman bola sepak terbaik yang boleh dikecapi di kaca TV kepada orang ramai di seluruh dunia.

Pengalaman bola sepak Hisense akan turut menumpu pada aplikasi World Cup yang eksklusif, hab kandungan dinamik untuk segala yang melibatkan bola sepak dan akan disediakan di rantau terpilih di serata dunia. Di AS, aplikasi ini merupakan aplikasi Edisi FOX Sports GO: FIFA World Cup™ 2018, yang akan disediakan pramuat secara eksklusif dalam produk-produk TV Pintar Hisense baharu.

Di samping menawarkan kandungan eksklusif dan HDR World Cup melalui produk-produk TV Hisense kepada pengguna, Hisense bakal mengadakan kempen kreatif FIFA World Cup™ 2018 untuk pasaran luar negara Hisense dan membawakan pengalaman untuk peminat di Rusia melalui Lagardère Sports, kumpulan pemasaran sukan global yang terkemuka, bertujuan untuk menghubungkan Hisense dengan para pengguna dan peminat bola sepak di seluruh dunia serta meraikan acara bola sepak premium di tapak, secara dalam talian dan di hadapan TV Hisense demi pengalaman peminat yang sukar dilupakan. Hisense bakal melancarkan kempen komunikasi pemasaran bersepadu termasuk bakat-bakat bola sepak premium yang membawakan TVC, aktiviti-aktiviti tempat jualan, kandungan digital dan penglibatan media sosial, dengan tujuan untuk menghubungkan Hisense serta produk-produknya kepada berbilion-bilion peminat yang mengikuti FIFA World Cup™ 2018 di serata dunia dengan mantap sekali.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180109/2028277-1

Source: Hisense
Related Stocks:
HongKong:0921 Shanghai:600060 Shenzhen:000921
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Sports Television Licensing/marketing agreements New products/services Trade show news