omniture
PR Newswire: news distribution, targeting and monitoring

CLX Pertama Lancar API Pemesejan Perusahaan RCS A2P Global Dengan Pilihan Sandaran SMS

2018-01-10 16:56

STOCKHOLM, 10 Januari 2018 /PRNewswire/ --

- Pasaran A2P bakal bernilai $74bilion menjelang 2021, dipacu RCS

Penyedia CPaaS yang terkemuka, CLX Communications AB (NASDAQ XSTO: CLX), hari ini mengumumkan pelancaran API pemesejan Perkhidmatan Komunikasi Beraneka (RCS) global pertama dengan pilihan sandaran SMS. Mulai hari ini, syarikat-syarikat perusahaan akan berpeluang mendaftar untuk percubaan beta terhad yang membolehkan mereka mencuba RCS A2P di negara-negara terpilih, layari http://www.clxcommunications.com/products/rcs-business-messaging/ untuk maklumat lanjut.

Akhir tahun lalu, GSMA mengesahkan bahawa 50 pengendali mudah alih telahpun melancarkan RCS dan kini ia mempunyai 138 juta pengguna seluruh dunia dan diramal meningkat kepada 350 juta pada tahun 2018 serta lebih satu bilion menjelang tahun 2019. 

Pilihan sandaran SMS menjamin penghantaran pesanan ringkas sama ada pesanan beraneka untuk telefon bimbit Android yang mempunyai fungsi didayakan RCS atau sebagai pesanan SMS biasa sekiranya pelanggan RCS tidak dipasang pada peranti berkenaan.

Piawaian RCS Universal Profile 2.0 membolehkan ciri-ciri kandungan beraneka seperti imej, video dan butang balas intuitif yang boleh menghubungkan kepada menu dan fungsi selanjutnya. Ia dibangunkan untuk menggalakkan interaksi dua-hala antara perusahaan dan pelanggan, mendayakan fungsi pelanggan-perkhidmatan yang dipertingkat termasuk interaktiviti bot sembang (chatbot).

Pemesejan RCS juga menyediakan fungsi makluman baca dan terima agar pemasar boleh menjalankan ujian A/B, mengukur kejayaan kempen-kempen pemesejan, dan dalam masa yang sama membuat perubahan dengan kadar segera untuk meningkatkan penglibatan pelanggan.

TJ Thinakaran, Ketua Pegawai Operasi Callfire, salah seorang pelanggan perusahaan pertama CLX yang menyepadu ke dalam API RCS CLX mengulas, 'Di Callfire, kami berasa teruja untuk melancarkan RCS dalam pasaran AS dan menyediakan pengalaman pelanggan yang beraneka berserta ciri-ciri canggih yang dibawakan oleh pemesejan RCS. Kebolehhantaran menjadi aspek kritikal, penting untuk berupaya mengurus hibrid antara RCS dan SMS demi masa depan yang boleh diramal. CLX telah mengusahakan suatu yang hebat untuk memudahkan perusahaan untuk menggunakan RCS tanpa kehilangan capaian SMS.'

GSMA menganggarkan bahawa menjelang tahun 2012, pasaran pemesejan A2P bakal bernilai $74 bilion dan RCS akan menjadi pemacu utama dalam pertumbuhan ini selain pasaran Pemesejan-sebagai-satu-Platform (MaaP) yang baru muncul secara keseluruhan. MaaP ialah evolusi terhadap pemesejan mudah alih sebagai saluran penglibatan pelanggan, termasuk memanfaatkan pemesejan perniagaan (A2P) yang menggabungkan fungsi sembang robot yang menggunakan kecerdasan buatan (AI).

RCS mengalami peningkatan ketara pada Februari 2017 apabila Google mengumumkan pelancaran Program Akses Awal kepada Pemesejan Perniagaan Android, Perkhidmatan A2P pertama berasaskan piawaian RCS.

Rob Malcolm, Naib Presiden Pemasaran & Jualan Dalam Talian CLX berkata, 'Jelas sekali bahawa RCS akan memacu pasaran pemesejan Perusahaan ke hadapan menuju era baharu bagi perkhidmatan dan penglibatan pelanggan. Paling utama, perkhidmatan beraneka berasaskan AI kini dapat disertakan seperti bot sembang dalam saluran pemesejan Mudah Alih natif.'

'Biarpun ini merupakan berita yang hebat buat perusahaan dan juga jenama, penting untuk turut memberi peruntukan kepada telefon bimbit tanpa fungsi RCS dengan menawarkan SMS sebagai pilihan sandaran automatik agar pesanan dapat dihantar kepada semua.'

Latar Belakang CLX Communications 

CLX Communications (CLX) ialah penyedia bertaraf global yang utama bagi perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi berasaskan awan untuk perusahaan dan pengendali rangkaian mudah alih. Perkhidmatan komunikasi mudah alih daripada CLX memungkinkan perusahaan berkomunikasi dengan pantas, selamat dan menjimatkan kos di seluruh dunia bersama orang ramai dan peranti terhubung - Internet Komunikasi Benda (IoT).

Penyelesaian CLX membolehkan komunikasi kritikal bagi perniagaan di seluruh dunia melalui perkhidmatan pesanan mudah alih (SMS), Suara, Video, Data dan perkhidmatan ketersambungan mudah alih untuk IoT. Sejak syarikat ditubuhkan, CLX telah beroleh keuntungan dan berkembang. Syarikat beribu pejabat di Stockholm, Sweden dan turut berada di lebih 20 negara. Saham CLX Communications diniagakan melalui NASDAQ Stockholm - XSTO: CLX.   

Untuk mengetahui lebih lanjut sila layari: www.clxcommunications.com

Latar Belakang Callfire  

Barisan jenama CallFire ialah penyedia utama bagi penyelesaian pemasaran teks dan suara layan diri yang mudah digunakan untuk ribuan perniagaan di seluruh AS & Kanada. Kami mengkhusus dalam membantu perniagaan-perniagaan tempatan berkembang dan mengekalkan pendapatan mereka melalui bantuan dan penglibatan yang proaktif. Penyelesaian kami turut menyokong khidmat pelanggan, kutipan dan komunikasi logistik.

Selain menyediakan perkhidmatan untuk perniagaan-perniagaan tempatan, kami turut memperkasa pertubuhan bukan untung, kumpulan agama serta organisasi lain untuk meningkatkan usaha bantuan mereka. Ibu pejabat CallFire terletak di Santa Monica, California, manakala pejabat-pejabat gabungan terletak di Austin, Texas dan Kiev, Ukraine.

Untuk mengetahui lebih lanjut sila layari: https://www.callfire.com    

Sumber: CLX Communications Limited

Source: CLX Communications Limited

Featured Video

Related Keywords:

Computer/Electronics

Internet Technology

Telecommunications

Telecommunications Carriers and Services

New products/services

Advanced Search
Search
  
  1. Products & Services
  2. News Releases
  3. Knowledge Center
  4. Journalists & Media
  5. Multimedia Theater
  6. Contact Us