Pematangan Tong Sherry Kelompok Johnnie Walker Blenders dilancar eksklusif untuk pengembara
LONDON, 10 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Ketibaan tahun baharu membawa rancangan baharu, resolusi baharu dan juga permulaan baharu - namun buat pasukan yang terdiri daripada 12 pakar pembuat wiski di Johnnie Walker, ini merupakan hakikat yang ditempuh saban hari tatkala mereka terus berusaha menerobos sempadan rasa Wiski Scotch.
Tahun Baharu kali ini, pasukan di sebalik jenama[1] Wiski Scotch nombor satu di dunia itu melancarkan wiski edisi istimewa eksklusif untuk para pelancong: Pematangan Tong Sherry Kelompok Johnnie Walker Blenders - kini disediakan di kedai-kedai bebas cukai seluruh dunia.
Portfolio Kelompok Johnnie Walker Blenders ialah satu siri wiski yang dihasilkan dengan kebebasan untuk mencipta adunan yang mencabar tradisi pembuatan wiski. Hasilnya ialah siri unik wiski yang menjalani percubaan, memberikan rasa tersendiri dan hidangan yang mengagumkan.
Percubaan di sebalik keluaran terkini ini mengambil inspirasi daripada Johnnie Walker Black Label ikonik, yang dihasilkan dengan unsur pematangan tong sherry selama lebih seratus tahun lamanya. Diilhamkan daripada proses ini, pembuat wiski di Johnnie Walker ingin menyelidik lebih mendalam dan meneroka unsur asas rasa buah yang dihasilkan oleh pematangan tong sherry kepada rasa tersebut - menghasilkan Pematangan Tong Sherry Kelompok Johnnie Walker Blenders yang diperkaya dengan enak dan manis, dimatangkan selama 12 tahun.
Diperbuat menggunakan wiski daripada kilang penyuling seperti Blair Athol, Cardhu dan Strathmill, Pematangan Tong Sherry Kelompok Johnnie Walker Blenders ialah Scotch berwarna gelap yang halus apabila dihirup dengan unsur asas vanila manis, asap, kismis dan diakhiri dengan rasa coklat gelap yang panas.
Aimee Gibson, pakar pembuat wiski Johnnie Walker berkata: "Wiski Kelompok Johnnie Walker Blenders merupakan hasil daripada percubaan berani yang menerobos sempadan rasa. Mengambil inspirasi daripada unsur pematangan tong sherry bagi Johnnie Walker Black Label, saya tertarik dengan kekayaan dan rasa buah-buahan yang ditambah kepada adunan tersebut. Ia memberi ilham kepada saya untuk mencubanya dengan teknik pematangan tong sherry bagi membangkitkan lebih banyak unsur asas rasa buah-buahan ini dan untuk menambah kedinamikan rasa yang unik."
Beliau menambah: "Hasilnya adalah suatu yang luar biasa; Pematangan Tong Sherry Kelompok Johnnie Walker Blenders ialah wiski manis dan diperkaya yang hebat. Ia merupakan pengenalan sempurna buat mereka yang baru mencuba Wiski Scotch, tetapi ia juga dapat mengujakan peminat wiski yang berpengalaman."
Mengulas tentang nilai eksklusif jualan kembara, Dayalan Nayager, Pengarah Urusan Diageo Global Travel berkata, "Ini merupakan pelancaran istimewa buat Diageo Global Travel kerana ia eksklusif untuk pembeli kami. Ia merupakan produk eksklusif jualan kembara pertama daripada siri Kelompok Johnnie Walker Blenders dan akan menjadi pembelian yang sempurna oleh pengembara yang ingin menghadiahkan sesuatu yang benar-benar istimewa sempena Tahun Baharu ini."
"Para pengembara tercari-cari jenama-jenama yang mempunyai penemuan baharu, keaslian, ketukangan dan kisah manusia sejati di sebaliknya, dan tiada jenama lain yang lebih baik daripada Johnnie Walker. Kami berasa teruja dapat memberi sekilas imbasan kepada para pembeli terhadap dunia penerokaan rasa daripada jenama Wiski Scotch terhebat di dunia dan menambah satu lagi unsur inovasi dalam rangkaian produk kami."
Cara terbaik untuk menikmati Pematangan Tong Sherry Kelompok Johnnie Walker Blenders adalah dengan mencampurkannya bersama bir halia dan dihias dengan potongan oren segar bagi menghasilkan koktel buatan sendiri yang lazat. Hampir serupa seperti Johnnie Walker Black Label, wiski baharu ini begitu sempurna apabila dicampur. Hidangkan minuman campuran ini pada sebelah malam dan tambahkan rasa yang kaya kepada malam-malam tersebut dengan penuh kesungguhan, tatkala perbualan sedang rancak berlangsung.
Gembirakan diri anda atau seseorang dengan rasa baharu yang menarik pada Tahun Baharu ini. Para pelancong boleh memilih botol Pematangan Tong Sherry Kelompok Johnnie Walker Blenders di kedai-kedai bebas cukai terpilih di seluruh dunia sekarang, pada harga GBP26.50 / $44 RRSP bagi botol 1 liter.
[1] IWSR 2017- berdasarkan jumlah dan nilai data 2016
Nikmati Johnnie Walker secara berhemah