omniture

Alibaba A.I. Labs Umum Kolaborasi Strategik bersama MediaTek dalam Inisiatif IoT

Alibaba Lancar protokol IoT untuk Ekosistem Kediaman Pintar kawalan Tmall Genie
MediaTek Inc.
2018-01-11 09:31 506

LAS VEGAS, 11 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Alibaba A.I. Labs, yang menerajui pembangunan produk kecerdasan buatan (AI) pengguna Alibaba, dan MediaTek, syarikat semikonduktor tanpa fabrikasi bertaraf global, hari ini mengumumkan satu kolaborasi strategik menerusi inisiatif Internet Komunikasi Benda (IoT) termasuk protokol kediaman pintar, cip IoT tersuai dan perkakasan pintar AI, dengan tujuan untuk menggalakkan pembangunan dunia yang terhubung dalam era IoT.

Kedua-dua pihak turut mengumumkan penyelesaian ketersambungan Smartmesh pertama di China yang menyokong teknologi jejaring Bluetooth hubungan banyak-ke-banyak yang terkini, dalam usaha untuk mempercepatkan penerimaan teknologi ini dalam persekitaran kediaman pintar.

Penyelesaian ini, yang berasaskan protokol IoT Labs yang dibangunkan sendiri dikenali sebagai IoTConnect dan cip Bluetooth yang dibangunkan bersama kedua-dua pihak, membolehkan peranti kediaman pintar digandingkan secara automatik dengan Tmall Genie, pembantu pintar kawalan suara pertama daripada Labs, mewujudkan ekosistem kediaman pintar kawalan Tmall Genie.

Miffy Chan, Ketua Alibaba A.I. Labs, mengulas: "Kami berasa teruja mengenai perkongsian dengan MediaTek untuk meneroka kolaborasi dalam ekosistem IoT. Keupayaan AI dan pengkomputeran awan kami, berserta teknologi terkini MediaTek dalam reka bentuk cip, memberikan kelebihan unik terhadap penyelesaian ketersambungan kami untuk kediaman pintar, seterusnya menawarkan manfaat sebenar untuk pengguna di China dan memberi laluan kepada dunia yang lebih terhubung melalui inovasi."

Jerry Yu, Naib Presiden Korporat dan Pengurus Besar Home Entertainment Business Group, MediaTek berkata: "MediaTek berasa teruja dapat bekerjasama dengan Alibaba A.I. Labs dalam usaha membangunkan ekosistem kediaman pintar kawalan suara. Ini diikuti dengan kerjasama kami dalam mencetuskan kejayaan hebat menerusi Tmall Genie X1."

"Pasaran kediaman pintar mengalami pertumbuhan luar biasa tatkala teknologi berkembang maju. Dengan kekuatan MediaTek dalam ketersambungan dan jalur dasar, pengkomputeran dan multimedia, digandingkan dengan kelebihan utama Alibaba dalam pengkomputeran awan dan AI, kami yakin kolaborasi ini akan menjadi satu pencapaian penting dalam pembangunan era IoT," tambah Yu.

Perkongsian ini menyusuli kejayaan kolaborasi untuk Tmall Genie, yang mana MediaTek menyediakan sokongan teknologi cip. Alibaba A.I. Labs melancarkan pembantu kediaman pintar pada bulan Julai tahun lalu, dengan matlamat untuk menyediakan pengalaman interaksi serba baharu kepada pengguna Cina. Lebih satu juta peranti Tmall Genie terjual di China semasa Festival Beli Belah Global Alibaba pada 11 November tahun lalu.

IoTConnect ialah protokol ketersambungan terbuka berasaskan piawaian jejaring Bluetooth untuk pengeluar perkakasan pintar dan peralatan kediaman pintar. Peranti pintar yang menggunakan protokol ini boleh digandingkan secara automatik dengan Tmall Genie. Protokol ini bertujuan untuk menggalakkan standard ketersambungan yang seragam antara peranti pintar, dan dengan demikian merendahkan kos untuk membangunkan peranti terhubung dan mendorong pembangunan ekosistem kediaman pintar dengan kawalan suara.

Penyelesaian Smartmesh menyokong perangkaian jejaring Bluetooth terkini dan persediaan fungsi Bluetooth 5 oleh Bluetooth Special Interest Group (SIG), sebuah badan yang memantau pembangunan piawaian Bluetooth. SoC (sistem-atas-cip) Bluetooth tersuai - MT7581 dan MT7583 - untuk penyelesaian ini disediakan dengan teknologi jejaring pintar Bluetooth, gandingan automatik, sambungan pantas dan penggunaan kuasa yang rendah. Kedua-dua SoC ini sedia untuk dipasarkan pada separuh kedua tahun ini.

Latar Belakang Alibaba A.I. Labs

Alibaba A.I. Labs mengkhusus untuk meneroka interaksi manusia-dan-komputer generasi akan datang dan mengubah pengalaman pengguna terkini menjadi nyata. Jabatan penyelidikan & pembangunan (R&D) dalaman menumpu pada pembangunan aplikasi AI yang inovatif dalam seluruh ekosistem dagangan Alibaba dan menyediakan penyelesaian AI kepada pelanggan dan juga rakan kongsi Alibaba. Bersama pasukan penyelidikan bertaraf dunia, Alibaba A.I. Labs menumpu pada kajian berasaskan teori dan pengkomersialan produk dalam pelbagai bidang, termasuk pengecaman pertuturan, pemprosesan bahasa tabii, pengenalpastian cetak suara, pembelajaran mendalam dan visi komputer. Alibaba A.I. Labs turut menumpu untuk membangunkan produk AI kepada pengguna termasuk Tmall Genie, pembantu kediaman pintar kawalan suara pertama yang dibangunkan oleh Labs.

Latar Belakang MediaTek

MediaTek Incorporated (TWSE: 2454) ialah syarikat semikonduktor tanpa fabrikasi bertaraf global yang mendayakan 1.5 bilion peranti terhubung setahun. Kami merupakan peneraju pasaran dalam membangunkan sistem-atas-cip (SoC) yang inovatif untuk peranti mudah alih, hiburan rumah, ketersambungan dan produk IoT. Dedikasi kami terhadap inovasi menempa nama kami sebagai penggerak pasaran dalam beberapa bidang teknologi utama, termasuk teknologi mudah alih yang amat cekap kuasa dan penyelesaian multimedia canggih untuk pelbagai jenis produk seperti telefon pintar, tablet, televisyen digital, kotak OTT, produk boleh pakai dan penyelesaian automotif. MediaTek memperkasa dan menginspirasikan orang ramai untuk meluaskan pandangan mereka dan mencapai matlamat mereka dengan mudah melalui teknologi pintar. Kami menggelar idea ini sebagai Kepintaran Harian dan ia mendorong kami dalam setiap perkara yang kami lakukan. Layari www.mediatek.com untuk maklumat lanjut.

Perhubungan Media

Alibaba Group


Pejabat Akhbar MediaTek: PR@mediatek.com

Benua Amerika:

APAC

Benua Amerika

APAC





Roger Zhang

Crystal Liu

Kevin Keating

Joey Lee

Telefon: +1-9175586457

Telefon: +852 63785626

+1- 206-321-7295

+886 3-567-0766 # 31602

Emel:roger.zhang@alibaba-inc.com

Emel:crystal.liu@alibaba-inc.com

10188 Telesis Ct #500, San Diego, CA 92121, AS

No. 1, Dusing 1st Rd., Hsinchu Science Park, Hsinchu City 30078, Taiwan

Source: MediaTek Inc.
Related Stocks:
Taiwan:2454
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Internet Technology Semiconductors Telecommunications VoIP Joint ventures Licensing/marketing agreements