omniture
PR Newswire: news distribution, targeting and monitoring

AECOM bakal sediakan khidmat penyeliaan tapak untuk projek Laluan Rel Pantai Timur Malaysia

2018-01-12 10:11

KUALA LUMPUR, Malaysia, 12 Januari 2018 /PRNewswire/ -- AECOM, salah satu firma infrastruktur global terunggul dan bersepadu sepenuhnya, telah dilantik oleh syarikat China Communications Construction Company (CCCC) bagi menyediakan perkhidmatan penyeliaan tapak bina untuk stesen, jejambat, terowong dan depoh bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

"AECOM sangat berbangga dapat terlibat dalam projek ini, yang merupakan salah satu pengubah industri yang besar untuk ekonomi Pantai Timur Semenanjung Malaysia," kata Ailee Loh, Naib Presiden, Pengangkutan, AECOM Malaysia. "Bagi menyiapkan projek sebesar ini, kami memanfaatkan pengalaman yang kukuh dalam negara dan antarabangsa bagi menyediakan infrastruktur pengangkutan, khususnya dalam sektor kereta api. Kami berharap dapat memanfaatkan pendekatan inovatif bertaraf dunia dalam projek yang kompleks ini yang akhirnya akan memberi manfaat kepada seluruh Malaysia secara am nya."

"Infrastruktur kereta api yang terunggul ini akan membuka banyak peluang-peluang baharu kepada penduduk di negeri-negeri disebelah Pantai Timur dengan membuka peluang-peluang pekerjaan baharu, merangsang industri dan mempertingkatkan mobiliti, selari dengan pertumbuhan yang dipacu oleh inisiatif Wilayah Ekonomi Pantai Timur," kata Patrick Wong, Pengarah Negara, AECOM Malaysia. 

Projek ECRL ialah sebahagian daripada rancangan pengangkutan komprehensif kerajaan Malaysia yang akan menghubungkan Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang ke Pantai Timur melalui jaringan kereta api yang strategik. Ia dijangkakan bakal menyediakan perkhidmatan kepada semua hab-hab utama di Wilayah Pantai Timur, melalui Kelantan, Terengganu, Pahang dan beberapa kawasan di Selangor, serta akan dihubungkan kepada jaringan kereta api utama Malaysia apabila siap dibangunkan kelak menjelang tahun 2024.

"Projek ini juga merupakan salah satu peluang yang hebat untuk terus mengembangkan bakat-bakat tempatan dalam bidang ini dan melahirkan pemimpin-pemimpin industri kereta api dengan kepakaran yang amat dicari oleh penduduk diseluruh dunia," kata En. Billy Wong, Eksekutif Serantau, Asia Tenggara.

Latar Belakang AECOM

AECOM ditubuhkan bagi mewujudkan dunia yang lebih baik dan selesa. Kami mereka bentuk, membangunkan, membiayai dan mengendalikan aset-aset infrastruktur untuk kerajaan, syarikat dan organisasi di lebih 150 negara. Sebagai sebuah firma yang bersepadu sepenuhnya, kami menghubungkan pengetahuan dan pengalaman yang melibatkan jaringan pakar global kami demi membantu pelanggan-pelangan kami menangani cabaran mereka yang paling rumit. Bermula dengan bangunan dan prasarana berprestasi tinggi, hingga kepada komuniti dan persekitaran yang berdaya tahan, serta negara yang stabil dan selamat, usaha kami lebih bersifat transformatif yang mencetuskan sedikit perbezaan. Sebagai sebuah firma Fortune 500, AECOM menjana pendapatan kira-kira sebanyak $18.2 bilion bagi tahun fiskal 2017. Sila layari bagaimana kami menukar imaginasi ke realiti di aecom.com dan @AECOM.

Perhubungan Media Malaysia:

Perhubungan Media Asia:

Jeffrey Siang

David Nugent

Jeffrey.Siang@aecom.com 

David.Nugent@aecom.com  

Pejabat:  +603 2770 3806

Pejabat:  +65 6299 0297

Telefon Bimbit: +60 12 209 0125

Telefon Bimbit: +65 8385 7279

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20170518/1855385-1LOGO

Source: AECOM

Featured Video

Related Keywords:

Banking/Financial Service

Construction/Building

Railroads and Intermodal Transportation

Transportation

Advanced Search
Search
  
  1. Products & Services
  2. News Releases
  3. Knowledge Center
  4. Journalists & Media
  5. Multimedia Theater
  6. Contact Us