omniture

Upstream Medical Kumpul Dana Global untuk Percubaan Klinikal Platform Diagnostik Baharu

Upstream Medical Technologies
2018-01-15 09:00 489

CHRISTCHURCH, New Zealand, 15 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Pakar bank pelaburan Eropah, Innovator Capital, dilantik bagi membantu firma bioteknologi baharu New Zealand, Upstream Medical Technologies dalam pengumpulan modal Siri A sebanyak US $5 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Upstream, Ruth Appleby dan Ketua Pegawai Strategi, Profesor Madya Chris Pemberton
Ketua Pegawai Eksekutif Upstream, Ruth Appleby dan Ketua Pegawai Strategi, Profesor Madya Chris Pemberton

Firma bertumpu sains hayat dan teknologi mampan yang berpangkalan di London itu sedang mencari komitmen daripada pelabur korporat, keluarga dan golongan profesional untuk membiayai ujian percubaan berbilang pusat peringkat antarabangsa oleh Upstream untuk produk pertamanya; ujian darah serangan jantung yang rintis.

Upstream membangunkan platform diagnostik menggunakan peptida isyarat. Petunjuk utama ini akan mengurangkan kemasukan pesakit ke hospital akibat sakit dada sehingga 40 peratus. Ujian syarikat yang bertempat di Christchurch ini dapat mengetepikan risiko serangan jantung yang akan terjadi bagi sebilangan besar individu yang dibawa ke hospital akibat sakit dada.

Ujian ini dapat mengenal pasti pesakit yang mengalami angina yang tidak stabil, berbanding sakit dada akibat faktor-faktor yang lain. Para pesakit yang mengalami angina tidak stabil mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat serangan jantung dan perlu menerima rawatan segera bagi mengelakkan serangan jantung dan kerosakan otot jantung akibat serangan itu.

"Teknologi kami mempunyai potensi yang amat luas dalam sistem kesihatan global," kata Ketua Pegawai Eksekutif Upstream, Dr Ruth Appleby.

"Dengan memberikan kepastian yang lebih tinggi kepada kakitangan perubatan sama ada pesakit yang dirawat berisiko mengalami serangan jantung yang tidak dapat dielak, kami dapat membantu sistem kesihatan menjimatkan berbilion-bilion dolar setahun. Ujian pantas berbanding tinggal di hospital selama beberapa hari tanpa benar-benar perlu untuk berada di situ merupakan satu pengubah industri yang sebenar," kata beliau.

"Sebagai contoh, di AS, terdapat lapan juta individu yang dihantar ke jabatan kecemasan saban tahun akibat sakit dada, namun hanya satu dalam lapan individu mengalami serangan jantung sebenar yang mengancam nyawa atau yang tidak dapat dielak. Ini memberi cabaran sebenar kepada para doktor untuk mendiagnosis, menyebabkan ujian berulang yang memakan masa dan kemasukan ke hospital yang sebenarnya tidak perlu dilaksanakan."

Dr Appleby berkata pengumpulan dana Siri A ini akan dapat membiayai ujian percubaan terhadap 1,000 pesakit di pelbagai klinik antarabangsa. Ujian klinikal ini direka untuk mendapatkan kelulusan kawal selia bagi teknologi di AS dan Eropah.

Pengerusi Innovator Capital, Mungo Park berkata, "potensi gobal ujian darah Upstream yang pertama dalam kategorinya, memberi peluang kepada pihak pelabur untuk mengambil bahagian dalam platform diagnostik baharu dengan potensi pertumbuhan jangka pendek dan jangka panjang selain memberi impak kepada pesakit dan juga infrastruktur. Kami mendapat galakan hasil kebolehskalaan teknologi dan peluang dalam pasaran-pasaran kesihatan global."

Innovator Capital, www.innovator-capital.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171229/2016313-1

 

Source: Upstream Medical Technologies
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Financing agreements