omniture

Pembuat perkakas rumah elektrik Cina Skyworth pamer rangkaian produk lengkap di CES 2018

TV OLED Skyworth dengan cip AI tawar kualiti imej luar biasa
Skyworth Group
2018-01-15 11:23 1237

LAS VEGAS, 15 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Skyworth, pengeluar televisyen, produk audio-visual dan perkakas rumah Cina yang terkemuka, mempamerkan rangkaian produk lengkapnya sempena CES kali ke-51, yang berlangsung di Las Vegas pada 9 Januari 2018. Dengan mempamerkan teknologi-teknologi proprietari dan produk-produk termaju di reruai terbesar Dewan Selatan Pusat Konvensyen Las Vegas, pembuat perkakas rumah ini mempamerkan keupayaan inovasi Cina dalam industri yang berkembang pesat pada kemuncak transformasi.

Skyworth at CES 2018
Skyworth at CES 2018

Skyworth cipta produk berteknologi tinggi generasi seterusnya dengan meluaskan portfolio TV OLED dengan cip AI proprietari

Kecerdasan buatan, atau ringkasnya, AI, kata penarik semasa tahun 2017 untuk semua produk baharu dalam teknologi, bakal memperoleh daya tarikan bagi pertumbuhan besar-besaran dari segi aplikasi perindustrian pada tahun 2018.

Skyworth OLED TV
Skyworth OLED TV

Selaku peneraju dalam membangunkan teknologi OLED utama, menggalakkan pembangunan industri OLED Cina dan memasarkan TV OLED dalam pasaran domestik Cina secara besar-besaran, Skyworth mempamerkan cip AI proprietarinya di CES 2018, termasuk teknologi AI utama, antaranya, pemprosesan lancar berketepatan, pembentukan semula objek dinamik dan penambahan Ultra HD 4K super.

Seorang jurutera penyelidikan dan pembangunan daripada Skyworth menjelaskan TV OLED daripada syarikat dilengkapi dengan cip AI yang memanfaatkan kecerdasan buatan untuk mencari, mengenal pasti dan memfaktorkan semula imej sebagai cara untuk meningkatkan kualiti imej dan memulihkan aspek yang imersif, memberikan pengalaman tontonan seakan hidup.

Skyworth ambil bahagian dalam CES menerusi rangkaian produk lengkap sebagai sebahagian daripada usahanya untuk terus berkembang dalam pasaran antarabangsa

Skyworth mengukuhkan hubungan kerjasamanya dengan beberapa jenama antarabangsa yang terkemuka.

Sebagai contoh, Dolby®. Skyworth merancang untuk membawakan audio imersif Dolby Atmos® untuk TV baharunya pada tahun 2018. Gabungan antara Skyworth TV dan Dolby Atmos dijangka akan menetapkan standard baharu dalam industri. Suatu kemajuan yang tercapai dalam bunyi keliling, ia membawa anda daripada keadaan yang biasa kepada pengalaman yang luar biasa dengan audio bergerak – bunyi yang memenuhi ruang bilik anda dan berlegar-legar di sekeliling anda dengan realisme yang menakjubkan bagi mewujudkan pengalaman hiburan bergerak yang hebat.

Selain jalinan kerjasama dengan Dolby, pembekal Amerika utama bagi teknologi audio yang terkemuka dalam industri, Skyworth turut menjalin perkongsian dengan pengeluar pembesar suara bertaraf global, JBL dan memperoleh beberapa pengeluar barangan elektronik pengguna canggih yang mempunyai reputasi cemerlang dalam pasaran tempatan masing-masing, termasuk jenama perkakas rumah Afrika Selatan yang terkemuka Sinotec, pembuat TV mewah Jerman Metz, pembuat kotak atas-set yang berpangkalan di UK Strong Group dan Caldero Limited, serta kilang pengeluaran produk pengguna Toshiba di Indonesia. Syarikat terus menggalakkan globalisasi jenama dan produk dalam usahanya untuk memperluas portolio lengkapnya.

Rangkaian lengkap perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna yang dipamerkan oleh Skyworth dalam pameran ini termasuk paparan AMOLED fleksibel baharu, siri lengkap TV OLED, sistem kediaman pintar berbilang paparan, set kepala VR semua-dalam-satu Coocaa, serta kotak atas-set, peti sejuk, mesin basuh, penyaman udara dan kunci pintu pintar, menonjolkan keyakinan dan kesungguhannya untuk berkembang dan menempa nama di peringkat global.

Skyworth showcases VR product
Skyworth showcases VR product

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180111/2029575-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180111/2029575-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180111/2029575-1-c

Source: Skyworth Group
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Television New products/services Trade show news