omniture

Archipelago Tandatangani Kontrak Peluasan dengan Quest Hotel 700-Bilik di Malaysia

Archipelago International perluas portfolio Asia menerusi kontrak pengurusan 700-bilik Quest
Archipelago International
2018-01-15 15:46 504

JAKARTA, Indonesia, 15 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Archipelago International (A.I.), syarikat perhotelan terbesar di Indonesia, hari ini mengumumkan peluasan lanjut menembusi Asia akan dilaksanakan menerusi penandatanganan kontrak pengurusan 700-bilik di bawah jenama Quest Hotel. Projek Port Dickson berkenaan akan melibatkan pusat konvensyen terbesar di bandar ini dan bakal menyediakan taman tema air berkeluasan 30,000 meter persegi. Projek ini dijangka siap pada pertengahan tahun 2019.

Archipelago International perluas portfolio Asia menerusi kontrak pengurusan 700-bilik Quest
Archipelago International perluas portfolio Asia menerusi kontrak pengurusan 700-bilik Quest

 

Archipelago International perluas portfolio Asia menerusi kontrak pengurusan 700-bilik Quest
Archipelago International perluas portfolio Asia menerusi kontrak pengurusan 700-bilik Quest

 

Dengan jarak yang tidak jauh dari Kuala Lumpur, kawasan pantai yang bersih dan marina 5-bintang seperti The Admiral Marina & Leisure Club, Port Dickson terus mendapat perhatian sebagai hab perniagaan dan destinasi percutian.

Minggu lalu, John Flood, Presiden dan CEO Archipelago International berkata, "Sejak beberapa tahun lalu, pasukan kami telahpun bersiap sedia menghadapi pertumbuhan di seluruh Asia, Timur Tengah dan Cuba. Quest, sebagai sebuah hotel berjenama, kami akan menarik 20% lebih banyak perniagaan berbanding hotel tanpa jenama. Apabila anda menggabungkannya dengan taman tema air terbesar dalam negara, hotel ini pastinya dapat menarik sebahagian besar pelancong dan hal ini sentiasa menjadi berita yang amat baik buat pelabur. Projek ini terus meluaskan kehadiran kumpulan ini sebagai syarikat pelancongan antarabangsa yang terkemuka."

Quest Hotel dan Pusat Konvensyen baharu di Port Dickson merupakan sebahagian daripada pelan induk yang lebih besar untuk Lembah Wawasan Malaysia (MVV). Norliza Hashim dan Lawrence A. Chan yang dipertanggungjawabkan untuk membangunkan pelan tindakan MVV itu bersetuju bahawa idea rancangan pembangunan komprehensif berkenaan adalah untuk mengenal pasti pemacu pertumbuhan - dari segi ekonomi serta sosial dan dalam masa yang sama, melindungi alam sekitar. "Kini kami menumpu pada teknologi hijau, yang akan menjadi pengubah industri bagi MVV," kata Norliza.

Pada masa kini, sebagai firma pengurusan hotel yang paling pesat berkembang, Archipelago International mempunyai portfolio terbesar Indonesia yang melibatkan lebih 130 hotel (17,000 buah bilik) dan 100 hartanah baharu yang sedang dibangunkan di seluruh Indonesia, Caribbean, Filipina dan Malaysia. Jenama-jenama dalam portfolio tersebut mencakupi Nomad Hostels, favehotel, Hotel NEO, Quest Hotel, HARPER, ASTON, The Alana dan Kamuela. Hotel-hotel pula terdiri daripada vila ultra mewah kepada hotel berservis terhad dan juga hotel-hotel kelas ekonomi kepada kediaman pangsapuri berservis.  

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180105/2024422-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180105/2024422-1-b
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180103/2024422-1LOGO

Source: Archipelago International
Keywords: Banking/Financial Service Hotels and Resorts Travel Contracts Corporate Expansion