omniture

Hussain Sajwani DAMAC Bakal Berucap tentang Kepentingan Kemahiran Digital dalam Forum Ekonomi Sedunia di Davos

DAMAC Properties
2018-01-17 12:11 861

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 17 Januari 2018/PRNewswire/ --

 "Inovasi dan pendigitan pesat wujudkan keperluan mendesak untuk tangani jurang kemahiran ICT seluruh dunia," kata Sajwani

Pengasas dan Pengerusi DAMAC Properties, Hussain Sajwani, akan berucap tentang peningkatan permintaan terhadap kemahiran digital lanjutan pada hari pertama Forum Ekonomi Sedunia (WEF), berlangsung pada 23 - 26 Januari, di Davos, Switzerland. 

generated by system

Penyertaan sesi oleh Sajwani memberi tumpuan terhadap usaha-usaha Timur Tengah membangunkan kemahiran ICT dalam kalangan golongan muda, yang mana Sajwani merupakan penyokong utama bagi Inisiatif 'Satu Juta Pengekod Arab'yang baru dilancarkan pada Oktober 2017. Inisiatif ini lahir daripada visi Yang Mulia Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum, Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE serta Pemerintah Dubai, bagi mewujudkan masyarakat yang diperkasa dan lebih bahagia melalui pembelajaran dan juga pembangunan kemahiran.

Sesi 'Kepentingan Kemahiran Digital' akan mengumpulkan para pembuat keputusan utama dan pemikir bersama-sama bagi membincangkan keperluan memajukan kemahiran digital sebagai satu keutamaan, sebagai respons kepada pendigitan global yang pesat serta pengautomatan besar-besaran. Sesi ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada usaha pembangunan kemahiran sedia ada dapat dipertingkat bagi menangani perubahan keadaan dalam tenaga kerja digital.

"Tatkala dunia beralih ke arah penerimaan ekonomi digital, ia semakin bergantung pada ketersediaan tenaga kerja berkemahiran, yang mana setiap kejayaan dan kegagalan ekonomi sesebuah negara bergantung pada usaha-usahanya membangunkan kumpulan bakat yang terdiri daripada pekerja yang sangat mahir bagi menangani perubahan ini," kata Sajwani.

'Satu Juta Pengekod' ialah satu inisiatif pendidikan pan-Arab pertama seumpamanya yang disokong oleh Yayasan Hussain Sajwani – DAMAC, cabang kerja amal DAMAC Group dan Pengerusinya. Dilancarkan dengan kerjasama Yayasan Masa Depan Dubai, inisiatif ini bertujuan untuk mewujudkan satu kumpulan yang terdiri daripada satu juta pengekod perisian bagi menerajui dunia Arab menuju era digital.

Sesi 'Kepentingan Kemahiran Digital' dalam WEF bermatlamat untuk menekankan beberapa trend industri utama yang mendorong permintaan terhadap kemahiran lanjutan, dan mencetuskan beberapa perbincangan sekitar topik tersebut termasuk anjakan minda terhadap pembelajaran sepanjang hayat dan peluang-peluang inklusif, merancang insentif untuk tindakan dan pelaburan secara kolektif, dan memahami peranan teknologi-teknologi baru muncul.

"Jurang kemahiran digital ialah satu dilema global, bukan sekadar terhadap pasaran-pasaran baru muncul, memandangkan berjuta-juta pekerjaan dalam pembangunan perisian perlu dipenuhi sekarang. Apa yang berlaku apabila pekerjaan ini meningkat sebanyak 20, 30 atau 40 peratus dalam masa terdekat? Di manakah komuniti global boleh mendapatkan aliran bakat secara berterusan untuk dimanfaatkan? Komuniti global memerlukan lebih banyak inisiatif seperti 'Satu Juta Pengekod' bagi memperkasa masyarakat mereka menerusi kemahiran dan kepakaran teknikal yang diperlukan untuk pekerjaan masa depan. Ini merupakan langkah strategik yang mustahak demi menjamin kejayaan ekonomi mana-mana negara, tatkala dunia melangkah dalam Revolusi Perindustrian Keempat," tambah Sajwani.

Dapatkan maklumat lanjut di www.damacproperties.com 

DAMAC Properties telah mempelopori pasaran hartanah mewah Timur Tengah sejak tahun 2002 - memberikan pengalaman hidup mewah kepada penduduk dari seluruh dunia. Mencipta nama pada tahap tertinggi bagi kehidupan bergaya, DAMAC Properties mengukuhkan kedudukannya sebagai pemaju mewah utama di rantau ini, menawarkan reka bentuk ikonik dan kualiti terbaik. Pengaruh syarikat kini melangkaui seluruh Timur Tengah menerusi projek-projek di UAE, Arab Saudi, Qatar, Jordan, Lubnan dan juga United Kingdom.

Setakat 30 September 2017, DAMAC Properties telah menyempurnakan lebih 19,900 kediaman. Syarikat ini mempunyai portfolio pembangunan melibatkan lebih 44,000 unit rumah pada pelbagai peringkat kemajuan dan perancangan, merangkumi lebih 13,000 bilik hotel, pangsapuri berservis dan vila hotel, yang akan diurus oleh cabang hospitalitinya, DAMAC Hotels & Resorts. Berbekalkan visi dan momentum, DAMAC Properties kini membina kehidupan mewah Timur Tengah generasi akan datang.

Kunjungi kami di www.damacproperties.com .  

Ikuti DAMAC Properties melalui Facebook, Twitter (@DAMACofficial) dan YouTube.

Sumber: DAMAC Properties

Source: DAMAC Properties
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology Real Estate Trade show news Future Events