omniture

Zippo dan Seniman Jalanan Ben Eine Hasilkan Mural 17,500 Meter Persegi di East London

Zippo
2018-01-18 09:00 509

LONDON, 18 Januari 2018 /PRNewswire/ --

Zippo dan seniman jalanan terkenal Ben Eine hari ini memperkenalkan mural besar berukuran 17,500 meter persegi. Menggambarkan perkataan "CREATE" karya seni itu dihidupkan pada kanvas yang benar-benar bukan konvensional: ruang tanah perindustrian yang lengang di East London yang berukuran 17,500 meter persegi.

generated by system

Video baharu berjudul An Unconventional Canvas menonjolkan karya seni yang besar itu dan sedia untuk ditonton mulai hari ini melalui saluran sosial jenama https://www.youtube.com/watch?v=X9WveHQDeno. Video ini merakam Eine yang mengusahakan projek yang paling tidak dapat diramalkan setakat ini dan memperlihatkan laluan mencabar untuk menghasilkan lukisan bersaiz besar di atas tanah. Dengan hasil epik yang hanya boleh dilihat secara keseluruhan dari suatu ketinggian, Zippo dan Eine menggunakan kehebatan dron untuk merakam perjalanan kreatif tersebut.

Karya seni bersaiz besar itu memerlukan 2,850 liter cat kitar semula, tab mandi berukuran 200 liter bagi tujuan pencampuran, penggelek 18 inci lebar dan pasukan seramai 30 sukarelawan sokongan dan juga enam orang seniman. Disebabkan oleh saiz karya seni yang besar itu, Eine hanya dapat menyemak tahap kemajuan karya seni berkenaan dengan menggunakan rakaman dron.

Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Global Street Art, Lee Bofkin, mengulas: "Melukis di atas tanah yang luas adalah amat mencabar dan mural ini benar-benar menetapkan standard baharu bagi skala dan kemahiran."

Ben Eine mengulas: "Saya suka melukis dan mencantikkan tempat yang paling tidak disangka-sangka - saya pernah melukis segala-galanya bermula pada pintu kepada kereta api tetapi saya sentiasa ingin untuk melakukan sesuatu yang benar-benar besar dan berbeza. Melukis di atas tanah ialah satu cabaran hebat kerana anda tidak dapat berdiri sahaja dan melihat apa yang anda lakukan. Kami menggunakan dron, tali dan semuanya untuk memastikan ia kelihatan sebagaimana yang saya bayangkan, dan memastikan ia dieja dengan betul!"

Berbulan-bulan menghasilkannya, dan bertahan untuk suatu masa yang tidak dapat ditentukan, karya seni itu berperanan sebagai peringatan yang jelas terhadap sifat sementara seni jalanan. Kolaborasi ini akan berakhir dengan pengabadian kekal hasil kerja yang penting ini pada pemetik api tahan angin Zippo edisi terhad - kanvas yang kekal sepanjang hayat.

Lucas Johnson, Pengurus Jenama Global di Zippo berkata: "Pemetik api Zippo telah lama berperanan sebagai kanvas untuk seni. Reka bentuk pemetik api kami sentiasa berubah-ubah dan menarik kumpulan pengumpul yang begitu bersemangat dari seluruh dunia. Dengan mengabadikan hasil seni Ben yang paling mencabar pada pemetik api tahan angin yang ikonik, kami terus menonjolkan seni bukan konvensional dan meraikan daya kreativiti dalam semua bentuk."

Sumber: Zippo

 

Source: Zippo
Keywords: Entertainment