omniture

R+T Asia umum sorotan pameran 2018 akan datang

VNU Exhibitions Asia Ltd.
2018-01-18 12:40 365

SHANGHAI, 18 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Dari 20 hingga 22 Mac 2018, R+T Asia akan kembali lagi ke Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai (SNIEC) untuk pameran perdagangan tahunan eksklusifnya, yang dianjurkan oleh VNU Exhibitions Asia Ltd., untuk penutup pintu gulung, pintu/pagar, tingkap, dan sistem perlindungan matahari.  Bukan sekadar pameran, R+T Asia menarik 30,000 pelawat profesional dan lebih 520 pempamer, memberikan pendedahan unik kepada pasaran Asia yang luas dan pelbagai peluang untuk mengembangkan perniagaan.

Inisiatif rangkaian R+T Asia mempertemukan pelawat dan pempamer dalam pameran ini. Kemuncak dan persidangan pendidikan menonjolkan pakar antarabangsa, pempamer terkemuka, dan pemimpin persatuan perdagangan serta pihak media. Para pembeli antarabangsa tajaan khas juga membuka peluang untuk membina rangkaian unik. Tidak ada acara lain yang menawarkan sebegitu banyak pendedahan untuk pasaran yang luas ini dan sebegitu banyak peluang untuk mengembangkan perniagaan.

Pavilion Tekstil

Sebagai suatu sorotan baharu pada 2018 R+T Asia memperkenalkan Yuhang Home Textiles Association dari Daerah Yuhang di Hangzhou. Persatuan ini berhasrat menjadi jenama tekstil kelas atasan dunia untuk memenuhi kehendak tinggi pasaran dalam produk tekstil rumah. Pavilion N5 akan mempamerkan fabrik gaya Cina, fabrik untuk kanak-kanak, fesyen dan fabrik moden, serta yang mewah dari Eropah dan gaya Amerika.

InnovAction dibawa ke Stuttgart

Kini pada tahun ke-14 bekerjasama dengan pameran induk R+T di Stuttgart, R+T Asia membawakan InnovAction, suatu pameran istimewa yang menampilkan produk-produk baharu yang penting, termasuk calon-calon Hadiah Inovasi R+T Stuttgart. Pameran produk InnovAction juga boleh dilihat dalam talian sebelum pameran berlangsung dan semasa pameran berlangsung di dalam kawasan pameran khas, Hab InnovAction.

IWDS

Pameran Kemuncak Tingkap dan Pintu Antarabangsa (IWDS) turut membawakan para penceramah daripada hadiah InnovAction di Stuttgart. Tema untuk kemuncak 2018 ialah "Fikirkan yang lebih besar, fikirkan yang lebih bagus."

Bahagian pameran sistem perlindungan matahari IWDS menampilkan topik hangat, rumah pintar, dan perbincangan tentang penyelesaian peneduh suria apabila ia digabungkan dengan keseluruhan binaan. Bahagian pameran pintu dan pintu pagar IWDS akan mempersembahkan dua panel perbincangan: Aspek keselamatan baharu dan penyelesaian untuk pintu dan pintu pagar serta kesesuaian penebatan terma pintu apabila membuat perancangan untuk bangunan baharu.

Pameran Materia

Materia ialah rangkaian global terkemuka untuk bahan-bahan inovatif, merangsang inovasi untuk persekitaran binaan yang lebih baik, lebih mapan, dan bermutu tinggi. Tema tahun ini ialah "Bahan-bahan yang Wajib Ada," mempamerkan gabungan bahan khas untuk bahagian dalaman dan seni bina.

Menampilkan sekurang-kurangnya 250 bahan baharu, pameran ini mempamerkan versi moden dan inovatif bahan-bahan yang berbilang fungsi, pintar, asli, mapan, dan cantik. Ini termasuk inovasi jejaring logam untuk pelindung suria, kertas diperbuat daripada biji koko, permukaan bercetak 2.5D, plastik termokromik, kayu lut cahaya, tekstil diperbuat daripada kulit pokok, dan kertas dinding diperbuat daripada herba.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai R+T Asia sila ke http://rtasia.org

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180117/2030462-1logo

Source: VNU Exhibitions Asia Ltd.
Related Links:
Keywords: Environmental Products & Services Furniture & Furnishings Green Technology Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics Retail Textiles New products/services Trade show news