omniture

GAC Motor Bawakan Barisan Kenderaan Premium ke NAIAS 2018

Melangkah Ke Pasaran AS
GAC Motor
2018-01-18 14:45 505

DETROIT, Michigan, 18 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Jenama auto paling pesat berkembang di China, GAC Motor, melancarkan pameran keempatnya di Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) pada 15 Januari. Model-model utama dalam barisan kenderaannya, termasuk sedan GA4 serba baharu dan kereta konsep sulung dunia GAC Motor, Enverge dipamerkan dalam pameran ini, menunjukkan usaha inovasi syarikat dalam penyelidikan, pencapaian dalam pengeluaran dan keazamannya untuk membangunkan jenama bertaraf dunia. Pelan tindakan baharu GAC Motor akan membimbing syarikat tatkala ia berusaha menembusi pasaran AS secara rasminya pada tahun 2019.

Yu Jun, President of GAC Motor; Ryan LaFontaine, Chairman of 2018 NAIAS; Feng Xingya, President of GAC Group; Rick Snyder, Governor of State of Michigan; Zhang Qingsong, Deputy President of GAC Group and Wang Qiujing, president of GAC Engineering with the GA4 and the Enverge
Yu Jun, President of GAC Motor; Ryan LaFontaine, Chairman of 2018 NAIAS; Feng Xingya, President of GAC Group; Rick Snyder, Governor of State of Michigan; Zhang Qingsong, Deputy President of GAC Group and Wang Qiujing, president of GAC Engineering with the GA4 and the Enverge

GA4 ialah kereta sedan kompak serba baharu yang dibangunkan sepenuhnya oleh GAC Motor untuk pasaran sedan kelas-A. Reka bentuk keseluruhannya memaparkan visi yang hebat dan bergaya dengan ruang dalaman yang luas serta keselesaan pemanduan yang sangat baik. Pelancaran sedan GA4 mempelbagaikan lagi matriks produk GAC Motor, yang mencakupi pasaran sedan kelas-A hingga kelas-C. Syarikat ini bakal memperkenalkan sedan baharu ini dalam pasaran pada 18 Januari di Shanghai.

GAC Motor memperkenalkan kenderaan konsep tenaga baharu utiliti-sukan kompak pertama, Enverge, demi menonjolkan kepimpinan inovatifnya dalam teknologi alam sekitar teras. Enverge ialah usaha penerokaan serba baharu GAC Motor dalam bidang kenderaan crossover elektrik. Menampilkan banyak pencapaian teknologi, Enverge memperlihatkan daya tarikan NEV yang inovatif serta mewujudkan pengalaman pemanduan yang baharu untuk pemandu muda yang bertenaga.

Yu Jun, President of GAC Motor
Yu Jun, President of GAC Motor

Model-model mewah dan strategik GAC Motor, GA8, GS8 dan GM8 turut dipamerkan di NAIAS 2018 bagi menonjolkan kekuatan produk daripada syarikat berserta model-model terkenal yang lain, termasuk GS3, GS4, GS7 dan GA6. Menerusi pelancaran GA8, GS8 dan GM8, GAC Motor dapat menampung pasaran sedan mewah, SUV dan van mini dengan susun atur lengkap kenderaan Kelas-C yang mewah, yang merupakan pencapaian penting buat GAC Motor tatkala syarikat mula beralih menuju era baharu produk-produk global yang diterajui Cina.

GAC Motor berhasrat untuk bergiat aktif demi menyepadukan China dalam arus industri auto global. GAC Motor bersiap sedia mendepani cabaran untuk menembusi pasaran AS yang matang dengan menawarkan kualiti, teknologi dan reka bentuk terbaik. Syarikat merupakan jenama Cina yang berada pada kedudukan tertinggi dalam Initial Quality Study (IQS) China Asia Pasifik selama lima tahun berturut-turut, mempamerkan pencapaian penting jenama-jenama China dari segi penambahbaikan kualiti.

Pada tahun 2017, GAC Motor menubuhkan pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) Amerika Utara di Silicon Valley dan mengadakan pameran pekerjaan di Silicon Valley, Detroit dan Boston. Sejak Januari tahun ini, GAC Motor mengadakan satu lagi pusingan program perekrutan di Amerika bagi menarik bakat hebat dalam pelbagai bidang.

The Press Conference of GAC Motor at the 2018 NAIAS
The Press Conference of GAC Motor at the 2018 NAIAS

GAC Motor turut meluaskan usaha-usahanya bagi meningkatkan kesedaran jenama dan mengukuhkan pengaruhnya. Akhir tahun ini, GAC Motor bakal mengumumkan strategi penjenamaan semula kepada dunia, selain nama Bahasa Inggeris baharu jenama demi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna kami merentasi pelbagai negara. GAC Motor North America Sales Company bakal ditubuhkan pada tahun 2018. Syarikat, buat julung kalinya, bakal menghadiri konvensyen tahunan Persatuan Pengedar Automobil Kebangsaan (NADA) di Las Vegas pada Mac ini, untuk terus meluaskan rangkaian pengagihannya dan juga sumber pengedaran.

Perlu ditekankan juga bahawa GAC Motor memberi keutamaan tinggi terhadap CSR di samping mengekalkan pertumbuhan yang pesat. Syarikat terus terlibat dalam aktiviti-aktiviti kebajikan awam utama dengan tumpuan terhadap perlindungan alam sekitar, termasuk pembangunan "Taman Negara Sumber Tiga-Sungai" bersama WWF.

"Kami berharap dapat meningkatkan perhatian dan sokongan dari seluruh dunia,"  tambah Yu Jun. "Dalam usaha kami menembusi pasaran Amerika Utara, GAC Motor sentiasa bersedia untuk berkongsi produk berkualiti tinggi kami dan bekerjasama dengan anda semua demi mewujudkan kehidupan mobiliti yang lebih baik."

Latar Belakang GAC Motor

Ditubuhkan pada tahun 2008, Guangzhou Automobile Group Motor CO., LTD (GAC Motor) ialah subsidiari GAC Group yang menduduki tempat ke-238 dalam kalangan syarikat Fortune Global 500. Syarikat membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti premium. Pada tahun 2017, GAC Motor mencapai kadar peningkatan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 37.2% dan kini menduduki tempat pertama dalam kalangan semua jenama Cina selama lima tahun berturut-turut dalam Initial Quality Study SM (IQS) China 2017 J.D. Power Asia Pasifik. Jumlah pengeluaran dan jualan syarikat mencecah 500,000 kenderaan pada tahun 2017 dan bermatlamat untuk mencapai 1,000,000 kenderaan menjelang tahun 2020. Menerusi jaringan jualan dan perkhidmatan yang diwujudkan di 14 negara dan disokong oleh pembekal-pembekal global utama, GAC Motor bakal menembusi pasaran AS pada tahun 2019.

Untuk maklumat lanjut, layari:

Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor
Twitter: https://www.twitter.com/gac_motor

Maklumat Perhubungan Media:
Sukie Wong
+86-186-8058-2829
GACMotor@126.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180116/2033249-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180116/2033249-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180116/2033249-1-c 

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Machinery Transportation Corporate Expansion Trade show news