omniture

Avaya Bunyikan Loceng Pembukaan, Mula Berdagang dalam Bursa Saham New York

Avaya Holdings Corp.
2018-01-18 15:29 266

DUBAI, United Arab Emirates, 18 Januari 2018 /PRNewswire/ --

Senaraian dalam NYSE Perlihat Kejayaan Penting Syarikat   

Avaya Holdings Corp. (NYSE: AVYA), sebuah syarikat komunikasi perniagaan yang terkemuka di dunia, membunyikan Opening Bell® (loceng pembukaan) pada 17 Januari bagi meraikan penyenaraian syarikat dalam Bursa Saham New York (NYSE). Avaya memulakan perjalanan baharu berikutan kejayaan penstrukturan semula kunci kira-kira yang melepaskan hutang sebanyak berbilion-bilion dolar, menyediakan $300 juta aliran tunai bagi tujuan pelaburan dalam inovasi teknologi dan pertumbuhan.

generated by system

"Bagi pihak seluruh pasukan, pelanggan dan rakan kongsi kami, ia merupakan satu penghormatan buat kami - memulakan hari dagangan dalam NYSE buat Avaya baharu, yang lebih fokus menerajui transformasi digital industri berbanding sebelum ini," kata Jim Chirico, presiden dan ketua pegawai eksekutif Avaya. "Menjadikan sejarah inovasi dan pengalaman kami dalam menggunakan penyelesaian yang boleh diskala di seluruh dunia sebagai satu asas, Avaya kini berada pada kedudukan ketersambungan yang utama dan strategik untuk perusahaan – dengan lebih 130,000 pelanggan di 220,000 lokasi seluruh dunia, lebih 90% syarikat Fortune 100 dan lebih 100 juta pengguna."

Chirico menambah, "Avaya juga merupakan penyedia khusus terbesar bagi Komunikasi Seragam dan Pusat Perhubungan dalam awan. Kami mempunyai peluang yang tiada tandingan yang terbentang di hadapan kami. Sebagai contoh, hanya sekitar 10 peratus pelanggan pusat perhubungan kami beralih kepada infrastruktur awan. Kami benar-benar bersungguh-sungguh untuk menyediakan seni bina yang fleksibel dan terbuka serta pilihan penggunaan yang diperlukan oleh pelanggan kami untuk melangkaui jangkaan, mengatasi para pesaing, dan memanfaatkan teknologi-teknologi baharu seperti kecerdasan buatan, rantaian blok dan Internet Komunikasi Benda."

NYSE menyiarkan strim langsung acara membunyikan Opening Bell® melalui laman sesawangnya: http://livestream.com/NYSE, dijadual pada jam 9:30 pagi ET, 17 Januari dan diarkibkan pada halaman yang sama selepas strim langsung.

Selain membunyikan Opening Bell, Avaya turut berdagang dalam NYSE tatkala pasaran dibuka pada 17 Januari 2018, menerusi simbol saham AVYA.

Latar Belakang Avaya 

Avaya mendayakan aplikasi komunikasi masa sebenar bermisi-kritikal bagi operasi yang paling penting di dunia. Sebagai peneraju global dalam memberikan pengalaman komunikasi terunggul, Avaya menyediakan portfolio perisian dan perkhidmatan yang paling lengkap untuk pusat perhubungan dan komunikasi seragam -- ditawarkan di premis, dalam infrastruktur awan atau secara hibrid. Dunia digital masa kini memerlukan pengupayaan komunikasi dan tiada syarikat lain yang lebih layak melaksanakan misi ini berbanding Avaya.

Pertanyaan Media:  

Iman Ghorayeb
+971-4-404-8275
ighorayeb@avaya.com

Sumber: Avaya Newsroom

Source: Avaya Holdings Corp.
Related Stocks:
NYSE:AVYA
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Telecommunications Accounting news, issues