omniture

Mindray lancar N1 BeneVision demi pemantauan tanpa gangguan semasa pengangkutan pesakit di dalam dan luar hospital

Mindray
2018-01-18 15:35 512

Penyelesaian pengangkutan revolusioner lanjutkan pemantauan pintar kepada persekitaran pengangkutan di-luar-hospital seperti ambulans, helikopter dan penerbangan sivil.

SHENZHEN, China, 18 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Mindray, penyedia penyelesaian peralatan perubatan bertaraf global, mengumumkan pelancaran Monitor Pesakit N1 BeneVision. Direka demi pelbagai keperluan pengangkutan pesakit di dalam dan di-luar-hospital, N1 BeneVision menyediakan penyelesaian yang mantap dan versatil yang dapat disepadukan dengan lancar ke dalam Penyelesaian Pemantauan Pesakit BeneVision dengan mobiliti maksimum, kesinambungan data berfokus pesakit dan juga aliran kerja yang lancar. Demi mematuhi piawaian pengangkutan pesakit di-luar-hospital seperti EN1789, EN13718-1, IEC60601-1-12 dan piawaian ketenteraan A.S., N1 ialah penyelesaian yang amat cekap untuk pelbagai keadaan pengangkutan di-luar-hospital sama ada di darat mahupun di udara.

BeneVision N1
BeneVision N1

N1 BeneVision menggabungkan reka bentuk canggih, teknologi yang inovatif bersama-sama aliran kerja yang mudah digunakan serta diuji secara klinikal, dan dalam masa yang sama mengekalkan kesinambungan data pesakit. Dengan berat yang kurang daripada 1kg, monitor bersaiz tapak tangan ini menyediakan paparan jelas dari semua sudut menerusi skrin sentuh paparan HD serta aliran kerja yang lancar berserta operasi yang intuitif.

Dengan Platform Berbilang-parameter Platinum, analisis data yang dipertingkat pada N1 BeneVision meningkatkan dengan ketara ketepatan parameter dan keupayaan antigangguan. Modul CO2 aliran sisi yang bersepadu sepenuhnya memantau keadaan pernafasan pesakit dengan menghubungkan terus kepada saluran pensampelan, memudahkan peluasan modul luar bagi tujuan pengangkutan.

N1 BeneVision dapat disesuaikan mengikut keperluan klinikal di seluruh hospital bermula dengan modul pasang-dan-pakai, kepada pengangkutan dan monitor sisi katil yang tunggal. Ia dapat disambungkan kepada monitor sisi katil Siri-N BeneVision sebagai modul atau berfungsi sebagai monitor sisi katil yang bebas. Keupayaan ketersambungan BeneVision N1 membolehkannya mengikuti pesakit dalam seluruh proses penjagaan, menjamin kesinambungan data demi pemantauan berfokus pesakit, dan oleh yang demikian meningkatkan tahap kecekapan pengurusan maklumat keseluruhan.

Dengan menyepadukan inovasi teknologi pemantauan terkini Mindray bagi memenuhi keperluan klinikal, N1 BeneVision direka untuk menyediakan penjaga dan hospital dengan lebih nilai serta kecekapan. Menerusi pelancarannya, Mindray bersiap sedia untuk meneruskan kedudukan rintisnya dalam segmen penyelesaian pemantauan pengangkutan pesakit serta kejayaan terbukti monitor pengangkutan T1 BeneView terdahulunya yang diiktiraf secara meluas dalam pasaran.

Untuk maklumat lanjut tentang Penyelesaian Pemantauan Pesakit BeneVision yang lengkap, layari http://www.mindray.com/en/productlist/High_Acuity_PMS.html

Latar Belakang Mindray:

Mindray ialah penyedia penyelesaian perubatan bertaraf global yang terkemuka, khusus untuk menjadikan khidmat penjagaan kesihatan yang lebih baik dan lebih mudah diakses oleh orang ramai. Sejak ditubuhkan pada tahun 1991, Mindray menumpu pada industri perubatan dalam bidang-bidang Pemantauan Pesakit & Bantuan Hayat, Diagnostik In-Vitro serta Pengimejan Perubatan.

Hubungi:

Hailey Peng
Pejabat Komunikasi Mindray
hailey.speng@mindray.com

Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180115/2032243-1

Source: Mindray
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment New products/services