DARMSTADT, Jerman, 18 Januari 2018 /PRNewswire/ --
Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka, memanfaatkan momentum kukuh perniagaan Kesihatan Penggunanya, dengan melancarkan beberapa program baharu bagi gerakan naungan WE100 milik perniagaan berkenaan dan untuk dua jenama ikoniknya. Gerakan WE100 ditubuhkan bagi menghidupkan matlamat perniagaan Kesihatan Pengguna yang bertujuan untuk membantu mempersiapkan masyarakat mendepani era baharu manusia sejagat menjalani kehidupan selama 100 tahun yang sihat.
Program perkongsian baharu dengan ahli farmasi UK tentang kehidupan sihat
Setelah menerbitkan kertas putih (http://www.merckgroup.com/en/expertise/consumer-health/our-consumer-health-debate/white-paper.html ) pada November 2017 menjelaskan kaedah mempersiapkan generasi-generasi muda untuk menjalani kehidupan selama 100 tahun yang sihat, perniagaan Kesihatan Pengguna Merck berusaha meneruskan matlamatnya yang bercita-cita tinggi untuk membantu merapatkan jurang antara "hidup lebih lama" dan "hidup lebih lama dan lebih sihat". Demi mencapai matlamat ini, perniagaan ini telah memperbaharui perkongsiannya dengan ahli-ahli farmasi, dengan melancarkan program latihan khusus "Muda untuk Tua, Tua untuk Muda" di UK.
Program ini menumpu pada sokongan kepada ahli-ahli farmasi bagi menangani cabaran tertentu yang dihadapi oleh pengguna yang meningkat usia, seperti pemakanan kurang sihat. Menurut Yayasan Pemakanan British, risiko kekurangan zat pemakanan didapati seramai seorang dalam tujuh warga emas[1]. Hasil program latihan khusus "Muda untuk Tua, Tua untuk Muda", ahli-ahli farmasi akan berupaya meningkatkan kemahiran mereka dalam mengenal pasti keperluan dan menyediakan pengguna dengan khidmat nasihat kesihatan dan pemakanan yang sesuai.
Uta Kemmerich-Keil, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Kesihatan Pengguna Merck mengulas: "Falsafah di sebalik gerakan WE100 berakar umbi daripada kepercayaan bahawa tatkala individu hidup lebih lama, memperoleh kesihatan maksimum sewaktu menjalani kehidupan itu perlu menjadi keutamaan tertinggi buat semua generasi." Di UK, program WE100 mendapat sokongan dan perhatian daripada pihak penggubal dasar, seperti ahli parlimen (MP) Eleanor Smith (Parti Buruh).
Kempen "MumPlus" oleh Femibion raikan ibu bekerja
Tinjauan terkini[2] oleh Femibion - multivitamin terkemuka untuk kehamilan dan jenama strategik untuk perniagaan Kesihatan Pengguna – mendedahkan bahawa 62% wanita percaya bahawa kehadiran anak akan menghentikan atau melambatkan kemajuan kerjaya. Dengan itu, Femibion memutuskan untuk menyeru satu perubahan asas terhadap kepercayaan di tempat kerja, kepada kepercayaan bahawa menjadi ibu adalah suatu yang benar-benar dihargai dan suatu yang perlu dibanggakan. Dalam tinjauan ini, 94% wanita bersetuju dengan objektif ini, di samping mengakui bahawa dunia realiti jarang sekali dapat memenuhi jangkaan mereka.
Menerusi beberapa siri video kreatif, jenama ini ingin berkongsi pesanan yang meyakinkan bahawa ia seharusnya menjadi dua aspek iaitu "menjadi ibu DAN kerjaya," dan bukannya untuk membuat keputusan memilih "salah satu daripadanya". Kempen MumPlus halaman LinkedIn (https://de.linkedin.com/company/mumplus ) dilancarkan bagi menginspirasikan wanita untuk menunjukkan sokongan terhadap kempen ini dan menggalakkan kakitangan untuk mempunyai pandangan berbeza tentang ibu-ibu yang bekerja di sekeliling mereka. Agar dapat terus menyampaikan pesanan kempen berkenaan, "lambang" LinkedIn dicipta yang membolehkan ibu-ibu bekerja memasukkannya di bahagian profil mereka. Dengan memaparkan lambang ini, para pengguna dapat mengungkapkan bahawa menjadi ibu boleh menambah nilai kepada tempat kerja. Femibion terus membuka jalan untuk transformasi digital terhadap perniagaan, menumpu pada bahagian penting dalam usaha pemasarannya untuk terlibat dengan pengguna secara dalam talian, contohnya dengan memulakan perbincangan melalui LinkedIn, satu platform penting untuk ibu-ibu bekerja yang menghasilkan profil profesional mereka secara dalam talian.
Kejayaan peluasan jenama kekalkan semangat Vigantol dengan utuh
Vigantol, jenama Vitamin D No1 di Jerman[3], berjaya meluaskan rangkaiannya menerusi pelancaran makanan tambahan Vigantolvit di Jerman (2000 IU). Pelancaran produk baharu ini menyumbang kepada pertumbuhan dua angka yang amat kukuh untuk jenama ini dalam pasaran.
Kempen Vigantolvit yang baru dilancarkan itu bertujuan untuk menunjukkan bahawa gaya hidup yang sihat dan penuh kesedaran dapat membantu anda mempersiapkan diri demi masa depan yang aktif. Kempen ini menumpu pada seorang nenek berusia 60 tahun yang terus meluncur ombak bersama-sama anak perempuan dan cucu perempuan beliau. Kempen ini terus memperlihatkan keinginan Vigantolvit untuk membantu menyatukan beberapa generasi bersama-sama menerusi gaya hidup yang aktif. Berdasarkan slogan "Muda bersama Tua. Tua bersama Muda," kempen ini benar-benar selari dengan tujuan Kesihatan Pengguna Merck untuk membantu mempersiapkan masyarakat mendepani era baharu manusia menjalani kehidupan selama 100 tahun yang sihat.
Latar Belakang Perniagaan Kesihatan Pengguna Merck
Perniagaan Kesihatan Pengguna Merck bertujuan untuk membantu mempersiapkan masyarakat demi era baharu manusia sejagat menjalani kehidupan selama 100 tahun yang sihat. Bagi tujuan ini, perniagaan ini menyokong gerakan yang dikenali sebagai WE100® yang bermatlamat untuk menggiatkan projek dan usaha komunikasi sewajarnya. "Jenama-jenama tumpuan" yang terkemuka dalam perniagaan Kesihatan Pengguna, seperti Neurobion®, Bion®, Nasivin®, Seven Seas®, Dolo-Neurobion® dan Femibion® menyokong objektif yang menyeluruh ini melalui inovasi diinspirasikan pengguna. - Perniagaan Kesihatan Pengguna bergiat aktif bersama lebih 3,800 kakitangan seluruh dunia dalam lebih 40 pasaran. Portfolionya terdiri daripada jenama-jenama dengan jumlah jualan tahunan mencecah kira-kira $ 1 bilion. Kesihatan Pengguna ialah segmen perniagaan dalam sektor perniagaan Penjagaan Kesihatan Merck Group dengan ibu pejabat globalnya terletak di Darmstadt, Jerman. Untuk maklumat lanjut sila kunjungi http://www.merck-consumer-health.com atau https://twitter.com/merck_ch
Semua Siaran Berita Merck diedarkan melalui emel, selain turut tersedia di Laman Sesawang Merck. Sila layari http://www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar dalam talian, menukar pilihan anda atau untuk berhenti melanggan perkhidmatan ini.
Latar Belakang Merck
Merck ialah sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka dalam bidang penjagaan kesihatan, sains hayat dan juga bahan prestasi. Kira-kira 50,000 kakitangannya berusaha untuk terus memajukan teknologi yang dapat menambah baik serta mempertingkat kualiti kehidupan - bermula dengan terapi biofarmaseutikal bagi merawat kanser atau sklerosis berbilang, sistem yang canggih untuk tujuan penyelidikan saintifik dan pengeluaran, kepada kristal cecair untuk telefon pintar dan juga televisyen LCD. Pada tahun 2016, hasil jualan Merck mencecah € 15.0 bilion di 66 negara.
Ditubuhkan pada tahun 1668, Merck ialah syarikat farmaseutikal dan bahan kimia yang paling lama bertapak di dunia. Keluarga pengasasnya kekal sebagai pemilik majoriti syarikat korporat senaraian awam ini. Syarikat memegang hak global nama dan jenama Merck. Ini tidak termasuk Amerika Syarikat dan Kanada, memandangkan syarikat ini beroperasi sebagai EMD Serono, MilliporeSigma dan EMD Performance Materials.
Hubungi: Lars Atorf, +49-6151-856-3114