omniture

Cepsa dan Masdar Ganding Bahu Perluas Perniagaan Boleh Diperbaharui di Peringkat Antarabangsa

Cepsa
2018-01-18 18:00 493

ABU DHABI, United Arab Emirates, 18 Januari 2018 /PRNewswire/ --

  • Kedua-dua syarikat punyai kepakaran yang saling melengkapi untuk bekerjasama dalam projek-projek pembangunan di Sepanyol, Timur Tengah, Afrika Utara, Amerika Latin dan Eropah
  • Kolaborasi tonjol carian berterusan terhadap sinergi dalam kalangan perniagaan kumpulan Mubadala   
  • Perjanjian tonjolkan pelbagai model tenaga dan strategi jangka panjang Cepsa
  • Masdar punyai kedudukan kukuh dalam sektor-sektor boleh diperbaharui di Timur Tengah dan Eropah dan perjanjian ini serlahkan cita-cita untuk terus luaskan pengaruh geografinya

Cepsa, sebuah syarikat tenaga global dengan lebih 85 tahun pengalaman, dan Masdar, Syarikat Tenaga Masa Depan Abu Dhabi, peneraju antarabangsa bagi pembangunan bandar boleh diperbaharui dan mampan, menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi meneroka kolaborasi projek tenaga boleh diperbaharui, khususnya angin dan solar. Cepsa dan Masdar berhasrat untuk meluaskan kehadiran antarabangsa mereka dalam pasaran tenaga boleh diperbaharui melalui penandatanganan perjanjian ini.

generated by system

Kolaborasi antara Cepsa dan Masdar mencerminkan pencarian berterusan bagi sinergi antara perniagaan-perniagaan dalam Mubadala Investment Company. Kombinasi antara kecemerlangan teknikal Cepsa dalam operasi dan pelaksanaan projek-projek perindustrian di lokasi-lokasi seperti Algeria dan Amerika Latin, digandingkan dengan pengalaman Masdar dalam industri tenaga boleh diperbaharui di Timur Tengah, United Kingdom dan pasaran-pasaran lain, akan membantu memacu pembangunan projek-projek di negara-negara strategik untuk kedua-dua syarikat.

Cepsa dan Masdar merancang untuk meninjau peluang-peluang di lokasi-lokasi operasi sedia ada mereka ataupun yang mudah diakses, seperti Sepanyol, Timur Tengah, Afrika Utara, Amerika Latin, Eropah dan wilayah-wilayah lain.

Perjanjian ini diumumkan hari ini sempena Minggu Kemampanan Abu Dhabi, salah satu perhimpunan kemampanan terbesar di dunia yang kini diadakan di ibu negara UAE. Tahun lalu, acara ini menerima lebih 38,000 pengunjung.

Untuk maklumat lanjut: http://www.cepsa.com / http://www.masdar.ae

Untuk maklumat lanjut sila layari: http://www.masdar.ae dan berhubung melalui: facebook.com/masdar.ae dan twitter.com/Masdar

Sumber: Cepsa

Source: Cepsa
Related Links:
Keywords: Oil/Energy Utilities Contracts