DETROIT, 19 Januari 2018 /PRNewswire/ -- GAC Motor, pembuat auto China paling pesat berkembang, mempamerkan barisan produk lengkapnya pada hari perasmian Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) 2018 di Detroit, Michigan. Barisan produk terkenal itu melibatkan sedan GA4 terkini daripada GAC Motor dan kereta konsep serba baharu, Enverge.
Alami Hebahan Berita Berbilang Saluran interaktif di sini: https://www.multivu.com/players/English/8255151-gac-motor-naias-2018/
Dibangunkan melalui Seni Bina Modular Rentas-Platform GAC (G-CPMA), GA4 dapat memenuhi keinginan dan jangkaan pengguna terhadap pengalaman pemanduan berkualiti tinggi. Ia dijangka bakal menjadi arus perdana baharu bagi pasaran sedan Kelas-A pada masa depan. GA4 secara rasminya akan menembusi pasaran ini pada 18 Januari di Shanghai, China.
Satu lagi acara kemuncak ialah pameran pertama kereta konsep Enverge serba baharu daripada GAC, satu penerokaan baharu oleh syarikat dalam bidang kenderaan crossover elektrik. Sebagai SUV konsep tenaga-baharu kompak pertama GAC yang dibangunkan untuk pasaran Amerika Utara, Enverge memiliki gaya rintis dan disokong oleh pencapaian teknologi teras dalam bidang kenderaan tenaga baharu (NEV) bagi menonjolkan daya tarikan NEV yang inovatif.
Selain itu, susun atur lengkap kenderaan Kelas-C mewah daripada GAC Motor, termasuk van mini mewah pertama, GM8, SUV GS8 mewah dengan tujuh tempat duduk serta sedan GA8 yang terkenal daripada syarikat turut dipamerkan. Ketiga-tiga model ini menekankan mengapa GAC Motor terus diiktiraf sebagai pembuat auto paling inovatif di China. Ia merupakan pencapaian penting buat GAC Motor tatkala syarikat mula beralih menuju era baharu produk global yang diterajui Cina.
GAC Motor bersiap sedia mendepani cabaran untuk menembusi pasaran AS yang matang dengan menawarkan kualiti, teknologi dan reka bentuk terbaik. Syarikat merupakan jenama Cina yang berada pada kedudukan tertinggi dalam Initial Quality Study (IQS) China Asia Pasifik selama lima tahun berturut-turut, mempamerkan pencapaian penting jenama-jenama Cina dari segi penambahbaikan kualiti.
"Untuk mencapai matlamat kami, GAC Motor North America Sales Company bakal ditubuhkan tahun ini," kata Yu Jun, Presiden GAC Motor. "Buat julung kalinya, kami akan menyertai konvensyen tahunan NADA di Las Vegas pada bulan Mac ini, sebagai persiapan untuk menembusi pasaran Amerika Utara pada suku keempat tahun 2019."
Ryan LaFontaine, Pengerusi NAIAS 2018 memberi pujian tinggi terhadap kenderaan elit GAC Motor yang dipamerkan di NAIAS 2018. "Produk-produk GAC Motor benar-benar menarik perhatian saya menerusi kualitinya yang luar biasa dan reka bentuk canggih. Kami optimis terhadap potensi pasaran GAC Motor di AS dan berharap dapat melihat kenderaan mereka di jalanraya kami."
"Kami berharap dapat meningkatkan perhatian dan sokongan dari seluruh dunia," tambah Yu Jun. "Dalam usaha kami menembusi pasaran Amerika Utara, GAC Motor sentiasa bersedia untuk berkongsi produk berkualiti tinggi kami dan bekerjasama dengan anda semua demi mewujudkan kehidupan yang lebih baik menerusi mobiliti."
Latar Belakang GAC Motor
Ditubuhkan pada tahun 2008, Guangzhou Automobile Group Motor CO., LTD (GAC Motor) ialah subsidiari GAC Group yang menduduki tempat ke-238 dalam kalangan syarikat Fortune Global 500. Syarikat membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti premium. Pada tahun 2017, GAC Motor mencapai kadar peningkatan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 37.2% dan kini menduduki tempat pertama dalam kalangan semua jenama Cina selama lima tahun berturut-turut dalam Initial Quality StudySM (IQS) China 2017 J.D. Power Asia Pasifik. Jumlah pengeluaran dan jualan syarikat mencecah 500,000 kenderaan pada tahun 2017 dan menyaraskan untuk mencapai 1,000,000 kenderaan menjelang tahun 2020. Dengan jaringan jualan dan perkhidmatan yang diwujudkan di 14 negara dan disokong oleh pembekal-pembekal global utama, GAC Motor bakal menembusi pasaran AS pada tahun 2019.
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor
Twitter: https://www.twitter.com/gac_motor
Maklumat Perhubungan Media:
Sukie Wong
+86-186-8058-2829
GACMotor@126.com