omniture

UnionPay International tandatangan perjanjian perkongsian jangka panjang dengan penginovasi pembayaran global Verrency

Verrency
2018-01-22 11:09 438

MELBOURNE, Australia, 22 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Verrency hari ini menandatangani sebuah perjanjian jangka panjang dengan UnionPay International (UPI), anak syarikat milik penuh China UnionPay (CUP), untuk menawarkan perkhidmatan tambah nilai inovatif Verrency kepada bank-bank pengeluar Union Pay di seluruh Asia.

Perkhidmatan Verrency akan dihantarkan melalui UPI Wallet, perkhidmatan API inovatif Union Pay. Menandatangani perjanjian rasmi itu ialah David C. Link, Ketua Pegawai Eksekutif / Pengerusi Eksekutif, Verrency, dan Shuan Ghaidan, Pengarah Produk, UnionPay International.

Shuan Ghaidan berkata: "Kami gembira bekerja bersama Verrency untuk menawarkan kawalan, perkhidmatan, kemudahan dan keselamatan selanjutnya kepada para pelanggan kami. Perkhidmatan inovatif Verrency akan terus meningkatkan nilai UPI Wallet dan nilai yang didayakan oleh Union Pay kepada pengeluarnya. Kami berdedikasi untuk menyediakan perkhidmatan pembayaran yang inovatif, selamat dan mudah untuk pemegang kad global kami."

David Link berkata: "Kami teruja dapat bekerjasama dengan Union Pay untuk menawarkan satu set perkhidmatan tambah nilai inovatif untuk pengeluarnya. Union Pay dikenali kerana tumpuan berterusannya ke atas pengeluar dan pemegang kadnya, dan UPI Wallet ialah satu contoh yang hebat."

Ditubuhkan dalam tahun 2016, Verrency ialah firma FinTech global yang sangat inovatif yang memberi tumpuan kepada pendayaan institusi kewangan utama untuk mendorong inovasi utama dengan pantas dan murah melalui teknologi dan rangkaian pembayaran sedia ada mereka.

Sebagai perkhidmatan platform terbuka API, Verrency membolehkan institusi dan pemproses kad menawarkan pelanggan perkhidmatan yang menyediakan keselamatan, kawalan dan pilihan yang dipertingkatkan termasuk keupayaan untuk para pengguna membayar dengan mudah di mana sahaja menggunakan sumber pembiayaan yang berbeza (termasuk akaun bank, mata dan ganjaran kesetiaan), untuk menguruskan peranti pembayaran dan kad maya, dan untuk berhubung dengan perkhidmatan teknologi kewangan pihak ketiga dengan mudah.

UPI ialah sebuah subsidiari China UnionPay yang memberi tumpuan kepada pertumbuhan dan menyokong perniagaan global UnionPay. Menerusi perkongsian dengan lebih daripada 1,000 institusi seluruh dunia, UnionPay International telah membolehkan penerimaan kad dalam 160 negara dengan pengeluaran di lebih daripada 40 negara dan wilayah.

UPI menyediakan perkhidmatan pembayaran rentas sempadan yang berkualiti tinggi, berkesan kos dan selamat kepada pangkalan pemegang kad terbesar dunia dan memastikan perkhidmatan tempatan yang mudah kepada pemegang kad dan pedagang UnionPay global yang semakin meningkat.

Latar Belakang Verrency

Verrency menyediakan "inovasi-sebagai-sebuah-perkhidmatan" yang membolehkan pengeluar untuk membawakan keupayaan pembayaran terkini, cepat dan berkesan kos melalui infrastruktur pembayaran sedia ada mereka. Dengan memberikan para pengguna mereka kefleksibelan yang tidak pernah ada sebelum ini dan mengawal bagaimana mereka membayar, ciri-ciri canggih Verrency mendorong pertumbuhan dan meningkatkan kepuasan pelanggan. Verrency juga membolehkan inovasi di seluruh ekosistem pembayaran, menyediakan teknologi kewangan dan perkhidmatan pembayaran inovatif lain keupayaan untuk mudah dihubungkan dan diagihkan melalui pengeluar pada skala.

Untuk maklumat tambahan sila hubungi Red Agency:

Grant Titmus
Grant.titmus@redagency.com.au
+61 (3) 9670 8350

Chenny Wulandari
Chenny.wulandari@redagency.com.au
+61 (3) 9426 5343

 

Source: Verrency
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Licensing/marketing agreements Financial Technology