BAKU, Azerbaijan, 22 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Majlis Sambutan Gala bakal diadakan bagi meraikan bida untuk Ekspo Dunia Baku 2025 pada hari Selasa 23 Januari pada jam 9 malam, bertempat di Intercontinental Hotel, Davos-Klosters, Switzerland.
Majlis Sambutan Gala ini bakal dihoskan oleh Duta Elchin Amirbayov, Ketua Pasukan Petugas Ekspo Baku 2025, yang akan mendedahkan tentang pencalonan Baku bagi menjadi tuan rumah Ekspo Dunia 2025.
Tema yang dicadangkan oleh Azerbaijan sempena Ekspo Dunia pada tahun 2025 ialah "Membangunkan modal insan, membina masa depan yang lebih baik." Dalam tema ini terdapat tiga subtema yang menumpu pada masa depan pendidikan, kesihatan dan pekerjaan. Ini merupakan beberapa persoalan yang turut ditekankan dalam Forum Ekonomi Dunia 2018 memandangkan ia mengambil kira isu "Mencipta Masa Depan Bersama dalam Dunia yang Terpecah-pecah."
Ibu negara Azerbaijan, Baku ialah salah satu daripada empat bandar yang membida untuk menganjurkan Ekspo Dunia 2025 - bersaing dengan Rantau Besar Paris (Perancis), Osaka (Jepun) dan Yekaterinburg (Persekutuan Rusia).
Mengulas tentang acara ini, Duta Elchin Amirbayov berkata:
"Kami berbesar hati untuk menjadi tuan rumah bagi Majlis Sambutan Gala Ekspo Baku 2025 di Forum Ekonomi Dunia yang berprofil tinggi, menghimpunkan lebih 2,500 pemimpin dari dunia perniagaan dan politik untuk menangani cabaran global yang kritikal."
Untuk maklumat lanjut sila layari: http://www.bakuexpo2025.com
Sebarang permintaan untuk menemubual sila hubungi:
Lawrence Dore: +44(0)7958-329309; lawrence.dore@drdpartnership.com
Sarah Whittam: +44(0)7952-240340; sarah.whittam@drdpartnership.com
Jelena Kudelko: +44(0)7447-933320; jelena.kudelko@drdpartnership.com
Ikuti Ekspo Baku 2025 melalui Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube.