omniture

ESCATEC Cipta Penyelesaian Inovatif Baharu demi Pertumbuhan Bersama dengan Pelanggan di Ibu Pejabat Utama Baharu

ESCATEC
2018-01-22 19:30 417

PULAU PINANG, Malaysia, 22 Januari 2018 /PRNewswire/ --

Penyedia perkhidmatan elektronik, kerja-kerja pemasangan penyepaduan sistem, reka bentuk dan pengilangan, ESCATEC baru-baru ini membeli sebuah kilang baharu yang menjanjikan peluang-peluang baharu yang menarik untuk pelanggan. Bangunan baharu ini, yang juga akan menjadi ibu pejabat baharu kumpulan berkenaan, menaik taraf infrastruktur syarikat, mendayakan lebih pendigitan dan aliran pengeluaran yang lebih fleksibel dan lebih padat. Ini akan memastikan pertumbuhan bersama dan inovasi berterusan untuk pelanggan dan juga ESCATEC, pada masa kini dan masa depan.

Penempatan semula berkenaan dijangka selesai pada bulan Mei 2018. Pemindahan ke pusat Kluster Elektronik Pulau Pinang, menggabungkan semua kemudahan ESCATEC di Pulau Pinang yang sedia ada ke kawasan dengan ruang lantai berukuran 21,000m², kecuali kemudahan pengeluaran plastik yang kekal di lokasi semasa dengan jarak beberapa minit pemanduan dari Ibu Pejabat baharu. Semua kakitangan semasa akan terus menyumbang kemahiran, pengalaman dan kepakaran mereka yang pelbagai di lokasi baharu.

Infrastruktur digital baharu untuk peralatan canggih ESCATEC
Infrastruktur moden bangunan itu dibina bagi menggabungkan dan mendigitkan peralatan canggih milik syarikat dengan optimum dan menjamin bahawa hasil inovasi dapat diberikan kepada pelanggan yang memerlukannya pada masa kini dan masa depan. ESCATEC melabur sebanyak 18.5 juta USD, tanpa sebarang pembiayaan luar, dalam kemudahan baharu yang menggabungkan kemudahan pengautomatan tambahan dan kebolehkesanan untuk pengeluaran produk Perubatan, Perindustrian, Automotif dan Pengguna yang berkualiti tinggi.

Johan Halling, Pengurus Besar bagi ESCATEC Electronics dan ESCATEC Medical di Pulau Pinang berkata, "Bangunan baharu kami dibina untuk pengeluaran yang moden dan pintar. Kecekapan dan pengalaman yang diperoleh selama lebih empat puluh tahun dimanfaatkan untuk terus memperbaharui perkhidmatan kami kepada para pelanggan dalam industri yang semakin berdaya saing ini."

Maklumat tambahan penempatan semula johan.halling@escatec.com

ESCATEC www.escatec.com 

Alamat baharu ESCATEC: 107 Jalan Hilir Sungai Keluang 5, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Latar Belakang ESCATEC
ESCATEC Group menyediakan penyelesaian reka bentuk dan pengilangan bagi barangan elektronik dan mekatronik yang bersepadu sepenuhnya kepada Pengeluar Peralatan Asli (OEM) yang utama dalam industri selama lebih 40 tahun. Pelanggan mempercayai ESCATEC untuk menyediakan perkhidmatan dan produk yang andal dan berkualiti tinggi yang diperlukan untuk terus mencapai kejayaan mereka. Usaha membawakan inovasi yang andal kepada pelbagai pasaran seperti pasaran Pengguna Berkualiti Tinggi, Perindustrian & Tenaga, Perubatan, LED & Lampu, MOEMS atau Sistem Minuman, menjadikan  ESCATEC sebagai rakan kongsi pilihan EMS bagi kebanyakan pelanggan Eropah dan Amerika Utara. Syarikat milik Switzerland kami ini menggabungkan falsafah dan kualiti perniagaan Switzerland dengan kelebihan keupayaan pengilangan pengeluaran tinggi pada kos rendah yang dimiliki oleh kilang-kilang kami di Malaysia dengan sempurna.

Maklumat perhubungan media

ESCATEC Switzerland AG
Katherine Lehmuller
Heinrich-Wild-Strasse
CH-9435 Heerbrugg
Switzerland
Tel +41(0)71-727-4099
katherine.lehmuller@escatec.com

http://www.escatec.com 

Source: ESCATEC
Keywords: Computer/Electronics Machinery Semiconductors Acquisitions, mergers, takeovers Corporate Expansion