omniture

Destinasi Sempurna Ski Salji Serbuk; Resort Lotte Arai, Resort Gunung Premium di Asia, Pembukaan Besar-Besaran

Lotte Arai Resorts
2018-01-23 08:00 740

SEOUL, Korea Selatan, 23 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Lotte Hotels & Resorts, kumpulan hotel mewah di Korea, membuka Resort Lotte Arai di Bandar Myoko, Daerah Niigata di Jepun pada 16 Disember 2017. Resort ski komposit ini, dilengkapi dengan kemudahan terbaik, telah diwujudkan selepas dua tahun kerja-kerja pengubahsuaian semula besar-besaran sejak tahun 2015.  

Lotte Arai Resort Exterior
Lotte Arai Resort Exterior

 

Lotte Arai Resort Zip Tour
Lotte Arai Resort Zip Tour

Daerah Niigata di Timur Laut Jepun terkenal sebagai destinasi ski. Niigata juga merupakan latar belakang novel Snow Country oleh Kawabata Yasunari yang memenangi anugerah Nobel 1968. Resort Lotte Arai, resort gunung premium di Asia, terdiri daripada empat bangunan hotel dengan 257 bilik, empat lif, satu gondola, 11 lereng, 10 kawasan luar laluan, mata air panas, kolam renang, dewan jamuan, meliputi 3.3 juta m2. Ia mengambil masa dua jam dari Tokyo dengan keretapi laju Shinkansen dan dua jam dari lapangan terbang Niigata dengan kereta. Resort ini terletak 8 km dari stesen Joetsu Myoko Shinkansen, dan bas ulang-alik beroperasi untuk meningkatkan aksesibiliti.

Gunung Okenashi, tuan rumah Resort Lotte Arai, menawarkan curahan dan salji serbuk yang lebat, ringan dan tidak bergumpal. Tidak mustahil untuk melihat lautan di hari yang baik, yang merupakan pengalaman istimewa yang tidak dapat dinikmati di resort ski lain. Resort ini dilengkapi dengan 1.57 juta m2 laluan ski, kawasan ini sepanjang 5.2 km, mempunyai 951 m dalam pelbagai altitud, 11 lereng, dan 10 kawasan luar laluan ski dengan pembahagian kawasan yang baik untuk pemain ski baharu, pertengahan dan maju. Dari cerun gelongsor untuk kanak-kanak hingga ke lapangan lanjutan yang bermula 1,280 m di atas paras laut, para pengunjung boleh memanfaatkan pelbagai kemudahan. Musim ski yang panjang yang dibuka dari Disember hingga Mei tahun hadapan, juga menjadi kesukaan ramai. Pelajaran Ski Tersuai disediakan oleh bekas ahli pasukan ski kebangsaan Australia.

Niigata dipanggil sebagai tempat Tiga Putih, bermaksud salji, nasi dan sake, menjadikannya destinasi yang sempurna untuk jelajah penggemar makanan. Terdapat pelbagai jenis restoran di resort ini: restoran tempatan Jepun menyediakan hidangan utama Niigata, medan selera menyajikan ramen dan kari dengan daging babi yang diperam di dalam salji, Hoshizora Winery menawarkan rasa untuk lebih daripada 40 jenis wain bermusim yang dipilih khusus dari seluruh Jepun, kafe menghidangkan kopi titisan buatan tangan daripada biji kopi yang disimpan dalam salji, sebuah restoran Itali, kedai roti dan bar.

Perjalanan di Jepun tidak lengkap tanpa melawat kolam air panas. Selepas bermain ski, anda boleh melawat mata air panas hebat yang mengeluarkan air dari 1,750 m bawah tanah. Mengandungi asid metasilikik, yang dipercayai baik untuk mengekalkan kelembapan kulit, kolam air panas Lotte Arai Resort merupakan tempat yang sempurna untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan. Di samping itu, mata air panas luaran membolehkan anda berehat sambil menikmati pemandangan salji. Anda dapat mengalami zenit kesejahteraan sebenar dengan kolam renang dan sauna yang tersedia sepanjang tahun, kemudahan spa dan urut, dan kelab kecergasan dengan kemudahan terkini.

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dinikmati para pelawat di resort ini: Jelajah zip terpanjang di Asia (1,501 m) akan membolehkan anda menikmati pemandangan empat musim yang cantik sambil merasakan kebebasan seolah-olah anda terbang di angkasa. Juga terdapat lapangan tiub terpanjang di Jepun (192 m), bouldering (pendakian batu tiruan), Fun Wall, trampolin profesional, dan lain-lain yang boleh digunakan di sepanjang tahun.

Selain itu, gondola tersedia untuk mereka yang memilih jelajah yang santai. Sebaik tiba di stesen yang terletak 1,000 m di atas paras laut, mereka boleh menikmati masa santai di balai cerap, restoran, ruang istirehat VIP, dan lain-lain.

Bagi mereka yang ingin menikmati kemudahan ini, Resort Lotte Arai menawarkan pakej promosi istimewa sehingga 31 Mac. Pakej Ski menawarkan penginapan dalam bilik Superior, pilihan sarapan gaya Jepun atau Barat untuk dua orang, pas lif ekonomi sehari untuk dua orang, dan akses ke mata air panas. Pakej ini bermula pada JPY38,519 untuk bilik Superior dan terdapat caj tambahan sebanyak JPY 2,000 yen untuk penginapan hujung minggu. Harga ini tertakluk kepada VAT 8%, dan maklumat lanjut pakej tersedia di www.lottehotel.com/arai/.

Hotel Lotte kini mengendalikan 27 hotel dan resort dan merupakan hotel terkemuka dunia, yang terdiri daripada semua peringkat bermula dengan hotel gaya hidup L7 hinggalah kepada hotel mewah Signiel. Signiel Seoul telah dipilih sebagai hotel mewah baharu No.1 di Asia oleh Majalah Global Traveler. Lotte Hotel telah diiktiraf No.1 dalam beberapa anugerah perkhidmatan dan akan terus berusaha untuk mencapai visinya untuk menjadi 3 Jenama Hotel Terkemuka Asia. 

Pertanyaan: Resort Lotte Arai +81-255-75-1100

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180117/2034415-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180117/2034415-1-b

Source: Lotte Arai Resorts
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Hotels and Resorts Travel