SENIGALLIA, Itali, 23 Januari 2018 /PRNewswire/ --
Namirial hari ini mengumumkan ia sekali lagi dipilih sebagai peneraju dalam laporan "Dunia Pengurusan Transaksi Digital" (DTM) 2018 Aragon Research, dan diiktiraf sebagai antara empat terbaik bagi perkhidmatan tandatangan elektronik & perkhidmatan dipercayai Global.
Menurut laporan Aragon Research "Namirial terus meluaskan portfolio keupayaannya dalam DTM menerusi pelancaran eSignAnyWhere dan LiveID yang mendayakan transaksi DTM melalui pemesejan mudah alih atau melalui fungsi sembang video secara langsung. Keupayaan ini adalah unik dalam pasaran."
Luigi Tomasini, Ketua Pegawai Eksekutif Namirial, mengulas, "Kami berasa teruja kerana diiktiraf buat kali kedua berturut-turut sebagai peneraju dalam DTM. Dengan memanfaatkan eSignAnyWhere, satu lagi perkhidmatan kami yang dipercayai dan kini, penyelesaian penandatanganan masa sebenar unik kami, LiveID, pelanggan kami dapat menyingkirkan proses berasaskan kertas, meningkatkan tahap kecekapan organisasi dan mematuhi peraturan KYC dan AML di seluruh dunia. Kini, mereka juga dapat menyediakan pengalaman pengguna peribadi dengan menghubungkan pelanggan dan ejen pada masa sebenar, menandatangani dokumen dan mengutip bayaran serta merta."
"Perniagaan digital mementingkan kepantasan dan keanjalan," ujar Jim Lundy, Ketua Pegawai Eksekutif, Penganalisis Utama, Aragon Research. "Syarikat-syarikat perusahaan yang memerlukan set lengkap keupayaan tandatangan digital elektronik dan biometrik dan pada masa yang sama mengekalkan pengalaman pengguna masa sebenar yang diperibadikan perlu menilai Namirial. Dalam banyak industri, keperluan untuk menyediakan perkhidmatan manusia-kepada-manusia yang diperibadikan serta keupayaan transaksi segera menjadi semakin penting."
Untuk maklumat lanjut tentang penyelesaian DTM dan perkhidmatan Dipercayai Namirial, lawati http://www.namirial.com/it.
Latar Belakang Aragon Research
Penerbitan Aragon Research merangkumi pandangan-pandangan Aragon Research serta organisasi Khidmat Nasihat dan tidak boleh dianggap sebagai kenyataan fakta. Aragon Research menyediakan bahan penerbitan penyelidikannya dan maklumat yang terkandung di dalamnya "SEPERTI SEADANYA," tanpa sebarang jaminan dalam apa jua bentuk.
Latar Belakang Namirial
Namirial ialah sebuah Syarikat Perisian dan Perkhidmatan serta Penyedia Perkhidmatan Dipercayai, yang menawarkan Perkhidmatan yang Dipercayai seperti e-tandatangan, pengecapan waktu, e-mel berdaftar, e-invois dan arkib digital kepada lebih 500.000 pelanggan.