omniture

agoda: Kembara solo meningkat di Malaysia

agoda
2018-01-24 04:32 423

Data tempahan agoda dapati peningkatan 50% dalam tempahan untuk seorang dari 2016-2017, menunjukkan peningkatan dalam kalangan pengembara bebas yang gemarkan cabaran

KUALA LUMPUR, Malaysia, 24 Januari 2018 /PRNewswire/ -- agoda, salah satu platform tempahan perjalanan dalam talian yang paling pesat berkembang di dunia, mendapati para pengembara di Malaysia semakin memilih pengembaraan solo. Data tempahan agoda menunjukkan terdapat peningkatan sebanyak 50% bagi tempahan untuk seorang sejak tahun 2016.

Kadar peningkatan pengembaraan solo di Malaysia dilihat semakin menjadi satu trend pengembaraan domestik – tempahan solo domestik meningkat lebih dua kali ganda (62%) berbanding tempahan solo antarabangsa (27%). Kuching, khususnya, dikenal pasti sebagai destinasi popular untuk pengembaraan solo, meningkat 53% pada tahun 2017 dalam kalangan pengembara solo Malaysia.

Pengarah Global Jenama dan Komunikasi agoda, Andrew Edwards, berkongsi sedikit pandangan: "Penerbangan selama kurang daripada dua jam dari Kuala Lumpur, Kuching menjadi destinasi sempurna untuk pengembara solo Malaysia mencari pengalaman percutian di pulau tanpa perlu mengembara terlalu jauh. Terkenal dengan taman negara yang luas dan begitu banyak untuk diterokai, kawasan Borneo, Sarawak menyediakan percutian sempurna jauh dari Semenanjung Malaysia tanpa sebarang halangan bahasa yang wujud dalam pengembaraan luar negara."

Dari segi destinasi antarabangsa, Taiwan dikenal pasti sebagai destinasi luar negara yang semakin berkembang untuk pengembara solo Malaysia, dengan peningkatan sebanyak 41% pada tahun 2017. Dengan ibu negara Taipei yang terletak hanya sejauh empat setengah jam perjalanan dari Kuala Lumpur, berserta reputasi penduduk tempatan yang ramah, Taiwan ialah destinasi yang ideal untuk pengembara solo Malaysia yang ingin menyelami budaya baharu.

Destinasi-destinasi antarabangsa lain yang terkenal dalam kalangan pengembara solo dari Malaysia termasuk Jepun (meningkat 30% pada tahun 2017), Thailand (37%) dan Indonesia (38%).

Peningkatan bilangan pengembara solo memperlihatkan anjakan jelas yang berlaku dalam industri perjalanan. Trend Google melaporkan pertumbuhan kukuh dari segi minat terhadap pengembaraan solo sejak 10 tahun lalu, dan Julai 2017 dilihat sebagai carian paling tinggi untuk 'pengembaraan solo' yang seumpamanya melalui Google.

"Memandangkan pelosok dunia yang jauh letaknya semakin mudah dijelajahi, para pengembara lebih bersedia meneroka destinasi-destinasi dengan kebebasan yang diperoleh melalui pengembaraan solo, membolehkan mereka mengalami sepenuhnya budaya baharu. Pengembara solo boleh menyelami budaya destinasi pilihan mereka dengan sepenuhnya dan membuat pilihan berdasarkan pengalaman pilihan mereka sendiri, dan mewujudkan erti kebebasan yang baharu," kata Edwards.

Latar Belakang Kajian

Data tempahan untuk seorang daripada agoda dikumpul dan digabungkan antara Januari 2016 dan Disember 2017. 

Latar Belakang agoda

agoda (Nasdaq:PCLN) ialah salah satu platform tempahan perjalanan dalam talian yang paling pesat berkembang di dunia.

Source: agoda
Keywords: Airlines/Aviation Passenger Aviation Travel Survey, Polls & Research