omniture

YITU Technology Buka Pejabat Antarabangsa Pertama di Singapura

YITU Tech
2018-01-24 09:59 626

Perintis terkemuka dalam penyelidikan dan inovasi Kecerdasan Buatan bakal bawakan penyelesaian pengesahan imbasan wajah dan perniagaan pintar yang memenangi anugerah ke rantau ini

Pejabat Singapura bakal jadi hab serantau bagi pelanggan dan rakan niaga di Asia Tenggara, Hong Kong dan Macau

SINGAPURA, 24 Januari 2018 /PRNewswire/ -- YITU Technology (YITU), peneraju terkemuka dalam penyelidikan dan inovasi Kecerdasan Buatan (AI), secara rasminya melancarkan pejabat antarabangsa pertama di Singapura hari ini. Pejabat baharu ini bakal menjadi hab serantau YITU untuk menyediakan penyelesaian AI dan pengesahan imbasan wajah yang pernah memenangi anugerah kepada pelanggan dan rakan niaga di pasaran Asia Tenggara, Hong Kong, Macau dan Oseania, selain menjadi platform untuk syarikat menjalin usaha sama dengan organisasi swasta dan awam di rantau ini bagi melaksanakan penyelesaian pintar pada era digital.

Lance Wang, General Manager of Southeast Asia, Hong Kong and Macau at YITU Technology, Ang Chin Tah, Director of Infocommunications and Media, Singapore Economic Development Board and Lin Chenxi, Co-Founder, YITU Technology, at the official opening of YITU Technology’s first international office in Singapore.
Lance Wang, General Manager of Southeast Asia, Hong Kong and Macau at YITU Technology, Ang Chin Tah, Director of Infocommunications and Media, Singapore Economic Development Board and Lin Chenxi, Co-Founder, YITU Technology, at the official opening of YITU Technology’s first international office in Singapore.

"Kami dapati Singapura berpotensi besar sebagai pasaran untuk pembangunan dan inovasi AI, dan menjadi batu loncatan untuk memperkenalkan penyelesaian canggih kami ke rantau ini," kata Lin Chenxi, Pengasas Bersama YITU. "Pasaran menyaksikan ekosistem teknologi dalam yang berkembang maju, dan kami menyedari peluang untuk menyumbang kepada perkembangan ekosistem ini dengan keupayaan mendalam AI kami, juga mempamerkan kemungkinan tanpa had yang boleh dibawakan oleh teknologi kami bagi membina masa hadapan lebih pintar yang lebih baik di Asia dan rantau lain."

Pembukaannya dirasmikan oleh Tetamu Kehormat, Ang Chin Tah, Pengarah Infokomunikasi dan Media dari Lembaga Pembangunan Ekonomi (EDB) Singapura. Tetamu Kehormat dan tetamu lain juga diperkenalkan dengan kepelbagaian penyelesaian AI YITU, yang memberikan mereka gambaran sebenar tentang cara penyelesaian YITU dilaksanakan merentas perkhidmatan kewangan dan sektor awam.

"Kami gembira dengan keputusan YITU untuk mengasaskan pusat RHQ dan R&Dnya di Singapura. Keupayaan YITU yang mantap dalam AI dan visi komputer menjadikannya satu tambahan bernilai untuk ekosistem AI yang sedang berkembang di Singapura. YITU bakal membangunkan penyelesaian baharu merentas lapangan berbeza seperti keselamatan, kewangan, penjagaan kesihatan, dan pengangkutan, yang membuka peluang pekerjaan baharu yang mengujakan dalam sektor AI sewaktu ia dilaksanakan," kata Ang.

Membina masa hadapan lebih pintar yang lebih baik untuk Asia dengan Kecerdasan Buatan

Dipimpin oleh Lance Wang, Pengurus Besar Asia Tenggara, Hong Kong dan Macau di YITU Technology, yang sebelum ini bekerja di ibu pejabat YITU di Shanghai, pejabat Singapura bakal memberi khidmat sebagai pusat jualan, pemasaran dan operasi, dengan rancangan untuk mengasaskan hab Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) menjelang hujung 2018. Pejabat ini bakal memberi tumpuan kepada penyampaian penyelesaian AI kepada perkhidmatan kewangan dan sektor awam, dengan rancangan peluasan dalam bidang vertikal utama lain, termasuk penjagaan kesihatan dan sektor pengangkutan di wilayah ini.

"Singapura ialah hab kewangan utama di Asia, dan cita-cita Kerajaan untuk membangunkan Bangsa Pintar memberikan peluang kepada kami untuk menjalin usaha sama dengan organisasi swasta dan awam bagi menyampaikan tawaran terbeza yang bakal menyumbang pada transformasi negara kota ini," kata Wang. "Kami juga melihat potensi untuk memperkenalkan penyelesaian AI kami ke pasaran lain di Asia, yang menyaksikan transformasi digital yang pantas. Sebahagian besarnya merupakan pasaran yang mengutamakan mudah alih, dengan jumlah data yang besar.  Pemasangan AI akan membolehkan keputusan perniagaan dibuat dengan lebih pantas, lebih tangkas dan lebih berkesan.

Perintis Kecerdasan Buatan yang Diiktiraf

Diasaskan pada 2012, YITU memberi tumpuan terhadap kemajuan penyelidikan dan inovasi AI untuk senario kes kegunaan perniagaan. Syarikat ini memberi tumpuan kepada pembangunan logaritma bagi memastikan ketepatan tinggi dalam penyelesaian AInya untuk tawaran industri sasaran, terutamanya dalam perkhidmatan kewangan dan sektor awam.

Teknologi pengesahan imbasan wajah YITU untuk mesin ATM digunakan oleh Bank Perdagangan China dan Bank Pertanian China, membolehkan pengeluaran tunai secara pengesahan imbasan wajah di mesin ATM tanpa perlu menggunakan kad bank. Selain itu, platform keselamatan pintar syarikat ini membolehkan organisasi untuk melaksanakan pengawasan canggih bagi meningkatkan keselamatan awam dan menghasilkan persekitaran kerja yang lebih selamat.

Teknologi pengesahan imbasan wajah YITU juga diiktiraf oleh badan-badan utama industri. Pada 2017, YITU dianugerahkan tempat pertama dalam empat kategori dalam Ujian Vendor Pengesahan Imbasan Wajah (FRVT) yang diuruskan oleh Institut Piawaian dan Teknologi (NIST). YITU juga memenangi tempat pertama dalam pertandingan ketepatan pengenalpastian wajah dalam Cabaran Hadiah Pengesahan Imbasan Wajah (FRPC atau "Cabaran") yang dianjurkan oleh Aktiviti Penyelidikan Kepintaran Lanjutan (IARPA) di bawah Pejabat Pengarah Kepintaran Kebangsaan Amerika Syarikat.

Untuk maklumat lanjut tentang YITU Technology, sila lawati www.yitutech.sg

Latar Belakang YITU Technology

YITU Technology (YITU) ialah perintis dalam penyelidikan dan inovasi praktikal bagi kecerdasan buatan (AI) yang menyediakan penyelesaian perniagaan berasaskan AI lanjutan untuk membangunkan dunia yang lebih selamat, lebih baik dan lebih sihat. YITU berbangga dengan pasukan R&D bertaraf dunia yang memacu pembangunan industri untuk mencari penyelesaian menyeluruh dalam pemahaman visi, pertuturan dan bahasa mesin.

Perhubungan Media

YITU Technology

Eliezer Toh

E: eliezer.toh@yitu-inc.com

M: +65 9247 4890

IN.FOM (agensi rakan kongsi YITU Technology)

Alison Zhang

E: alison@infom.asia

M: +65 9847 9671

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180123/2038786-1

 

Source: YITU Tech
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Corporate Expansion Financial Technology