CHICAGO, Jan. 24, 2018 /PRNewswire/ -- Cision (NYSE: CISN) mengumumkan peningkatan baharu kepada Cision Communications Cloud®. Kesemua ciri-ciri baru ini membolehkan profesional komunikator membuat keputusan berdasarkan data dan sekali gus dapat meningkatkan penglibatan mereka dengan penonoton yang disasarkan melalui pelbagai saluran. Ciri penambahbaikan terkini termasuk analisis data yang lebih diperluaskan yang menglibatkan penglibatan sosial dan integrasi data yang kukuh menerusi Google Analytics dan Adobe Analytics. Melalui ciri-ciri baru ini, profesional komunikator dapat memperoleh pandangan tentang sentimen dan tingkah laku khalayak sasaran, seterusnya menggalakkan mereka untuk menghasilkan mesej dan kempen yang lebih relevan.
Dengan mengintegrasikan data web daripada Google Analytics dan Adobe Analytics ke dalam Cision Communications Cloud, mereka dapat mengetahui cara liputan PR mempengaruhi trafik web dan hasil perniagaan.
Penggunaan penambahbaikan baru ini juga dapat mengenal pasti individu yang berpengaruh di media sosial, impak mereka pada khalayak sasaran dan memberi sumbangan bernilai kepada kempen sosial.
"Media sosial perlu ditenun dalam aliran kerja profesional komunikator hari ini," kata Kevin Akeroyd, CEO Cision. "Semua ciri penambahbaikan pada Cision Comms Cloud™ ini membolehkan kami memperlengkapkan pasukan komunikasi dengan wawasan dan data sosial yang diperlukan untuk membuat keputusan yang lebih tepat mengenai mesej mereka serta menyampaikan kempen mereka dengan lebih baik."
Cision Comms Cloud menyediakan platform yang menyeluruh kepada pasukan komunikasinya supaya mereka dapat mengenal pasti individu yang berpengaruh, mencipta kempen dan memberi sumbangan bernilai melalui hasil kerja mereka. Dengan menggunakan keluaran terkini Cision Communications Cloud, profesional komunikator kini dapat:
- Memperoleh kandungan dengan lebih cepat berdasarkan analisis data yang diperluaskan untuk penglibatan sosial: Produk baru ini membolehkan profesional komunikator melihat semua siaran sosial melalui satu antara muka (interface). Pada masa yang sama, mereka dapat menyusun siaran mengikut beberapa statistik yang relevan, termasuk bilangan pengikut penulis, like (suka), komen dan kongsian dikaitkan dengan siaran sosial seseorang individu. Di samping itu, pengguna dapat menganalisis dan menyampaikan data ini dengan mengunakkan carta supaya ianya menjadi lebih mudah untuk mengenal pasti individu yang berpengaruh dan perbualan wartawan yang memberi impak paling mendalam terhadap jenama mereka secara keseluruhan. Selain itu, profesional komunikator juga dapat mengenal pasti liputan spesifik yang mencetuskan trend dan siaran viral. Maklumat ini dapat membantu mereka dalam menulis kandungan dan mengaturkan strategi sosial yang selanjutnya. Ciri- ciri ini mucul bersama ciri-ciri aliran kerja teras lain dalam Cision Communications Cloud, seperti memantau liputan media, mengedarkan siaran akhbar dan menghantar e-mel secara terus kepada individu yang berpengaruh.
Cision Communications Cloud dicipta dengan mengambil kira keperluan profesional komunikator yang bertujuan memperkasakan pasukan agar tidak hanya mengenal pasti bilangan like (suka) atau kongsian pautan kepada siaran sosial, tetapi ia dapat memberi gambaran tentang personaliti diri, pengaruh dan penglibatan lebih lanjut yang dihasilkan oleh mereka. Data sebegini dianggap paling berharga kerana ia dapat menilai sama ada liputan berita tersebut dapat disampaikan kepada khalayak sasaran, menarik perhatian pembaca dan akhirnya memberikan impak besar kepada hasil yang ingin dicapai.
- Memanfaatkan integrasi data yang kukuh dengan Google Analytics dan Adobe Analytics: Cision menjadikan proses analitik laman sesawang lebih mudah dan menjimatkan masa melalui sistem yang menghubungkan semua data trafik laman sesawang Google Analytics dan Adobe Analytics dengan lebih 400,000 saluran berita menerusi Cision Monitoring. Pensegmenan laman sesawang memberi pandangan yang pantas dan kukuh mengenai cara liputan PR yang menarik perhatian pengunjung ke laman sesawang syarikat dan memacu perniagaan yang lebih memberangsangkan. Dengan penambahbaikan Cision yang terkini, pengguna kini akan dapat menggunakan metrik baru dari Google Analytics dan Adobe Analytics yang merangkumi data di sekitar laman sesawang, tempahan dan hasil dapatan, serta memperkasakan mereka memahami dengan mendalam tentang kesan penggunaan media perolehan mereka.
Klien Cision Communications Cloud yang sedia ada boleh menghubungi wakil akaun mereka masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ciri-ciri terbaharu ini. Untuk memahami lebih lanjut tentang Cision Communications Cloud, sila klik di sini.
Tentang Cision
Cision Ltd. (NYSE: CISN) adalah syarikat peneraju utama global yang menyediakan perisian dan perkhidmatan media perolehan kepada profesional perhubungan awam dan pemasaran komunikasi. Perisian Cision membolehkan pengguna mengenal pasti individu yang berpengaruh, menghasilkan dan mengedarkan kandungan strategik serta mengukur keberkesanan kempen yang dijalankan. Cision mempunyai lebih 3,000 pekerja dan mempunyai pejabat di 15 buah negara di serata Amerika, EMEA dan APAC. Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan yang meraih anugerah, termasuk Cision Communications Cloud®, sila layari www.cision.com dan ikuti Twitter @Cision.
Hubungi:
Nick Bell
VP, Marketing Communications
cisionpr@cision.com
Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180117/2034361-1-a
Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180117/2034361-1-b
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180117/2034361-1LOGO