GUANGZHOU, China, 25 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Menurut Research Report on Corporate Social Responsibility of China (Laporan Kajian mengenai Tanggungjawab Sosial Korporat China) (2017) yang disiarkan oleh Akademi Sains Sosial Cina, Indeks Pembangunan Tanggungjawab Sosial Korporat China terus meningkat. Ia menunjukkan tanggungjawab sosial korporat (CSR) menjadi daya penggerak yang penting untuk pembangunan masyarakat yang mampan, dan semakin banyak syarikat mementingkan pembangunan CSR.
Pada 18 Januari 2018, LKK Health Products Group (LKKHPG) menyiarkan versi yang dikemas kini Corporate Social Responsibility ABC Manual (Manual ABC Tanggungjawab Sosial Korporat) yang bertujuan untuk membiasakan kakitangannya dengan trend global yang terkini dalam CSR selain sistem dan falsafah pengurusan CSR Syarikat dan unit-unit perniagaannya. Dengan cara ini, mereka dapat memahami dengan lebih baik perkaitan antara kerja mereka dan tanggungjawab sosial, dan oleh yang demikian mengambil inisiatif untuk memenuhi tanggungjawab mereka.
Awal tahun 2013, LKKHPG menyiarkan Manual ABC Tanggungjawab Sosial Korporat pertama untuk kakitangannya. Individu yang bertanggungjawab terhadap Manual berkenaan berkata, "Manual tersebut ialah panduan dalaman pertama Syarikat ini mengenai CSR. Kami menyedari bahawa rakan sekerja kami tidak begitu biasa dengan CSR, maka kami melancarkan bahan penerbitan CSR dalaman ini untuk mereka, dan dalam masa yang sama menyiarkan laporan CSR kami. Beberapa tahun kebelakangan ini, CSR berkembang dengan pesat, dari segi luaran dan dalaman. Bagi menyediakan tenaga kerja kami yang semakin meningkat dengan maklumat terkini tentang falsafah-falsafah utama CSR syarikat dan dari seluruh dunia, kami memutuskan untuk menyiarkan versi yang dikemas kini ini."
Versi yang dikemas kini ini adalah berdasarkan versi yang disiarkan pada tahun 2013. Namun begitu, tidak seperti versi terdahulu yang dikeluarkan seperti buku teks CSR yang terperinci, ia dikeluarkan dalam bentuk majalah ringkas dengan maklumat CSR yang penting. Ia mengandungi empat bahagian: Mengapa, Apa, Bagaimana dan CSR Kita serta turut memperkenalkan falsafah-falsafah CSR yang berbeza bagi perniagaan LKKHPG yang berlainan.
Wang Xin, seorang kakitangan daripada LKKHPG membandingkan antara kedua-dua versi: "Versi terdahulu merekodkan beberapa amalan CSR oleh kakitangan dan membantu kami menyedari bahawa CSR begitu dekat dengan kami. Versi yang dikemas kini membolehkan kami untuk memberi tumpuan terhadap kata kunci popular yang berkaitan dengan CSR, yang lebih mudah diingati dan difahami."
LKKHPG sentiasa berpegang pada nilai-nilai teras "Si Li Ji Ren" dan menggalakkan amalan CSR. Setelah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperkenalkan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) pada tahun 2015, LKKHPG begitu aktif bertindak balas terhadap inisiatif ini dan menyesuaikan CSR Infinitus ahlinya dengan SDG. Ia menggabungkan Enam Tanggungjawab dan Lapan Tindakan Kritikal Infinitus, mengenal pasti SDG yang berkaitan dengan rantaian nilai Infinitus, dan mengesahkan empat segmen akhir untuk disokong oleh Infinitus, iaitu, kesihatan, orang ramai, bumi dan masyarakat, berserta pelan tindakan masing-masing.
LKKHPG telahpun menyiarkan manual yang dikemas kini secara dalam talian untuk dikaji oleh kakitangannya demi kemudahan dan perlindungan terhadap alam sekitar.
Latar Belakang LKK Health Products Group (www.lkkhpg.com)
LKK Health Products Group, sebuah syarikat yang berpangkalan di Hong Kong, ditubuhkan oleh Keluarga Lee Kum Kee pada tahun 1992. Syarikat mengendalikan pelbagai segmen perniagaan melibatkan produk kesihatan herba Cina, perladangan dan perdagangan herba Cina, pelaburan hartanah serta modal usaha niaga untuk syarikat-syarikat baharu. Syarikat menggaji kira-kira 5,000 kakitangan.
Ahli-ahli LKKHPG termasuk Infinitus (China) Company Ltd., Infinitus (Hong Kong) Company Ltd., Infinitus International Company Ltd., Infinitus International (Malaysia) Sdn Bhd., Infinitus Health Products (Singapore) Pte Ltd., Infinitus Innovations (Canada) Inc., Tianfangjian (China) Pharmacy Company Ltd., Happiness Capital Limited dan Infinitus Property Investment (Hong Kong) Limited.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180123/2038847-1