omniture

The Earth Solutions Diiktiraf Pemenang Anugerah Be Inspired 2017 Bentley bagi Projek Pemodelan Realiti

The Earth Solutions Limited
2018-01-25 11:00 675

HONG KONG, 25 Januari 2018 /PRNewswire/ -- The Earth Solutions Limited, penyedia yang terkemuka bagi perkhidmatan dan penyelesaian Pemodelan Maklumat Pembinaan (BIM) untuk syarikat perusahaan dan kerajaan, hari ini mengumumkan ia terpilih sebagai pemenang bagi kategori Kemajuan BIM dalam Pemodelan Realiti sempena "Anugerah Be Inspired 2017" Bentley Systems atas hasil kerjanya dalam merakam, memvisualkan dan menganalisis persekitaran fizikal bekas tapak kuari utama di Hong Kong untuk pembangunan masa depan.

Pasukan The Earth Solutions menang Anugerah Be Inspired 2017 untuk Kemajuan BIM dalam Pemodelan Realiti.
Pasukan The Earth Solutions menang Anugerah Be Inspired 2017 untuk Kemajuan BIM dalam Pemodelan Realiti.

Anugerah Be Inspired mengiktiraf kecemerlangan dalam penyelesaian BIM dan dan Pemodelan Realiti yang dapat membantu memperbaiki pembinaan dan operasi bagi projek-projek infrastruktur di seluruh dunia. The Earth Solutions memanfaatkan penyelesaian Pemodelan Realiti canggih yang mengumpul data paling tepat secara berkesan kos tentang keadaan pembinaan dan rupa bumi menggunakan fotogrametri UAV bagi menghasilkan imej 3D dengan sistem koordinat X, Y, Z.

"Hasil kerja kami dalam projek yang memenangi anugerah ini memperlihatkan pencapaian kami mencakupi seluruh wilayah, iaitu untuk menyediakan syarikat kejuruteraan awam dan pembinaan mahupun jabatan kerajaan dengan maklumat dipacu data dan teknologi yang mereka perlukan untuk merakam realiti dengan tepat dan menyelaraskan persediaan projek dengan bersungguh-sungguh," kata Wisdom Chan, Ketua Pegawai Teknologi The Earth Solutions.

Pemenang-pemenang Anugerah Be Inspired dipilih daripada 51 finalis projek dan ditentukan oleh 10 panel juri bebas, antaranya termasuk pakar-pakar industri yang ternama. Semua finalis dipilih menerusi lebih 400 penyerahan oleh organisasi-organisasi di lebih 50 negara.

Untuk melihat senarai lengkap pemenang Anugerah Be Inspired 2017, layari https://www.bentley.com/en/about-us/news/2017/october/16/2017-be-inspired-winners.

Latar Belakang The Earth Solutions

Ditubuhkan pada tahun 2014, The Earth Solutions (TES) ialah penyedia perkhidmatan dan penyelesaian Pemodelan Maklumat Pembinaan (BIM) yang diiktiraf. Ia komited untuk membantu pelanggan-pelanggannya mereka bentuk dan membangunkan projek-projek yang lebih baik dengan menjimatkan kos, masa dan sumber pembinaan menerusi pelaksanaan potensi penuh BIM. Dengan latar belakang yang mantap dalam bidang teknologi, ia meneruskan pengetahuan legasinya dan mengembangkannya dalam segmen-segmen BIM, Sistem Maklumat Geografi (GIS), Pemodelan Realiti, tinjauan dron dan turut menghasilkan sistem pengurusan kandungan. Untuk maklumat lanjut, layari www.the-earthsolutions.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180124/2001991-1

 

 

Source: The Earth Solutions Limited
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Construction/Building Multimedia/Online/Internet Awards