omniture

Air China lancar laluan penerbangan Hangzhou - Nha Trong dan Chengdu - Bangkok

Air China
2018-01-29 08:58 486

BEIJING, 29 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Air China bakal melancarkan laluan penerbangan terus di antara Hangzhou dengan Nha Trang pada 1 Februari 2018 dan di antara Chengdu dengan Bangkok pada 12 Februari 2018. Dengan Air China, penumpang tidak perlu lagi membazir masa menukar penerbangan untuk menikmati cahaya matahari di pantai-pantai Asia Tenggara.

Nha Trang dan Bangkok ialah destinasi percutian terkenal di Asia Tenggara, dan kedua-duanya kian popular dalam kalangan pelancong tanah besar China. Pada 2017, pelancong China melakukan lebih daripada 4 juta perjalanan ke Vietnam dan lebih daripada 9.5 juta perjalanan ke Thailand. Ini merupakan peningkatan yang pesat daripada tahun-tahun sebelumnya bagi kedua-dua negara. Dengan laut yang biru kehijauan dan pantai pasir yang panjang, Nha Trang digelar "satu daripada 50 destinasi utama yang wajib dilawati" oleh National Geographic. Sementara itu, Bangkok pula terkenal dengan kehandalan kulinari, pulau-pulau indah, pagoda bersejarah dan hiburan malam hari yang mengujakan, menjadikan kota ini pilihan popular para pelancong.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Air China berusaha untuk meluaskan laluan penerbangan globalnya bermula dari habnya di Beijing. Pada masa yang sama, penerbangan ini juga mementingkan penyediaan laluan penerbangan antarabangsa untuk bandar-bandar serantau yang penting. Air China membuat pelancaran berturut-turut bagi laluan penerbangan di antara Hangzhou dengan Bangkok, Tianjin dengan Bangkok, Chongqing dengan Nha Trang, dan Shanghai Pudong dengan Bangkok. Pelancaran ini menyediakan penumpang China laluan baharu dan lebih banyak pilihan untuk pengembaraan mereka ke Asia Tenggara. Dua penerbangan baharu di antara Hangzhou dengan Nha Trang, dan Chengdu dengan Bangkok akan membantu meluaskan kewujudan laluan penerbangan di sebelah timur dan barat daya China.

Kini, pangkalan Air China di Hangzhou menawarkan sambungan ke 30 lapangan terbang domestik, juga beberapa destinasi serantau dan antarabangsa termasuk Seoul, Taipei, Bangkok dan Surat Thani. Air China juga mengendalikan lebih 70 laluan penerbangan dari Chengdu. Rangkaian ini meliputi sebilangan destinasi luar negara di Asia, Eropah dan Oseania, termasuk Frankfurt, Sydney, Paris dan Osaka. Sebagai ahli rangkaian Star Alliance, Air China menawarkan laluan penerbangan selesa dan mudah ke 1,330 lapangan terbang di 192 negara.

Maklumat penerbangan:

Nombor penerbangan Hangzhou - Nha Trang ialah CA727/8. Tiga penerbangan disediakan seminggu, setiap Selasa, Khamis dan Sabtu. Penerbangan keluar berlepas dari Hangzhou pada pukul 14:40 Waktu Beijing, dan mendarat di Nha Trang pada pukul 17:20 waktu tempatan. Penerbangan pulang berlepas dari Nha Trang pada pukul 18:20 waktu tempatan, dan tiba di Hangzhou pada pukul 22:40 Waktu Beijing.

Nombor penerbangan Chengdu - Bangkok ialah CA471/2. Satu penerbangan disediakan setiap hari. Penerbangan berlepas dari Chengdu pada pukul 14:40 Waktu Beijing, dan mendarat di Nha Trang pada 17:00 waktu tempatan. Penerbangan pulang berlepas dari Bangkok pada pukul 18:00 waktu tempatan, dan tiba di Chengdu pada 22:15 Waktu Beijing.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20170522/1857452-1LOGO

 

Source: Air China
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Travel