omniture

Seraphim Bekalkan Eclipse (TM) untuk Loji Kuasa PV 5MW Pertama China dengan Modul sel-Bergenting

Jiangsu Seraphim Solar System Co., Ltd.
2018-01-29 10:09 596

CHANGZHOU, China, 29 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Loji solar pertama yang dipasang di atas tanah menggunakan modul sel-bergenting, turut dikenali sebagai Projek Zhaiheyuan, berjaya dihubungkan kepada grid di Jiyuan, Wilayah Henan. Dengan 5 MW, Projek Zhaiheyuan juga merupakan projek solar terbesar yang menggunakan modul sel-bergenting inovatif, yang kesemuanya dibuat oleh Jiangsu Seraphim Solar System Co., Ltd. (selanjutnya dirujuk sebagai "Seraphim").

China’s first 5MW PV power plant with shingled-cell modules -- Zhaiheyuan Project
China’s first 5MW PV power plant with shingled-cell modules -- Zhaiheyuan Project

Dibangunkan oleh Henan Nuanhuang Photovoltaic, Projek Zhaheyuan kini menjana kuasa elektrik setahun melebihi 7 juta kWj, menggunakan sejumlah 16,000 modul 300W Poly Eclipse™ Seraphim. Setelah projek ini siap, emisi karbon dioksida akan dapat dikurangkan sebanyak 7781 tan setiap tahun.

Zhaiheyuan ialah sebuah perkampungan dengan penduduk yang dipindahkan dari Reservoir River Mouth. Pada hari projek ini dihubungkan kepada grid, Setiausaha jawatankuasa Parti Perbandaran Jiyuan tempatan, berserta Menteri Imigrasi, menghadiri majlis pentauliahan. Para pemimpin daripada Jawatankuasa Parti Perbandaran mengulas betapa reformasi alam sekitar begitu berkait rapat dengan pencapaian matlamat China yang lebih indah. Loji solar 5MW Zhaiheyuan bukan sahaja dapat membantu memenuhi permintaan penduduk tempatan terhadap bekalan elektrik semasa waktu puncak, tetapi ia turut melambangkan piawaian dan mutu kerja terbaik negara.

High-efficiency shingled-cell Mono Eclipse(TM) made by Seraphim
High-efficiency shingled-cell Mono Eclipse(TM) made by Seraphim

Modul berkecekapan tinggi Seraphim Eclipse™ yang dipilih untuk projek ini diiktiraf secara meluas dalam industri solar atas inovasi dan nilainya. Tapak terpasang secara kumulatif Eclipse™ di dalam dan luar negara kini melebihi 120MW. Setelah melepasi ujian-ujian yang ketat pada Mei 2016, siri Eclipse™ muncul sebagai modul berprestasi tinggi yang diberi pensijilan SUD TUV pertama dunia menggunakan teknologi sel-bergenting. Berbanding modul-modul standard, output kuasanya adalah sekurang-kurangnya 15% lebih tinggi. Pada masa kini, Mono Eclipse™ mencapai 325W output kuasa dengan 19.1% kadar kecekapan penukaran tenaga solar, manakala Poly Eclipse™ mencapai 305W output kuasa dan 17.9% kadar kecekapan penukaran tenaga solar. Loji-loji PV yang menggunakan modul Eclipse™ akan menggunakan 8% kurang kawasan tanah, selain pengurangan tenaga kerja dan kos BOS yang besar.

Latar Belakang Seraphim

Sebagai pengeluar modul fotovolta (PV) yang terkemuka di dunia, Seraphim mempunyai kapasiti pengeluaran global sebanyak 3GW. Seraphim ialah sebuah perusahaan dipacu inovasi yang menumpu pada pembangunan modul-modul berprestasi tinggi. Bersama pasukan penyelidikan & pembangunan (R&D) yang mantap, Seraphim mengeluarkan produk modul PV yang berkualiti tinggi dan juga berkesan kos. Pada masa kini, terdapat lebih 4GW modul Seraphim dipasang di lebih 30 negara. Strategi global Seraphim adalah untuk mengekalkan kepimpinan dalam pasaran yang mencabar dan menyumbang kepada bumi yang subur menghijau dan kewujudan bersama secara harmoni.

Maklumat lanjut sila layari www.seraphim-energy.com  

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180125/2039988-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180125/2039988-1-b  

Source: Jiangsu Seraphim Solar System Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Electronic Components Oil/Energy Utilities New products/services