omniture

Thuraya Lancar Penyelesaian M2M Mudah Alih Dwi-Mod Pertama

Thuraya Satellite Telecommunications Company
2018-01-29 17:33 515

DUBAI, United Arab Emirates, 29 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Thuraya Telecommunications Company hari ini mengumumkan pelancaran perkhidmatan Pengesanan dan Pemantauan (T2M) Thuraya bersempena dengan pelancaran keluaran produk pertama tahun ini, terminal T2M-DUAL. Peranti mudah alih, dwi-mod untuk komunikasi mesin-ke-mesin (M2M) yang unggul serta pengesanan dan pemantauan aset jarak jauh, T2M-DUAL membolehkan pengumpulan data dibuat secara serentak daripada pelbagai titik termasuk maklumat lokasi, data daripada sensor luaran dan peranti periferi, serta input yang diperoleh daripada perantai atau peralatan berat CANBus.

generated by system

Sistem dan kebolehfungsian T2M-DUAL yang mantap menjadikannya sebagai penyelesaian terbaik untuk projek-projek berskala luas dalam sektor-sektor seperti pengangkutan, logistik, tenaga, utiliti, pertanian dan perlombongan. Penyelesaian ini memberikan ciri kemudahan penyepaduan rintis kepada aplikasi yang biasanya lebih rumit untuk diurus atau dipantau, seperti pengesanan kenderaan dan penggunaan bahan api, yang memberikan kecekapan operasi.

Penyelesaian baharu ini membolehkan penyepaduan untuk sebarang aplikasi pihak ketiga dan mempunyai beberapa ciri pintar terbina dalam seperti geo-pagar, pemilihan rangkaian berdasarkan penghalaan kos terendah, sandaran bateri dalaman serta data lokasi dan sensor. Dengan ciri keupayaan dwi-mod, T2M-DUAL memastikan ketersambungan dikekalkan secara automatik tatkala aset bergerak antara kawasan yang diliputi oleh GSM dan kawasan-kawasan yang terletak di luar rangkaian selular - berada di bawah liputan rangkaian satelit Thuraya yang mantap dan selamat.

Penyelesaian T2M-DUAL direka untuk menyokong aplikasi M2M/IoT bergerak dengan lancar pada rangkaian Satelit dan GSM, membolehkan ketersambungan yang dioptimum berdasarkan rangkaian terbaik yang tersedia, yang memastikan jumlah kos pemilikan yang tiada tandingan. Terminal ini adalah mantap dan dibangunkan untuk menangani keadaan persekitaran yang mencabar.

Rashid Baba, Penolong Ketua Pegawai Komersial Thuraya berkata, "Industri-industri dan perniagaan-perniagaan sentiasa mencari-cari penyelesaian yang dapat memberikan kelebihan daya saing kepada mereka dengan risiko yang lebih rendah, pengautomatan yang lebih tinggi dan potensi yang menjimatkan kos. Memandangkan semakin banyak pengusaha menembusi sektor-sektor seperti logistik dan pengangkutan, contohnya, pemantauan jarak jauh aset-aset ketika bergerak oleh pengurus meningkatkan peluang untuk membuat keputusan yang lebih pantas, pengaturan, keselamatan pekerja dan juga kecekapan operasi. Perkhidmatan rangkaian dan IoT Thuraya yang berdaya tahan telahpun bertapak kukuh dalam vertikal-vertikal yang memerlukan ketersambungan dengan ciri keselamatan yang tinggi untuk operasi jarak jauh dan bermisi kritikal. Penyelesaian T2M-DUAL dapat memenuhi keperluan yang sentiasa berubah-ubah dalam sektor-sektor ini dan kami yakin ia amat sesuai untuk memenuhi permintaan pasaran."

T2M-DUAL Thuraya mempelbagaikan portfolio M2M syarikat yang semakin berkembang. Keupayaannya yang canggih menyediakan set keperluan berbeza berbanding penyelesaian yang diperkenalkan sebelum ini, iaitu FT2225 Thuraya dan perkhidmatan M2M IP.

Source: Thuraya Satellite Telecommunications Company
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Semiconductors Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Wireless Communications New products/services