omniture

Hublot dan Depeche Mode Perkenal Siri Edisi Pengumpul 55 Jam Tangan Big Bang Unik Beri Manfaat kepada charity: water, Diilhamkan oleh Setiap 55 Single Kumpulan

Hublot
2018-01-30 02:28 477

MILAN, 30 Januari 2018 /PRNewswire/ --

Salah satu kumpulan muzik paling berpengaruh, digemari dan dengan jualan paling laris sepanjang zaman, Depeche Mode berjaya menjual lebih 100 juta album seluruh dunia dan telah dimainkan kepada lebih 30 juta peminat sejak ditubuhkan pada tahun 1981. Di sepanjang 37 tahun kerjaya mereka, Depeche Mode telah melancarkan 55 single yang luar biasa, daripada Dreaming of Me" pada tahun 1981 sehinggalah keluaran "Cover Me" tahun lalu. Bagi memberi penghormatan kepada pencapaian hebat ini, pembuat jam tangan Switzerland, Hublot memperkenalkan satu koleksi yang terdiri daripada 55 jam tangan unik daripada model Big Bang Unico, kesemuanya bagi memberi manfaat kepada rakan kebajikan Hublot dan Depeche Mode charity: water

generated by system

generated by system

generated by system

"Kami amat berbesar hati dan terharu dengan sokongan Hublot terhadap charity: water menerusi koleksi jam tangan baharu ini bagi memperingati semua single kami." 

Martin Gore, Depeche Mode 

"Depeche Mode merupakan kumpulan ikonik dalam sejarah muzik kontemporari. Kami mengenali semangat mereka, yang lebih padu berbanding sebelum ini, dan menerusi daya kreativiti mereka yang sentiasa berkembang. Kami cukup bertuah dapat berkongsi begitu banyak nilai bersama mereka, termasuk komitmen terhadap aktiviti-aktiviti NGO charity: water. Koleksi baharu dan unik yang terdiri daripada 55 jam tangan berbeza ini adalah bagi memberi penghormatan kepada kerjaya luar biasa mereka di samping meraikan matlamat bersama kami dengan cara yang sesuai. Edisi pengumpul baharu terhasil daripada koleksi ini!" 

Ricardo Guadalupe, Ketua Pegawai Eksekutif Hublot 

Siri edisi terhad ini diumumkan di butik Hublot di Milan, Itali oleh Ricardo Guadalupe, Ketua Pegawai Eksekutif jam tangan Hublot, dan Martin Gore daripada Depeche Mode.

Setiap jam tangan menampilkan, pada muka jamnya, cakera yang sebahagiannya menunjukkan imej muka depan album yang diwakilinya. Bahagian belakang setiap jam tangan menampilkan seluruh bahagian single dan logo charity: water. Kedua-dua elemen ini diukir pada nilam bahagian bukaan kaca di atas pergerakan UNICO automatik yang terkenal. Dikeluarkan oleh pengeluar Hublot, ia menyediakan simpanan kuasa selama 72 jam. Setiap jam tangan dipasang dengan tali mengikut warna yang khusus kepada setiap model, lengkap dengan tali kaf dengan warna yang sama, dan kancing getah dinspirasikan oleh rock-dan-roll.

charity: water, berpangkalan di Bandar Raya New York ialah sebuah pertubuhan bukan untung yang bermatlamat untuk menyediakan air yang bersih dan selamat kepada penduduk di negara-negara sedang membangun di seluruh dunia. Depeche Mode dan Hublot begitu aktif menyokong charity: water sejak tahun 2013, menerusi perkongsian pertama mereka untuk menyediakan air yang bersih dan selamat kepada lebih 30,000 penduduk di Nepal dan Etiopia.

Hasil kutipan bersih daripada julan 55 jam tangan unik ini akan disumbangkan kepada charity: water, sebagai sebahagian daripada inisiatif kebajikan yang lebih besar antara Depeche Mode, Hublot dan charity: water.

 

Source: Hublot
Keywords: Entertainment Fashion Mining/Metals Music Precious Metals Retail