omniture

Namirial Jalin Usaha Sama Dengan ThinkSmart untuk Tawarkan Automasi Lengkap Proses Perniagaan Depan Belakang

Namirial
2018-01-30 16:00 333

SENIGALLIA, ITALI, 30 Januari 2018 /PRNewswire/ --

Penyedia Teknologi Pengurusan Transaksi Digital Berpangkalan di Itali Tawarkan Platform Aliran Kerja Grafik Dengan Tanda Tangan Elektronik  dan Perkhidmatan Amanah Bersepadu 

Namirial, penyedia terkemuka perisian Pengurusan Transaksi Digital (DTM) dan perkhidmatan kepercayaan yang membantu manusia meringkaskan cara perniagaan dijalankan secara digital hari ini mengumumkan perkongsian penjual baharu dengan ThinkSmart, penyedia terkemuka alatan automasi aliran kerja berorientasikan grafik yang membolehkan organisasi mereka bentuk dan melaksanakan proses perniagaan depan hingga ke belakang dalam masa yang singkat berbanding alatan automasi proses perniagaan tradisional.

"Tanda tangan elektronik dan perkhidmatan kepercayaan adalah sebahagian strategi transformasi perniagaan penting," kata Luigi Tomasini, Ketua Pegawai Eksekutif Namirial, "Pelanggan kami dengan pantas menyedari manfaat tanda tangan elektronik tetapi sering berdepan kesukaran untuk membuat transformasi menyeluruh proses perniagaan penting yang sesuai dengan tanda tangan elektronik. Alatan automasi proses perniagaan tradisional sangat menyulitkan transformasi.  Platform Automasi ThinkSmart (TAP) menjadikan proses ini mudah dan berciri grafik tanpa memerlukan kemahiran teknikal atau pengaturcaraan.  Ini bermakna penganalisis perniagaan atau pengurus proses boleh mengimplementasikan suatu aliran kerja dalam tempoh beberapa jam atau beberapa hari berbanding beberapa minggu atau bulan."

"Dengan peluasan ThinkSmart ke atas EMEA baru-baru ini, langkah perniagaan yang tepat adalah untuk bekerjasama dengan penyedia terkemuka tanda tangan elektronik dan perkhidmatan amanah di dunia sebelah sini. Perjanjian ini meningkatkan capaian global kami ke atas EMEA dan menunjukkan momentum ThinkSmart sebagai penyedia global penyelesaian pengurusan transaksi digital," kata Paul Hirner, Ketua Pegawai Eksekutif ThinkSmart.

Namirial 

Namirial merupakan Syarikat Perisian dan Perkhidmatan serta Penyedia Perkhidmatan Kepercayaan yang menawarkan Perkhidmatan Kepercayaan seperti e-tanda tangan, cap waktu, e-invois dan pengarkiban digital kepada lebih daripada 500,000 pelanggan.

Maklumat: http://www.namirial.com/it

ThinkSmart 

ThinkSmart LLC, pemimpin dalam Pengurusan Transaksi Digital (DTM), menyediakan Platform Automasi (TAP) kepada syarikat-syarikat yang mencari jalan untuk mengautomasi dan mendigitkan proses perniagaan. Penyelesaian TAP menyediakan alatan seret dan lepas yang intuitif, membolehkan syarikat mereka bentuk, membina dan melaksanakan sebarang aliran kerja dengan sangat pantas. Integrasi dengan sistem dalaman pelanggan, dan syarikat eSign peringkat tinggi, menjadikan TAP pilihan menarik bagi organisasi yang berminat untuk mengoptimumkan perniagaan dengan alatan automasi yang mempunyai keberkesanan kos. Pada 2016, ThinkSmart telah dinamakan sebagai Vendor Utama Penyelidikan Aragon dalam DTM.

Maklumat: thinksmart.com

ThinkSmart LLC ialah pemilik ThinkSmart LLC dan semua tanda niaganya yang lain. Semua tanda niaga yang tertera di sini ialah kepunyaan pemilik masing-masing.

Source: Namirial
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Contracts