omniture

Tayangan Perdana Dunia Campari Red Diaries - The Legend of Red Hand: Zoe Saldana Bintangi Filem Pendek Arahan Stefano Sollima

Campari
2018-01-30 20:00 257

MILAN, 30 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Hari ini, Campari, aperitif Itali yang ikonik, melancarkan filem pendek Campari Red Diaries 2018 bersama barisan bintang-bintang terkenal - The Legend of Red Hand - di Milano, tempat terhasilnya Campari. Bagi mengembangkan etos Campari bahawa 'setiap koktel menceritakan sebuah kisah', filem tahun ini ialah meraikan bakat-bakat pelayan bar dan paling penting, Red Hand, pakar pengadun koktel terbaik di dunia.

generated by system

generated by system

generated by system

generated by system

generated by system

Filem pendek ini, dibintangi oleh pelakon wanita yang tersohor di dunia, Zoe Saldana, pelakon lelaki Itali Adriano Giannini dan diarahkan oleh pengarah Itali Stefano Sollima, ialah sebuah kisah misteri mendebarkan yang membawa penonton menjelajah ke seluruh dunia dalam usaha mencari koktel Campari yang sempurna.

Kisah bermula pada waktu senja di bawah Duomo Cathedral yang ikonik di Milano, bandar pengasas Campari, kita bertemu dengan Mia Parc, seorang jurugambar yang anggun dan bersahaja, namun berkarisma, yang mempunyai nama yang merupakan anagram sempurna untuk Campari, dilakonkan oleh Zoe Saldana. Pengarah, Stefano Sollima dengan penuh mahir memanfaatkan kepakaran beliau dalam genre mendebarkan bagi mencetuskan suasana tegang dan menarik perhatian, yang mengikuti Mia dalam perjalanan beliau, merungkai misi rahsia bagi mencari susuk misteri Red Hand, pakar bagi koktel Campari yang terbaik. Kata orang, sekiranya anda mencuba Negroni yang dibuat oleh Red Hand, anda menyedari bahawa anda belum pernah mencicipi Negroni sepanjang hidup anda.

Siapakah Red Hand? Mungkin anda pernah menemui beliau, mungkin juga belum. Tiada sesiapa pernah melihat wajah beliau: satu-satunya yang pernah ditunjukkan oleh Red Hand kepada orang awam ialah tangan beliau, yang begitu teliti terselindung di sebalik sarung tangan berwarna merah yang ikonik. Dalam perjalanan beliau, Mia bertemu bakal kekasih dari Milan, Davide, nama sempena pengasas Campari dan dilakonkan oleh Adriano Giannini, yang membawa bersama beliau muslihat yang lebih mendalam, menjurus kepada misteri yang bakal menanti.

Dedikasi Mia yang bersungguh-sungguh dalam pencarian terhadap koktel yang sempurna membawa beliau mencari Red Hand di seluruh dunia, insan yang mempunyai minat dan kebolehan mencipta koktel terbaik, dengan Campari sebagai elemen utama. Sebagai satu keraian sebenar bakat pelayan bar dari seluruh dunia, perjalanan Mia dari Milano ke New York, Buenos Aires, Rio De Janeiro, Berlin dan London, menampilkan kameo daripada enam pelayan bar terbaik dunia, yang telah mencipta koktel Campari 'Red Hand' mereka sendiri, menggalakkan penggemar Campari dari seluruh dunia untuk mencari dan menikmati koktel yang sempurna.

Bercakap tentang peranan utama beliau, Zoe Saldana mengulas: "Melakonkan watak Mia Parc dalam The Legend of Red Hand merupakan satu pengalaman hebat, membolehkan saya meneroka dunia yang dipenuhi misteri dan muslihat menerusi watak saya dan misinya terhadap kesempurnaan. Menjadi sebahagian daripada kempen yang bukan sahaja mempunyai legasi yang hebat, tetapi sebagai jenama dengan kekayaan warisan ikonik sentiasa mengujakan, khususnya bersama rakan kongsi seperti Campari yang menyedari bahawa, di sebalik koktel yang hebat, terdapat pelayan bar yang hebat, dan tanpa kehadiran tangan-tangan yang hebat ini, bahan-bahan yang ada tidak dapat mencapai potensi penuhnya."

Semasa pembikinan filem pendek ini, Stefano Sollima berkata: "Sebagai warga Itali, dan seorang yang gemar menceritakan kisah-kisah lebih pendek dalam genre ini, tugas ini merupakan satu penghormatan kerana dapat mengarahkan Legend of Red Hand. Peluang bekerjasama dengan pelakon-pelakon yang diiktiraf di seluruh dunia dan berbakat bagi menceritakan kisah bermuslihat dan misteri untuk menonjolkan jenama yang ikonik seperti Campari menjadikan seluruh pengalaman ini sesuatu yang tidak dapat dilupakan. Dalam filem ini, saya telah meneroka intipati penting rahsia Campari: bahan rahsia yang membolehkan anda mencapai hasil yang luar biasa. Namun begitu, unsur tersebut hanyalah sebahagian kecil daripadanya, dan apa yang membezakannya ialah kuantiti yang dimasukkan ke dalamnya. Begitu juga, Red Hand ialah satu rahsia, unsur tersembunyi yang menjadikan segala-galanya berbeza."

Bercakap tentang watak Davide, Adriano Giannini mengulas: "Saya berasa teruja kerana penonton akhirnya berpeluang melihat kecemerlangan kreatif Stefano Sollima dan penghormatan beliau terhadap warisan Itali Campari. Saya sangat menikmati saat menghidupkan jalan cerita yang menggamit perhatian melalui peranan saya sebagai Davide, nama yang diberikan sempena pengasas Campari, bersama-sama Zoe Saldana yang berbakat."

Bob Kunze-Concewitz, Ketua Pegawai Eksekutif Gruppo Campari: "Kami amat berbangga kerana dapat menayangkan filem pendek Campari Red Diaries tahun ini, dan membawa tayangan perdananya kembali ke Milano, lokasi semuanya bermula dan tempat terhasilnya Campari.

"Kini memasuki tahun keduanya, kempen Campari Red Diaries mengambil langkah baharu dalam daya kreativitinya bagi menonjolkan cita-cita Campari terhadap koktel yang sempurna, dan meraikan bakat pelayan bar yang mempunyai keinginan yang sama."

"Menerusi nama-nama seperti Zoe Saldana, Stefano Sollima dan Adriano Giannini, semuanya memainkan peranan penting dalam menceritakan kisah kami, kami berasa teruja dapat membawakan anda menyusuri perjalanan kami menemui Legend of Red Hand dan kami berharap kisah ini akan menginspirasikan orang ramai di seluruh dunia untuk memulakan pencarian mereka sendiri bagi memburu kesempurnaan koktel demi mencari Red Hand mereka sendiri."

The Legend of Red Hand ditayangkan di seluruh dunia melalui saluran YouTube rasmi Campari (https://youtu.be/Yzx_tSlifIw) dan diraikan menerusi tayangan perdana permaidani merah di Milano. Melalui cara yang lebih langsung dan menarik untuk berhubung dengan penggemar Campari di seluruh dunia, edaran secara digital bagi filem pendek Campari Red Diaries adalah sebahagian daripada komitmen berterusan jenama ini untuk menarik pengguna.

J. Walter Thompson Milano mencipta konsep Campari Red Diaries, termasuk kisah asal The Legend of Red Hand, yang mana skrip ditulis oleh Stefano Bises. Campari Red Diaries, termasuk The Legend of Red Hand, diterbitkan oleh Think Cattleya.

#Campari #RedDiaries

http://www.campari.com
https://www.youtube.com/EnjoyCampari
https://www.facebook.com/Campari
https://instagram.com/campariofficial
https://twitter.com/campari

LATAR BELAKANG CAMPARI RED DIARIES  

Dilancarkan pada tahun 2017, Campari Red Diaries ialah evolusi Kalendar Campari. Kempen holistik 360o, dengan filem pendek sebagai elemen utama, Campari Red Diaries menghidupkan etos Campari bahawa "setiap koktel menceritakan sebuah kisah". Campari Red Diaries dilancarkan secara digital, menerusi filem pendek yang ditayangkan melalui halaman YouTube rasmi Campari.

Sumber: Campari

Source: Campari
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture