omniture

Penghantaran Modul Global 2017 Trina Solar melebihi 9 GW

Trina Solar Limited
2018-01-31 01:01 428

CHANGZHOU, China, 31 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Trina Solar, penyedia penyelesaian lengkap yang terkemuka di dunia untuk tenaga solar, mengumumkan bahawa penghantaran modul-modul global bagi tahun 2017 ialah 9.0 hingga 9.2 GW. Menurut keputusan kedudukan "10 Pembekal Modul Terbaik tahun 2017" yang diterbitkan oleh PV-Tech, penghantaran tahun lalu oleh Trina Solar terus menduduki tempat ke-2, dan ia mengekalkan kedudukan sebagai pembekal modul terbesar dunia apabila jumlah penghantaran terkumpul melebihi 32 GW.

Penghantaran bagi tiga suku tahun pertama masing-masing sebanyak 1.966 GW, 2.481 GW dan 2.092 GW, manakala penghantaran bagi suku tahun keempat terus meningkat, menjadikan penghantaran sepanjang tahun mencecah lebih 9 GW.

Produk dan perkhidmatan PV Trina Solar diagihkan kepada lebih 100 negara dan wilayah di seluruh dunia. Sebagai menyambut Inisiatif Jalur dan Jalan negara China, Syarikat turut mengembangkan perniagaannya di negara-negara Jalur dan Jalan. Kini, Trina Solar merupakan pengeluar PV terbesar di Vietnam apabila ia melancarkan projek pengeluaran sel PV solar 1 GW di Vietnam pada 6 Januari 2017. Di India, Trina Solar menyediakan lebih 3 GW modul, menyumbang kepada lebih 25% bahagian pasaran.

Segmen perniagaan projek kuasa solar Trina mereka, membina, mengendalikan dan menjual projek-projek kuasa solar di China, U.K. dan A.S. serta negara-negara Eropah dan juga Asia yang lain. Trina terlibat dalam seluruh kitar hayat pembangunan projek solar termasuk pemilihan, reka bentuk, pembiayaan, kebenaran, kejuruteraan, perolehan, pembinaan, pemasangan, pemantauan, pengendalian dan juga penyelenggaraan projek. Sehingga kini, Syarikat telah menghubungkan hampir 2 GW projek solar kepada grid di seluruh dunia.

Pada bulan Ogos 2017, Trina Solar melancarkan jenama PV kediaman pertama – TrinaHome yang pantas menguasai kedudukan utama pasaran. Syarikat bakal melaksanakan "Satu-Juta Pelan Bumbung" sepanjang lima tahun akan datang bagi menyediakan perkhidmatan pemasangan sistem PV kediaman Trina kepada lebih satu juta isi rumah.

Menjelang akhir tahun 2017, projek-projek komersial Trina Solar mencapai pertumbuhan 500% dengan perniagaan-perniagaan yang dijalankan meliputi 20 wilayah dan bandar di serata negara. Dalam masa tiga tahun akan datang, Syarikat menyasarkan untuk membangunkan seribu rakan kongsi komersial yang boleh menjana jualan sebanyak lebih 10 juta.

Pada tahun 2017, Trina Solar mula menyambut ulang tahun ke-20 dan mencapai pembangunan yang mantap, stabil dan mampan; ia turut membuka tirai era 3.0 yang mana ia berusaha untuk menjadi peneraju dalam segmen Internet Komunikasi Benda Tenaga global.

 

Source: Trina Solar Limited
Related Stocks:
NYSE:TSL
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities