omniture

Ink Lancar INKstone, Platform Untuk Pembangun Aplikasi Rantaian Blok

Ink
2018-01-31 10:55 416

SINGAPURA, 31 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Ink, yang ditubuhkan oleh Ink Labs Foundation, melancarkan platform pembangun aplikasi rantaian blok INKstone pada 24 Januari. Platform kini dalam versi beta, dan menyediakan pembangun aplikasi dengan perkhidmatan infrastruktur rantaian blok yang mudah. Usaha sama yang berpangkalan di Singapura ini akan mengumumkan peserta perintis dan rakan kongsi utama dalam bulan Februari 2018. Selain itu, Bursa harta intelek (IP) akan dilancarkan pada pertengahan April 2018.

INKstone, platform Rantaian Blok-sebagai-satu-Perkhidmatan (BaaS), membantu pembangun membina dan menyahpepijat aplikasi teragih dalam persekitaran rantaian blok. Ciri-ciri termasuk:

1.) Pelaksanaan Rangkaian Rantaian Blok Satu Klik – Versi pertama ini menyokong kluster INK Consortium Blockchain, kluster Hyperledger Fabric dan persekitaran pembangunan rantaian blok yang lain.

2.) Kefleksibelan dalam Konfigurasi Rantaian Blok – Konfigurasi rantaian blok yang berbilang boleh dipilih untuk menyokong pilihan pembangun sewaktu diperlukan.

3.) Pembentangan Visual Kandungan – Para pengguna boleh melihat pembentangan visual topologi rangkaian, maklumat blok, maklumat transaksi dan maklumat kontrak pintar rantaian blok.

4.) Pengurusan Sehenti Kontrak Pintar – Platform ini menyediakan muat naik, pengurusan, pelaksanaan dan permohonan kontrak pintar.

5.) Penerbitan dan Pengedaran Aset – Platform ini juga termasuk fungsi-fungsi pengurusan akaun, sokongan untuk pemindahan nilai berkecekapan tinggi, pengedaran kandungan, imbuhan harta intelektual dan aplikasi industri kreatif yang lain.

Pembangunan masa hadapan INKstone dibahagi kepada tiga peringkat:

  • Kapasiti Platform yang Diperluas – Selain daripada Fabric dan INK Consortium Blockchain, juga menyokong persekitaran pembangunan lain seperti kluster Qtum, Ethereum, EOS, rantaian bersilang.
  • Perkhidmatan Pembangun Berfokuskan Longitud – Menyediakan lebih banyak peringkat pengguna, IDE kontrak pintar dan pemaparan log yang berdasarkan kepada kitaran pembangunan aplikasi di sekitar keperluan utama pembangun.
  • Pengembangan Tiga Dimensi Perkhidmatan Rantaian Blok – Melancarkan kedai DApp dan platform perkhidmatan rantaian blok peringkat perusahaan. Membangunkan matriks produk untuk menyediakan perkhidmatan platform rantaian blok tiga dimensi.

Versi kedua dijangka akan dilancarkan dalam bulan Mac dengan ciri-ciri inovasi yang diperkenalkan selepas itu. Ini termasuk tambahan dalam persekitaran pembangunan Qtum, pengeditan kontrak, pemaparan log, pengoptimuman pengalaman pengguna dan banyak lagi.

Latar Belakang Ink

Ink ingin menjadi platform pencipta kandungan yang disokong rantaian blok dan ekosistem menyeluruh yang pertama yang menghubungkan pasaran kreatif global. Ia mengandungi rantaian blok harta intelektual (IP), dan boleh menjadi Qtum untuk industri kandungan. Wawasan projek ini ialah untuk memaksimumkan pendapatan, potensi dan penemuan pencipta-pencipta kandungan di seluruh dunia sambil membezakan dan memberi ganjaran kepada kandungan yang berkualiti tinggi. Firma yang berpangkalan di Singapura ini berhasrat untuk mentaksir semula peranan, kandungan dan tingkah laku dalam industri kreatif untuk mencapai sistem pertukaran kandungan yang cekap.

Platform Ink menyediakan Bursa Aset Harta Intelektual yang unik yang akan membantu para pencipta dalam menukar kerja asal mereka kepada aset cair. Pencipta kandungan akan dapat mengeluarkan, memfail, melindungi, menemui, mendagang, memasar dan mengedar kandungan asli. Platfrom perdagangan ini membolehkan pencipta kandungan menghasilkan lebih banyak pendapatan, merebut lebih banyak peluang dan menjadi lebih mudah ditemui dan pada masa yang sama melindungi pemilikan dan kawalan harta intelektual mereka.

Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati https://ink.one/.

Kertas Putih: https://ink.plus/statics/pdf/ink_whitepaper_en.pdf

Media Sosial:

Medium: https://www.medium.com/@inklabsfoundation
Facebook: https://www.facebook.com/inklabs.found.9 
Twitter: https://www.twitter.com/inklabsfound 
Reddit: https://www.reddit.com/r/InkLabsFoundation 
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/27001961/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180126/2039982-1 

Source: Ink
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology New products/services Blockchain