MUMBAI, India, 31 Januari 2018 /PRNewswire/ -- The Ultimate Travelling Camp (TUTC), satu-satunya hartanah mewah dari India, dinobat sebagai pemenang bagi kategori koleksi hotel paling hebat dalam Anugerah Smith tahunan, anjuran Mr and Mrs Smith, iaitu peneraju utama London bagi segmen perjalanan mewah. TUTC Chamba Camp, Thiksey bersaing dengan tempat penginapan yang terbaik di dunia dan muncul juara, menerusi kemudahannya yang tiada tandingan serta pengalaman bersifat peribadi yang ditawarkan kepada para tetamu.
Hartanah ini dinobat sebagai yang terbaik dalam kategori 'Above and Beyond', yang dipilih oleh panel hakim yang berkepakaran dalam segmen perjalanan, termasuk pereka Jenny Packham, penulis pengalaman perjalanan Johannes Pong dan Lucy Williams. Pemenang bagi anugerah ini dipilih atas kelebihan melangkaui jangkaan (minuman percuma di bar, tempat terbaik menyambut majlis ulang tahun kelahiran anda dan snek percuma untuk dibawa pulang), serta merupakan satu-satunya yang mengetahui dengan tepat bagaimana untuk menyemai perasaan sejahtera – mereka merupakan tuan rumah semula jadi.
Penulis pengalaman perjalanan Johannes Pong, salah seorang ahli panel menggambarkan TUTC sebagai, "Perkhemahan mewah yang benar-benar ajaib dan mesra alam dalam khemah yang luas dan menarik berserta pemandangan berpanorama biara-biara atas gunung yang terletak berdekatan kaki gunung Himalaya di Ladakh."
Ahli-ahli panel memberi pujian tinggi kepada TUTC dengan menyatakan, "Keajaiban yang diwujudkan oleh kakitangan yang berada di puncak gunung Himalaya ini adalah lebih mengagumkan apabila mengambil kira persekitaran anda: 3,500 meter tinggi di Lembah Ladakh. Bermula dengan pelayan peribadi yang ditugaskan untuk setiap khemah kanvas ultra mewah kepada keramahan penari-penari tempatan yang menjadi peneman makan malam: segala-galanya seolah-olah telahpun diteliti terlebih dahulu. Rasa lapar pada waktu malam? Anda hanya perlu membuka laci snek anda yang serba lengkap. Jangan cemburu Edmund Hillary!"
Mengulas tentang pencapaian ini, Dhun Cordo, Pengasas Bersama, TUTC berkata, "Kami berasa amat gembira dan berbesar hati kerana berjaya tersenarai sebagai yang terbaik dalam kategori yang amat eksklusif. Pencapaian ini mengukuhkan komitmen kami untuk menawarkan pengalaman hebat dan kemewahan peribadi kepada tetamu kami yang ingin meneroka lanskap yang mencabar di India."
Pada ketinggian 3,500 meter, perkhidmatan luar biasa TUTC dapat menampung keperluan bagi segala keinginan dan citarasa tetamu kehormatnya. Kemewahan dapat dilihat menerusi khemah-khemah yang begitu indah, dilengkapi dengan candelier kayu, katil empat tiang, linen yang cantik hinggalah kepada perabot kayu antik. Setiap khemah menyediakan bilik mandi dalam khemah berserta pancuran air panas, kemudahan sinki khas dalaman, peti deposit keselamatan, perkhidmatan dobi, dek peribadi, Wi-Fi tanpa had di khemah sambut tetamu, kemudahan keselamatan & paramedik sepanjang masa di tapak perkhemahan, bekalan elektrik sepanjang masa, butik, perpustakaan dan juga khidmat pelayan peribadi.
Perhubungan Media:
info@tutc.com