omniture

Sterlite Power Peroleh 28.4% Kepentingan dalam Perniagaan Infrastruktur Transmisi Daripada Standard Chartered Private Equity dengan nilai INR 1,010 Cr

Sterlite Power Transmission Limited
2018-01-31 11:35 458

MUMBAI, India, 31 Januari 2018 /PRNewswire/ --

  • Pulangan mutlak tertinggi dalam sektor Kuasa dan Utiliti di India
  • Standard Chartered bakal beri pulangan dua kali ganda sesingkat 3.5 tahun

Sterlite Power memperoleh 28.4% kepentingan dalam perniagaan infrastruktur transmisi daripada Standard Chartered Private Equity (SCPE). Hasil pemerolehan ini, Sterlite Power memegang 100% kepentingan dalam perniagaan berkenaan. Sterlite Power telah menarik pelaburan sebanyak INR 500 Cr pada tahun 2014 daripada SCPE yang merupakan pelaburan asing persendirian pertama dalam sektor transmisi India. Sejak tiga tahun lalu, Sterlite Power telah meluaskan portfolionya, bermula dengan tiga projek di India kepada lima belas projek di seluruh India dan Brazil, dan kini telahpun bertapak di 26 negara dalam dua benua.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan SCPE atas kepercayaan yang diberikan kepada kami dan berbangga kerana dapat memberi pulangan lumayan ke atas modal mereka. Menerusi pemerolehan ini, kami sekali lagi ingin menyatakan keterujaan kami terhadap peluang pertumbuhan yang baharu dalam sektor transmisi kuasa. Rekod prestasi dan keupayaan pelaksanaan kami yang terunggul memberi kelebihan kepada kami untuk memanfaatkan peluang ini," kata Pratik Agarwal - Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat, Sterlite Power.

Mengulas tentang kejayaan pelaburan berkenaan, Udai Dhawan, Pengarah Urusan - Standard Chartered Private Equity, India, berkata: "Kami ingin mengucapkan tahniah kepada Sterlite atas pembangunan platform global yang cemerlang untuk perniagaan transmisi kuasa. Kami menjalin hubungan yang sangat baik bersama Sterlite sepanjang perjalanan mencapai pertumbuhan ini dan kami berasa kagum dengan pasukan pengurusan syarikat yang berkualiti tinggi, yang memiliki keupayaan pelaksanaan yang cemerlang dan juga memegang rekod prestasi tadbir urus korporat yang selayaknya dipuji. Kami berharap Sterlite akan mencapai kejayaan berterusan dalam cita-citanya untuk mencapai kemajuan."

Latar Belakang Sterlite Power 

Sterlite Power ialah pembangun bertaraf global yang terkemuka bagi infrastruktur transmisi kuasa, memiliki projek-projek melibatkan lebih 10,000 litar kms dan 15,000 MVA di India dan Brazil. Menerusi portfolio konduktor kuasa, kabel EHV dan OPGW yang utama dalam industri, Sterlite Power turut menawarkan penyelesaian bagi menaik taraf, menambah baik dan mengukuhkan rangkaian sedia ada. Syarikat turut menetapkan penanda aras baharu dalam industri melalui penggunaan teknologi terkini dan pembiayaan yang inovatif. Sterlite Power juga merupakan penaja IndiGrid, iaitu Amanah Pelaburan Infrastruktur ("InvIT") bagi sektor kuasa pertama India, yang tersenarai dalam BSE dan juga NSE.

Perhubungan Media:
Sterlite Power
Balaji Krishnaswami
Telefon: +91-9971757474
Emel: balaji.krishnaswami@sterlite.com

Laman Sesawang - https://www.sterlitepower.com/

Source: Sterlite Power Transmission Limited
Keywords: Banking/Financial Service Electrical Utilities Internet Technology Utilities Acquisitions, mergers, takeovers