omniture

MBA ACEM Diiktiraf ke-34 Terbaik di Dunia dalam Ranking Terkini Financial Times

Antai College of Economics and Management, Shanghai Jiao Tong University
2018-02-01 16:58 515

SHANGHAI, 1 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Selama lima tahun berturut-turut, kursus MBA Kolej Ekonomi dan Pengurusan Antai ("ACEM") di Universiti Shanghai Jiao Tong terus mengumpulkan pengiktirafan antarabangsa yang bertambah baik. Hasilnya, ACEM mengekalkan kedudukan pada tangga ke-34 dalam Ranking MBA Global Financial Times 2018 yang diumumkan pada 29 Januari.

ACEM's MBAs rated 34th globally in latest Financial Times rankings
ACEM's MBAs rated 34th globally in latest Financial Times rankings

Ranking MBA Global FT tahunan ini terkenal dengan piawai penilaian ketat, bebas dan objektif. Sekolah ekonomi ternama di dunia seperti Harvard Business School, London Business School dan Yale School of Management turut dinilai dalam senarai ini. Stanford Graduate School of Business mengungguli ranking 2018.

ACEM berada paling atas dalam ranking terkini daripada segi kadar pengambilan bekerja untuk tahun kelima berturut-turut. Peningkatan pendapatan siswazah ACEM juga berada di kedudukan yang pertama pada titik peratusan 182. Angka 2018 FT menunjukkan purata pendapatan tahunan dalam kalangan alumni tiga tahun selepas memperoleh ijazah ialah $121,635.

Tahun ini, Antai berada pada tempat ke-24 untuk nilai wang. Jumlah bayaran yuran untuk kursus MBA dua tahun sepenuh masa ialah 268,000 yuan ($42,076). "Peningkatan penarafan dunia kursus MBA ACEM mencerminkan keteguhan menyeluruh kami yang kukuh dalam melatih manusia berkaliber tinggi," kata Zhou Lin, dekan ACEM. "Kami berbangga dengan pencapaian kami," beliau menambah. "Ekonomi China yang pesat berkembang, usaha yang dilakukan semua pelajar dan profesor di fakulti kami serta sokongan daripada rakan kongsi tempatan mahupun luar negara ialah kunci utama yang menyokong pembangunan kami."

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pasukan MBA Antai terus komited mempromosikan pengantarabangsaannya. Pada 2018, ACEM berada pada tempat ke-49 daripada sudut pengalaman kursus antarabangsa. Sekolah ini telah melancarkan tiga jenis program luar negara - program ijazah berkembar, lawatan belajar ke luar negara dan pertukaran luar negara bagi menawarkan peluang antarabangsa. Hampir 80 peratus pelajar MBA ACEM akan mengambil bahagian dalam pengajian di luar negara. Sementara itu, kursus MBA Antai menarik pelajar luar negara. Angka yang disediakan ACEM menunjukkan 43 pelajar dari negara seperti Kanada, Amerika Syarikat dan Jepun mendaftar dalam kursus MBAnya pada 2018.

ACEM juga diletakkan sebagai salah satu sekolah perniagaan terkemuka China oleh penerbitan ranking utama yang lain. Kursus pentadbiran perniagaan ACEM telah diletakkan antara 50 teratas selama dua tahun berturut-turut dalam Ranking Universiti Dunia QS mengikut Subjek. Ia juga satu-satunya sekolah perniagaan China yang memasuki senarai 100 teratas dalam Ranking Universiti QS: Ranking MBA Global 2018.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180129/2043054-1

Source: Antai College of Economics and Management, Shanghai Jiao Tong University
Keywords: Banking/Financial Service Education Higher Education