omniture

Hari Kekasih THOMAS SABO Edisi 2018

THOMAS SABO GmbH & Co. KG
2018-02-01 17:33 740

LAUF AN DER PEGNITZ, Jerman, 1 February 2018 /PRNewswire/ -- Suatu barangan bernilai untuk Hari Kekasih ialah salah satu idea hadiah terbaik pada hari yang dikhususkan untuk para kekasih ini: sesuatu yang tidak ditelan masa, meyakinkan dan tanda kasih sayang abadi. Ini menjadi sebab yang tepat bagi THOMAS SABO mengekalkan kejayaan barisan produknya 'Together' dengan tambahan dua lagi model istimewa bagi memperingati Hari Kekasih 2018.

generated by system

generated by system

Edisi istimewa ini terdiri daripada kalung dan gelang dengan dua simbol cinta yang terkenal: hati dan cincin. Dua elemen hiasan ini dijalinkan dengan tidak terlalu terikat antara kedua-duanya dan mewakili idea yang menjadi asas koleksi ini: kekal 'bersama selamanya'.  Sebahagian barangan kemas filigri 925 Sterling perak ini  ditatah dengan permata zirkonia berkilau-kilauan, dan sebahagian lagi diukir dengan perkataan Inggeris 'TOGETHER.' Reka bentuknya yang moden dan minimalis adalah khusus untuk meraikan trend semasa, menjadikannya sesuai digabungkan dengan barangan kemas yang lain juga.

Edisi istimewa ini dapat dimiliki bermula 22 Januari dan terus berlangsung semasa Hari Kekasih pada 14 Februari di semua kedai-kedai THOMAS SABO, dalam talian di http://www.thomassabo.com dan melalui rakan kongsi terpilih. Ia didatangkan dengan pembungkusan hadiah berkualiti tinggi.

Anda dialu-alukan untuk memuat turun imej barangan untuk kegunaan suntingan anda di sini.

Latar Belakang THOMAS SABO  

THOMAS SABO merupakan salah satu syarikat barangan kemas, jam tangan dan kecantikan terkemuka global, mereka bentuk, menjual dan mengedarkan produk gaya hidup untuk wanita dan lelaki. Syarikat ini, diasaskan pada 1984 oleh Thomas Sabo di Lauf/Pegnitz, mengendalikan kira-kira 300 kedai jenamanya merentas semua lima benua. THOMAS SABO juga bekerjasama secara global dengan kira-kira 2,800 rakan kongsi perdagangan juga syarikat penerbangan dan pengendali kapal pelayaran terkemuka.

Hubungan media:

THOMAS SABO GmbH & Co. KG
Felizia Kindermann
Ketua Perhubungan Awam Antarabangsa dan Korporat
Tel: +49-0)9123 -9715-0
E-mel: press@thomassabo.com

Sumber: THOMAS SABO GmbH & Co.KG

Source: THOMAS SABO GmbH & Co. KG
Keywords: Fashion Jewelry Precious Metals Retail New products/services